"Dari mana datangnya ikan dalam Photobomb?"
Lepas satu, satu isu ditimbulkan aktres Fathia Latiff. Dari isu 'Cashless' hinggalah masalah disiplinnya.
Foto: IG Fathia Latiff
Terbaru, aktres cantik itu sekali lagi mencetus kontroversi apabila dia memuat naik sebuah status di laman mikro Twitter berhubung istilah 'tunafoto' yang diperkenalkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), baru-baru ini.
Maka, dengan itu berduyun-duyunlah netizen 'turun padang' menghencap 'kebijaksanaan' Fathia.
Rata-rata netizen memberi penjelasan serta melemparkan kritikan pedas terhadap Fathia. Jangan terbakar ya Fathia. Siapa suruh tak semak kamus terlebih dahulu?
Bagaimanapun, ada pihak menganggap Fathia hanya berniat untuk bergurau dengan tweetnya itu.
Malah, posting kemudiannya juga menunjukkan yang Fathia hanya suka-suka membuat kenyataan itu dan sudah menjangkakan reaksi netizen.
Foto: Twitter
Siapa yang tak tahan atau tak faham dengan lawak jenaka daripada Fathia tu, bolehlah jadi 'ikan' ya. Tapi ada ke ikan yang pandai melawak tu? - CARI |