View: 1406|Reply: 0
|
[Lain-Lain]
Bahaya Tidur Selepas Sahur
[Copy link]
|
|
DI bulan Ramadhan ini Allah telah mewajibkan kita semua berpuasa sebagaimana Ia telah mewajibkan kepada orang2 sebelum kita dari kalangan Ahlul Kitab, seperti dalam firman-Nya, "Hai orang2 yang beriman, diwajibkan atas kamu sekalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa. "(Al Baqarah: 183). Namun sebelum melaksanakan ibadah puasa, kita dianjurkan untuk makan sahur.
Salah satu sunnah puasa adalah mengakhirkan makan sahur, di zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan para sahabat yang merupakan generasi pertama umat Islam tersebut tidak tidur selepas sahur. Tentunya hal ini sangat bertolak belakang di jaman sekarang ini, banyak orang masih merasa ngantuk dan mempercepatkan makan sahur kemudian tidur kembali akibatnya sering terlambat untuk mengerjakan solat subuh, kehiangan berkat di pagi hari, selain itu ternyata tidur selepas sahur tidak baik untuk kesihatan dari segi perubatan . Berikut punca kenapa seseorang tidak dianjurkan kembali setelah makan sahur.
Pertama gangguan lambung / asam lambung. Setelah mengambil makanan (termasuk sahur), sistem pencernaan memerlukan beberapa waktu untuk mencerna dan menyerap nutrisi yang ada di dalam makanan tersebut. Ketika seseorang tidur selepas makan (sahur), lebih-lebih lagi dalam posisi terlentang, pencernaan menjadi perlahan atau sukar bekerja. Akibatnya, timbullah nyeri di ulu hati dan panas yang merebak ke dada dan tekak kerana peningkatan asam lambung.
Kedua, terjadinya refluks. Merupakan penyakit yang timbul akibat kelemahan dari injap antara perut dan esofagus. Hal ini menyebabkan asid perut naik ke dalam esofagus dan menimbulkan gejala berupa rasa terbakar di dada. Di antara tanda refluks adalah ketika seseorang bangun dari tidur selepas sahur ia merasakan kerongkongannya panas dan mulutnya terasa pahit. Para doktor menyarankan jeda masa antara makan dan tidur adalah dua jam. Namun sunnah Rasulullah lebih lama lagi. Beliau dan para sahabatnya biasa mengisi masa selepas sahur dengan shalat atau dzikir dan selepas Subuh berdzikir hingga matahari terbit. Untuk tidur sejenak, mereka memilih waktu tengah hari yang dikenal dengan istilah qailulah.
Ketiga, diserang strok. Tidur selepas sahur dipercayai meningkatkan risiko terkena stroke. Berdasarkan kajian didapati bahawa orang yang mempunyai jeda paling lama antara makan dan tidur mempunyai risiko yang paling rendah terkena stroke. Sebaliknya, orang-orang yang mempunyai jeda paling singkat antara makan dan tidur mempunyai risiko lebih tinggi terkena stroke.
Keempat, sakit kepala. Jika kita tidur selepas solat subuh, dan ketika bangun bahagian leher akan terasa sakit dan kaku, bahkan kadang-kadang bukan kesegaran yang didapat, namun sebaliknya. Lalu akan terasa sakit kepala bahagian atas atau kepala bahagian belakang. Itulah hal mudhorat yang diperolehi jika anda tidur lagi usai sahur atau menjelang pagi. Menurut sebuah hasil kajian, tidur pagi menyebabkan serebrospinal bergerak ke otak. Inilah yang menimbulkan sakit di kepala.
Selain berbahaya dari segi kesihatan, tidur selepas sahur membuat terhalangnya pintu rezeki, dalam hadis yang di riwayatkan oleh Abu Daud, bahwasannya Rasulullah bersabda "Ya Allah, berkahilah umatku di waktu paginya." Dalam hadis tersebut Rasulullah mendoakan keberkahan bagi umatnya yang bangun di waktu pagi . Sebaliknya, doa itu mengisyaratkan bagi mereka yang tidur lagi selepas Subuh, mereka akan kehilangan keberkatan yang disebutkan dalam doa Nabi. Keberkatan dalam ayat ini mempunyai makna yang luas. Secara umum maknanya adalah bertambahnya kebaikan. Bentuknya boleh macam-macam, misalnya perniagaannya berhasil sehingga boleh banyak berinfak atau kerjayanya meningkat sehingga mudah bersedekah.
Dan yang terakhir, menjadi malas dan Kehilangan semangat. Biasanya ketika tidur selepas sahur atau menjelang pagi, tubuh akan terasa lemas dan kehilangan semangat untuk melakukan aktiviti. Mood juga akan berubah jadi buruk. Ketika keadaan hati sedang buruk, automatik akan tergambar dari garis wajah. Wajah akan kelihatan pucat. Maka sebaiknya Mengisi waktu pagi selepas Subuh dengan ibadah, berzikir, membaca Al-Qur'an atau boleh juga anda gunakan waktu pagi anda untuk membersihkan rumah. Boleh di pastikan masa akan datang, anda akan kelihatan lebih segar dan bersemangat. Baik secara perubatan ataupun secara ruhiyah.
from Detik Islam http://ift.tt/1FEBWnf
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Hari Raya Aidilfitri
|