|
Edited by annehuda at 22-8-2016 09:41 AM
Oleh Hazawani Ariffin pada 22 August 2016, 1:08AM
Tahniah diucapkan kepada pelakon, Zarina Anjoulie yang telah selamat melahirkan bayi sulung mereka, bayi lelaki pada Jumaat lalu, jam 8.30 pagi di Brunei. Berita gembira itu turut dikongsi menerusi laman Instagramnya selepas melalui kesakitan selama dua hari di hospital.
Screen Shot 2016-08-22 at 1.00.07 AM
“Saya masih belum lagi memikirkan nama untuknya kerana sebelum ini saya menyangka akan dapat anak perempuan, rupa-rupanya bayi lelaki. Selepas dua hari melalui kesakitan bersalin, akhirnya saya dapat bertemu si ‘Awang’ kecil saya,” katanya kepada Harian Metro sambil berkongsikan pengalaman beliau bersalin sebelum selamat melahirkan anak sulungnya.
Bagaimanapun dalam perkembangan terbaru, Zarina yang sebelum ini hanya mendedahkan separuh wajah anak lelakinya di Instagram, kini telah berkongsi wajah penuh anak sulung beliau kepada semua peminat yang pasti teruja untuk melihat wajah comel bayi itu. Gambar bayi comel tersebut turut dimuat naik berserta dengan nama bayi beliau, Martin Ezra Mikael.
Menerusi gambar tersebut, orang ramai mula membanjiri laman sosial pelakon itu dengan ucapan tahniah kerana selamat melahirkan bayi pertama mereka. Tidak kurang juga yang turut memuji kecomelan bayi tersebut. Walau apapun, tahniah diucapkan sekali lagi kepada Zarina dan suami, semoga kelahiran bayi ini dapat menceriakan lagi rumah tangga yang terbina. (rkty/w)
Sumber Rotikaya
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|