Semalam, sebuah video memaparkan bapa kepada seorang pelajar datang ke sekolah dan mengasari guru sekolah anaknya telah menarik perhatian netizen.
Video berdurasi 1.53 minit yang dimuat naik laman Facebook Borneo itu menunjukkan bapa pelajar yang datang bersama adik lelakinya itu dihalang oleh beberapa guru yang lain dari terus menyerang guru terbabit.
Kredit video - Facebook Borneo
Lapor Facebook Borneo, lelaki berbadan sado itu yang juga merupakan seorang askar telah menampar dan memukul guru tersebut hingga mengalami kecederaan yang serius di bahagian perut.
Difahamkan, kejadian itu berpunca apabila bapa pelajar terbabit tidak berpuas hati apabila anaknya dihukum oleh guru terbabit di mana anaknya mengadu dia telah digantung persekolahan. Tetapi setelah disiasat, rupa-rupanya pelajar terbabit membuat cerita yang tidak benar dan merayu pihak sekolah membuang kesnya.
Namun menurut komen seorang netizen, Timotius Jaunis, dua lelaki berkenaan pada awalnya mahu menyelesaikan kes itu secara baik namun malangnya guru berkenaan mula berkasar dengan mereka.
“Yang si adik kepada bapa pelajar itu ditampar oleh cikgu. Yang si bapa ini pula cuba untuk tidak menumbuk tetapi cikgu itu yang mula menumbuk, terus si bapa ini membalasnya,” tulis Timotius Jaunis.
Ntahlah tapi apa pun, tak perlulah sampai bertumbuk dan siasatlah dulu sebelum mengamuk tak tentu pasal. Sebagai ibu bapa, janganlah terlalu manjakan anak sehingga langsung tidak boleh "disentuh" oleh guru jika telah melakukan sebarang kesalahan di sekolah.
Bak kata pepatah Melayu "Sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan" - CARI
|