View: 5713|Reply: 50
|
Usia Semakin Lanjut Bukan Halangan Untuk Cuba Berlakon - Raja Azmi
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Raja Azmi tidak melihat usianya sebagai penghalang untuk memulakan karier dalam bidang lakonan. Foto LOW BOON TAT
Usianya kini mencecah 57 tahun, namun bagi Penerbit kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman tidak melihat usianya itu sebagai halangan untuknya mengembangkan karier dalam bidang lakonan.
"ada usia sekarang memang sudah terlambat untuk berlakon tetapi Alhamdulillah rezeki saya apabila dipanggil berlakon dan usia bukan halangan.
"Jika diikutkan sejarah sejak dahulu lagi ramai yang menawarkan tawaran berlakon tetapi saya tidak mahu kerana merasakan tiada bakat dalam lakonan.
"Alhamdulillah selepas berlakon dalam drama bersiri Sha & Shah dan terbaharu Marhaban Kome Oi seronok pula dan berharap selepas ini dapat lebih banyak peluang," katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Raja Azmi berkata, dia sebenarnya pertama kali berlakon menerusi drama terbitan Kuasatek Pictures Sdn. Bhd. pada 2009 iaitu Persona Grata disamping Haliza Misbun dan Hairie Othman.
Dia juga memberitahu ada mendapat tawaran daripada pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam untuk berlakon dalam drama bersiri Gerak Khas namun ia masih dalam peringkat perbincangan.
"Insya-Allah jika ada rezeki mungkin saya akan muncul dalam Gerak Khas tetapi masih belum ada hitam putih mengenainya dan sekadar tawaran mulut daripada Yusof," ujarnya.
Raja Azmi sebelum ini pernah berkahwin dengan jaguh badminton negara, Mohd Jalani Sidek dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 30, Puteri Suaida, 26, dan Megat Deli, 21. Selepas bercerai, Raja Azmi kemudiannya bertemu jodoh dengan Eddie yang juga bekas gitaris kumpulan CRK dan berkahwin pada pada 13 Oktober 2013.
Namun pergolakan rumah tangga membuatkan pasangan itu bercerai pada 11 November 2014. Disebabkan Raja Azmi jatuh cinta buat kali kedua kepada Eddie, mereka memutuskan untuk berkahwin semula pada Januari lalu. - CARI
Sumber - MstarOnline |
|
|
|
|
|
|
|
"Belum ada hitam putih, sekadar tawaran mulut"
Tapi dah pung pang dicanang seantero Mesia |
|
|
|
|
|
|
|
Berlakon la Kak Mi kalo ada offer. Kak Mi pun cantik walau dah berumur. Belakon tak kayu, ok je masuk tibi. Set2 kayu kayan wajib dipulangkan je habitat asal |
|
|
|
|
|
|
|
Adus.... |
|
|
|
|
|
|
|
berlakon je lah kak...stakat berlakon jadi datin, bini tansri bukan susah sgt.. |
|
|
|
|
|
|
|
Slalu silap dia ni dgn Dian P Ramlee. |
|
|
|
|
|
|
|
nampak mcm sengkek saja dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ajak husband berlakon skali kak mie |
|
|
|
|
|
|
|
Ajak husband berlakon skali kak mie |
|
|
|
|
|
|
|
heshe punya ex husband dulu tu sedap sangat.. rugi jah cerai.. nasib baik meols tak sempat kutip haritu |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry la tapi suara dia agak buat aku turn off bila bercakap. sebab agak meleweh. Tak yah la berlakon nek mi |
|
|
|
|
|
|
|
ex husband yg main badminton tu ke? eh sheols dah kawen balik kan dgan edy ke apa tah nama hsband dia dulu tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 10-9-2016 10:31 PM
ex husband yg main badminton tu ke? eh sheols dah kawen balik kan dgan edy ke apa tah nama hsband ...
yang badminton tu la
aah dulu kan sheols cerai n sentap sekejap ngan laki baru sheols tapi skang dah cemolot semula katanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
relevan lg ke acik ni |
|
|
|
|
|
|
|
Hissss udah-udah ler tu nek mi... Baik goyang kaki n jaga laki je kat umah tu |
|
|
|
|
|
|
|
Tak yah la berlakon. Kekok jer dalam drama apa syah sha tu |
|
|
|
|
|
|
|
cikgojesss replied at 10-9-2016 09:20 PM
heshe punya ex husband dulu tu sedap sangat.. rugi jah cerai.. nasib baik meols tak sempat kutip har ...
Pasal sedap lah ada janda mana tah caras sheols
Janda tu mengata mcm2 kat dia, sian kak mi |
|
|
|
|
|
|
|
elakon jer filem sendiri nenek mi..u can du it
|
|
|
|
|
|
|
| |
|