View: 6671|Reply: 43
|
Lembaga Zakat Tak Kejam, Perjelas Isu Lelaki Hilang Kerja & Hampir Cerai
[Copy link]
|
|
Sebelum ini, tersebar sebuah kisah mengenai seorang lelaki yang kehilangan pekerjaan, malah hampir bercerai dan kehilangan anaknya kerana keadaan kewangannya sudah di tahap kritikal sehingga tidak mampu memberi makan kepada keluarga.
Berikutan situasi itu, ia turut menjejaskan nama pusat zakat kerana lelaki itu mendakwa permohonan bantuan zakatnya ditolak atas alasan namanya tiada dalam senarai nama penerima.
Orang ramai mula menuding jari kepada institusi zakat kerana hanya mendengar cerita dari sebelah pihak sahaja.
Foto: www.zakatselangor.com.my
Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf, Lembaga Zakat Selangor, Abdul Basith Hamid memberi penjelasan kepada Astro Awani.
Menurutnya, permohonan yang ditolak biasanya melibatkan pelbagai isu termasuk pemohon di bawah pengaruh dadah dan alkohol, pemohon merupakan lelaki sihat dan tiada tanggungan.
Pun begitu, pemohon tetap akan dibekalkan dengan wang bantuan saku.
Abdul Basith berkata salah faham dan isu komunikasi mungkin sebab utama situasi itu berlaku kepada lelaki berkenaan.
"Apabila diberitahu nama dia tiada dalam senarai penerima, dia akan terus beredar. Mungkin malu untuk bercerita. Sedangkan kalau dia ceritakan situasi masalahnya yang benar-benar terdesak dan memerlukan wang, kami pasti akan bantu.
"Dalam banyak situasi, kami akan terus hantar wakil ke rumah pemohon, dan jika benar dia memerlukan bantuan, RM300 akan terus diberikan," jelasnya.
Tambahnya, pemohon akan diminta memfailkan permohonan bagi membolehkan bantuan disalurkan sekiranya didapati tergolong dalam golongan asnaf.
Untuk membuat laporan atau mengadu berhubung kes asnaf atau mereka yang tidak berkemampuan, umum boleh menghantar 'private message' ke laman Facebook Lembaga Zakat Selangor. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
"Apabila diberitahu nama dia tiada dalam senarai penerima, dia akan terus beredar. Mungkin malu untuk bercerita. Sedangkan kalau dia ceritakan situasi masalahnya yang benar-benar terdesak dan memerlukan wang, kami pasti akan bantu.
"Dalam banyak situasi, kami akan terus hantar wakil ke rumah pemohon, dan jika benar dia memerlukan bantuan, RM300 akan terus diberikan," jelasnya.
islam tu kan mudah...nape nak hantar wakil ke rumah bagai nak confirmkan segala nak menyusahkan...kalau pegi gereja mintak duit terus dia bagi...
kalau nak kata dia menipu, itu urusan dia la dgn Tuhan dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Org bayar zakat.. x yah nak declare ape pon... time nk mintak zakat... ade pulak borang butiran kene isi |
|
|
|
|
|
|
|
mintak duit zakat pun macam nak defend thesis PhD kekdahnya kalau pegawai tu nak alasan kukuh. time bayar takyah alasan kukuh pun takpe tak. |
|
|
|
|
|
|
|
kentel replied at 15-2-2017 04:28 PM
islam tu kan mudah...nape nak hantar wakil ke rumah bagai nak confirmkan segala nak menyusahkan. ...
Elok dibuat macam tu..sebab melayu ni ramai yang pemalas...
Kalau semuanya guna alasan "itukan urusan dia dengan tuhan" maka senang2 saja duit habis...sudahnya yang betul2 memerlukan tak dapat apa2..
Lembaga zakat ada tanggungjawab untuk pastikan duit tu dapat kepada yang betul2 memerlukan...bukannya suka2 beri ke orang...
|
|
|
|
|
|
|
|
so camtu slama nya org akan potray islam as agama yang menyusahkan sbb kerenah birokrasi yang dipanggil pengurus-pengurus dana islam mcm ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
Adoi, bsing btol la. Org buat kjer salahsalah. Tak wat kjer pon salah |
|
|
|
|
|
|
|
Ingat pusat zakat tu tempat bagi makan ke kang salah bagi kat mamat dadah kang dia beli dadah |
|
|
|
|
|
|
|
btol la tu
zakat bukan nak bagi sesuka hati aje
kalau kau btol btol nak minta bantuan, cakap pada pegawai tu...
kalau nak bagi sesuka hati aje tanpa alasan kukuh, nanti orang akan ambil kesempatan..
kat tempat aku ni ada begitu....
bberapa tahun terima bantuan zakat padahal husband dia dah bekerja n elok aje bawa kereta mampu milik....
passtu ada yang buat aduan, trus bantuannya dipotong...
skang, dok cite dia susah la..padahal astro ada..kete vios....apa lagi yang susah???? |
|
|
|
|
|
|
|
kentel replied at 15-2-2017 04:28 PM
islam tu kan mudah...nape nak hantar wakil ke rumah bagai nak confirmkan segala nak menyusahkan. ...
kita tgk mcm senang tp hakikat berat sgt tugas pembahagi wang zakat ni
my lect dulu dia auditor zakat dia ckp dia smbung belajar utk jd lect sbb tugas dia terlalu berat takut tersalah classified
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau yer pon nama dia takde dlm senarai penerima bantuan, acik yg berurusan dgn dia patutnya bagilah borang & tolong uruskan apa yg patut serta bantu permudahkan urusan supaya dia dpt dibantu
time tu asnaf tgh buntu & masa dia pergi mohon bantuan zakat tu adalah harapan terakhir dia utk dapatkan duit tapi bila dah dirijek sebegitu tentunya jadi hampa, panic & otak dia dah jammed, dah tak boleh nak fikir langsung dah nak tanya tentang prosedur tu semua
staff baitulmal mana yg SQ & EQ so so je, baik berhenti jelah dari makan gaji kat baitulmal |
|
|
|
|
|
|
|
Zakat ni dah kantoi macam2 alasan..dan2 cakap kalau kena rejek pon boleh dapat wang saku. Tapi pegawai kena datang rumah dulu cek betul ke anak bini kebulur kat rumah. Tapi bila mintak datang cek rumah,bagi alasan pulak waktu opis hour dah abis,esok jelah.kalau esok tu sabtu,kena la tahan kebulur sampai isnin. Dah lawat nanti dia mintak pulak pengesahan dari negeri mana. Kalau asal kelantan, kena mintak zakat kelantan. Pengesahan lak kene mintak ketua kampung. |
|
|
|
|
|
|
|
so apa citer sebetul nya..duk bagi situasi kebanyakan buat apa..orang nak tau citer mamat tu dengan pusat zakat jah |
|
|
|
|
|
|
|
kentel replied at 15-2-2017 04:28 PM
islam tu kan mudah...nape nak hantar wakil ke rumah bagai nak confirmkan segala nak menyusahkan. ...
mana boleh compare gereja dengan pejabat zakat uols..pejabat zakat ada macam2 birokrasi then ok la, kita boleh paham..
yang tak paham tu bila masjid bagi alasan bukan penduduk kawasan so takleh bagi bantuan..camne tu |
|
|
|
|
|
|
|
ntahla..to me too much bureaucracy sbb tu jadi mcm ni..org kita sbenarnya nak mudah bila dah terdesak...tapi dibebankan pulak dgn kepayahan smata2 nak minta bantuan... |
|
|
|
|
|
|
|
my opinion, tugas tu dibebankan dgn too much clause, and too much restriction...kenapa tak permudahkan je urusan orang mintak bantuan...at least kalau bantuan one-off tu pun takkan la perlu sampai datang rumah nak validate mmg dia susah, etc. sbb bnda2 mcm ni sensitive to some of them...
|
|
|
|
|
|
|
|
ko bukan tak tahu norm org malaysia ni..or buat2 tak tahu..org malaysia tend to abused the system..bukan semua malaysian mcm tu tp kebanyakannya mcm tu..
kalau kat obersea..(teringat kat peyno ), trust level diaorg tinggi..diaorg tak suka2 nak ambil kesempatan..sbg cth kalau jual suratkhabar tu, letak kat kakilima je dgn letak satu tempat letak duit..kalau kat malaysia, silap hari bulan suratkhabar dan dgn tmpt letak duit tu lesap..
pada aku ok je SOP pusat zakat tu buat sbb nak elak benda2 yg tak betul dan memastikan duit zakat tu dpt kpd yg sepatutnya..
kalau takde SOP, nanti audit dtg dan find out ada yg tak betul dlm agihan zakat-korang jugak yg akan marah2 pusat zakat tu nanti
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul. Dulu helper aku org tempatan, laki sihat walafiat hisap rokok kaki ketum & malas kerja.
Dapat zakat ok?
|
|
|
|
|
|
|
|
iyelah , takde SOP pon memekak
apply SOP pon memekak
well da jadik tabiat semulajadi rakyat m'sia .. blaming others rather than taking the blame himself
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah nama tak tersenarai sebagai penerima zakat, apply jelah jadi penerima zakat. aiyo takkan macam tu pun nak kene suap? ujung ujung salahkan pusat zakat tak prihatin. jadahnye |
|
|
|
|
|
|
| |
|