CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1207|Reply: 0

[Lain-Lain] TIP BERGUNA DALAM BERSAHUR

[Copy link]
Post time 26-6-2015 09:01 PM | Show all posts |Read mode


Daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Hendaklah kamu bersahur kerana dalam makanan sahur itu ada keberkatan.” — Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Ayat diatas jelas menunjukkan bahawa sahur itu ada keberkatannya disisi Allah. Umat Islam disunatkan bersahur, sama ada bagi puasa wajib, mahupun puasa sunat. Biarpun kita mengambil sedikit sahaja makanan atau minuman semasa sahur, ada hikmah disebaliknya, iaitu bagi memberikan kekuatan untuk kita menjalani ibadah puasa pada siang hari. Kita juga disunatkan untuk melewatkan sahur.
Berikut pula merupakan beberapa tip bersahur:
1. Makan makanan yang kurang berminyak, berlemak dan masin, sebaliknya lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ia merupakan sumber vitamin, fiber dan mineral yang dapat memberi kecergasan pada badan. Kita juga akan berasa kenyang dalam jangka waktu yang panjang, disamping kurang dahaga.
2. Makan makanan yang masih panas. Seeloknya, panaskan sayur dan gorengkan ikan kerana ia bukan sahaja mampu membuka selera untuk makan ketika sahur, ia juga memudahkan pencernaan.
3. Pastikan makan secara sederhana, dan bukannya keterlaluan. Makan secara perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit.
4. Meminum susu juga digalakkan bagi mengelakkan perut menjadi pedih atau sakit, terutamanya pada waktu tengahari. Bagi mereka yang mengalami masalah gastrik, tip ini amat digalakkan.
5. Akhir sekali, bagi mereka yang sukar untuk bangun daripada tidur untuk bersahur, pastikan jam dikunci 30 minit lebih awal daripada masa yang sepatutnya. Ataupun, boleh meminta bantu ahli keluarga atau rakan untuk kejutkan.
Dengan itu, Wanista mengucapkan selamat berpuasa buat semua pembaca Wanista yang beragama Islam. Selamat bersahur dan berbuka puasa juga!
wanista

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hari Raya Aidilfitri


    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    30-11-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.064134 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list