CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3570|Reply: 1

[Juadah/Kuih] HIDANGAN STEW AYAM, BANGKIT SELERA BERBUKA PUASA

[Copy link]
Post time 25-6-2015 04:59 PM | Show all posts |Read mode

Pernah atau tidak anda rasa teringin makan sesuatu hidangan untuk berbuka puasa? Nah, penulis ada! Hari ini penulis ingin tunjukkan kepada anda masakan Stew Ayam yang dikongsikan oleh Facebook Resepi Dari Isteri Untuk Suami Tercinta yang penulis sangat teringin untuk cuba dan makan apabila tiba waktu berbuka puasa nanti.
Jom lihat!
Bahan-Bahan
Ayam (setengah ekor dipotong sederhana)
1 ulas bawang besar
3-4 biji bunga cengkih
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Air
Lada sulah
Garam secukup rasa
2 biji ubi kentang
1 biji lobak merah
Sedikit tepung jagung + sedikit air
Langkah-Langkah Penyediaan
  • Gaulkan ayam dengan lada sulah dan sedikit garam, perapkan seketika.
  • Panaskan minyak, masukkan ayam yang telah diperap sebentar tadi sehingga kekuningan.
  • Masukkan pula kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Kacau seketika.
  • Masukkan air (mengikut citarasa anda).
  • Kemudian, masukkan lobak merah dan ubi kentang (dipotong 4).
  • Masukkan garam, gula dan lada sulah (secukup rasa).
  • Apabila sudah agak mendidih, masukkan pula sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah (kacau tepung jagung dalam air, sebelum masukkn kedalam stew tadi, kepekatan stew mengikut citarasa anda).
  • Akhir sekali, masukkan bawang besar yang dipotong 4.
  • Apabila sudah masak, tutup api dan boleh dihidangkan bersama nasi ataupun roti.
Selamat mencuba!


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2015 03:04 PM | Show all posts
boleh juga guna resepi ini
bawang merah (ni mau banyak dlm 3-5 biji) lg banyak lg harum.
tepung gandum (sikit ja dlm satu @ setengah sudu @ ikut rasa klu mau banyak kuah up kan la)
sayur (lobak, bunga kobis, brokoli, anak jagung, apa-apa lagi lah)
ayam
garam
minyak
lada sulah

ada dua cara.
1
goreng bawang hingga kuning > masuk tepung , goreng hingga perang (agak la jgn hangus pula bawang tu) > letak air so dia akan jd kuah yg pekat > campakkan la ayam > sayuran > garam, perasa. nak tambah lada sulah lg sedap.

2
ada org goreng ayam dgn tepung gandum dulu > pastu masukkan bawang hingga kuning dan wangi > air so kuah jd pekat > sayuran > garam.

*kalau banyak tepung kuah terlalu pekat
*klu tepung x cukup goreng (perang) nanti terasa tepung mentah.
*klu mau warna gelab sikit letak la kicap setitik dua.
*bawang tu akan larut juga bila tambah tepung & air.

simple ja kan. (basic dia hanya bawang digoreng dengan tepung tambah air) pandai2 adjust la. pastu campaklah apa nak di mkn ayam kah, daging lembu, kambing, burung puyu. klu daging pun sedap bg gelab sikit kuah dia pergh...

mkn dgn roti perancis sedap.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hari Raya Aidilfitri


    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    30-11-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.065738 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list