CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4974|Reply: 26

[Dunia] Doktor Diheret Keluar Pesawat Buka Mulut

[Copy link]
Post time 12-4-2017 02:26 PM | Show all posts |Read mode
DOKTOR yang juga penumpang syarikat penerbangan United Airlines yang diheret keluar dari pesawat itu akhirnya membuka mulut.

Dr David Dao menerusi peguamnya dalam satu kenyataan pada Selasa berkata dia dan keluarganya amat menghargai sokongan dan keprihatinan orang ramai susulan insiden tersebut.

"Buat masa ini Dr Dao sedang menerima rawatan di Hospital Chicago," kata peguamnya, Stephen L.Golan.

Syarikat penerbangan itu mengeluarkan pelbagai kenyataan pada Selasa selepas rakaman kejadian tersebut menjadi tular di laman sosial.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Oscar Munoz menyifatkan insiden itu sebagai 'mengecewakan' dan menulis permohonan maaf dalam satu kenyataan yang dimuatnaik dalam laman Twitter syarikat penerbangan tersebut.

Insiden tersebut ternyata mengundang kemarahan netizen.

Kejadian yang dirakamkan oleh salah seorang penumpang menunjukkan Dr Dao diseret keluar secara paksa oleh tiga pegawai keselamatan dari tempat duduknya gara-gara tempahan yang berlebihan.

Difahamkan, tempahan tiket yang berlebihan menyebabkan pihak United Airlines meminta segelintir penumpang untuk menangguhkan penerbangan mereka secara sukarela di Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare, Chicago.

Oleh kerana tidak ada sesiapa yang tampil, operator penerbangan terkenal Amerika Syarikat itu terpaksa memilih nama penumpang secara rawak.

Bagaimanapun, Dr Dao antara salah seorang penumpang yang terpilih itu enggan memenuhi permintaan mereka.

Dia kemudian ditarik keluar oleh pegawai keselamatan penerbangan itu.

Menerusi rakaman video itu, lelaki berketurunan Cina itu dilihat seakan-akan tidak sedarkan diri ketika diheret keluar dari pesawat.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2017 02:31 PM | Show all posts
citer dia baru bukak mulut boleh makan ke apa ni? takde apa kenyataan dari mangsa pun?
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 02:52 PM | Show all posts
update ajelah d thread sana, kan senang? boleh follow dari awal.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 02:56 PM | Show all posts
bukak mulut menda.. ada pic mulut berdarah je.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 03:00 PM | Show all posts
lazim replied at 12-4-2017 02:56 PM
bukak mulut menda.. ada pic mulut berdarah je.

Dia tengah buka mulut la tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 03:02 PM | Show all posts

buka mulut apa nya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2017 03:29 PM | Show all posts
belum aku buka dah tahu mesti cha nun ya alip
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2017 03:18 PM | Show all posts
Simunggu replied at 12-4-2017 03:29 PM
belum aku buka dah tahu mesti cha nun ya alip

chenia... ke.... chan-ya?
Apa benda tu? Nama makanan ke ubatan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2017 04:17 PM | Show all posts
dia lapar ke sampai baru buka mulut?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2017 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
dgn memburukkan beliau lg, mcm xde kaitan kes tu dgn kenyataan media dgn kegayahan yg dituduh
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2017 04:23 PM | Show all posts
kering darah dia buka mulut la
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2017 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
ok laa klu nk kaji balik amalan syarikat...jgn wat dono jer..ape jd ngn penumpang tu yer..xda pampasan ker?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2017 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa CEO dia pulak yg kena resign
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2017 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Buka mulut jadahnya? Dia xde cakap apa2 pon dlm artikel ni. Tt mabok todi?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2017 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 12-4-2017 03:29 PM
belum aku buka dah tahu mesti cha nun ya alip

BANGSAT apa kau??! Dia bukan cina, dia Vietnam american! Kau ni benci sgat kat cina smpai semua benda kau nak kaitkan dgan cina. BANGANG KAU SUNDAL GI MAMPOS! :
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2017 05:17 PM | Show all posts
taji2906 replied at 12-4-2017 02:31 PM
citer dia baru bukak mulut boleh makan ke apa ni? takde apa kenyataan dari mangsa pun?

"Dr David Dao menerusi peguamnya dalam satu kenyataan pada Selasa berkata dia dan keluarganya amat menghargai sokongan dan keprihatinan orang ramai susulan insiden tersebut"


Nilah kot statement dia, dahla menerusi peguam je haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2017 05:53 PM | Show all posts
lazim replied at 12-4-2017 02:56 PM
bukak mulut menda.. ada pic mulut berdarah je.

dia baru bole bukak mulut nak makanminum la kut
sebelum neh mulut dia berdarah pecah plus ada ulcer dlm mulut tuh yg tak leh bukak mulut

hg punnn sabaq aja lah
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2017 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
taji2906 replied at 12-4-2017 06:31 AM
citer dia baru bukak mulut boleh makan ke apa ni? takde apa kenyataan dari mangsa pun?

Tu yg kakak hairan....tajuk tak serupa butiran berita...pprt sgt tt ni kn
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2017 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 13-4-2017 09:14 AM
BANGSAT apa kau??! Dia bukan cina, dia Vietnam american! Kau ni benci sgat kat cina smpai semua be ...

Inikah etika seorang dokter pergigian sister kopek....harus kakak lucutkan keahlian sister
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2017 06:47 PM | Show all posts
Simunggu replied at 12-4-2017 03:29 PM
belum aku buka dah tahu mesti cha nun ya alip

Jd kenapalah klu dia cina kah, kaling kah, melayu kah. penting sangatkah tu?? adakah klu dia cina, mmg sepatutnya dia diheret smp berdarah2 keluar dr mulut dr kapal terbang?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.058355 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list