Oleh Adib ZA
Siapa sangka bunga telang yang sering dijadikan bahan pewarna untuk nasi kerabu, mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan.
Warna biru pekat pada kelopak sangat menarik perhatian dan jangan tak tahu ia boleh dijadikan minuman yang tak kalah hebatnya dengan teh herba yang lain!
Teh bunga telang boleh dihasilkan dengan mengeringkan terdahulu bunganya. Kemudian, kembangkan dalam air panas dan anda boleh menambah sedikit madu atau gula. Nak lagi umpph, tambahkan sedikit perahan lemon.
Rasanya tak jauh berbeza dengan teh hijau, namun dengan warna biru pekat. Jika anda menambah perahan lemon, teh bunga telang akan berubah menjadi keunguan.
Antara manfaat bunga ini termasuklah meningkatkan kesihatan mata dan juga kesuburan wanita. Lihat manfaat lain seperti di bawah:
1. Bersifat diuretik yang mempunyai kemampuan untuk melancar dan melawaskan air kecil.
2. Melancarkan sistem dari pencernaan.
3. Melancarkan haid atau menstruasi yang tidak lancar, meningkatkan kesuburan wanita dan menambah nafsu seksual.
Sumber foto: Carian google
4. Menghaluskan wajah dan menghilangkan jerawat.
5. Mengubati penyakit kulit seperti bisul.
6. Pembersih mata dan menyembuhkan mata merah.
7. Menghitamkan dan menguatkan rambut. - CARI Infonet |