View: 13011|Reply: 33
|
Jom Kenali Atisha Khan, Adik Kepada Neelofa Yang Cantik Meletops!
[Copy link]
|
|
Memiliki rupa paras yang cantik merupakan anugerah ilahi yang tak ternilai. Apatah lagi jika dilahirkan di dalam keluarga yang berada. Semestinya ramai yang mencemburui, betul tak?
Begitulah dengan artis wanita, Neelofa yang bukan sahaja dikenali dengan kecantikan tetapi dengan kemewahan hasil dari titik peluhnya sendiri. Malah dia juga dilahirkan dalam keluarga yang berada.
Namun kali ni penulis bukanlah nak menceritakan mengenai Neelofa yang sememangnya sudah dikenali umum. Fokus penulis kali ni adalah mengenai adik Neelofa yang sememangnya sangat cantik. Boleh katakan jauh lebih cantik dari kakaknya.
Atisha Khan merupakan anak ketujuh dari sembilan adik-beradik, kini sedang melanjutkan pengajiannya dalam bidang undang-undang dengan perniagaan di University of Birmingham, United Kingdom.
Gadis yang berusia 20 tahun ini dilahirkan di negeri Cik Siti Wan Kembang dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Atisha juga pernah menyatakan yang dia berbangga mempunyai kad pengenalan dengan kod '03' walaupun membesar dan menetap di Kuala Lumpur.
Di samping orang mengenalinya sebagai adik kepada Neelofa dan Nabila, Athisha juga cukup terkenal di laman YouTube apabila dia telah membuka saluran YouTubenya sendiri; Athisha Khan.
Atisha bersama adiknya, Ameera Khan
Dengan hampir 45,000 pengikut di Youtube dan 202,000 pengikut di Instagram, minatnya terhadap menghasilkan kandungan video bercambah selepas gemar menulis blog pada waktu lapang.
Menjadikan video sambutan hari lahir bapanya sebagai video pertama, Athisha terus-menerus mengeluarkan kandungan-kandungan video yang cepat menarik perhatian ramai.
"Mula-mula masa video birthday tu, cukup ringkas, saya guna iMovie sahaja. Lepas buat yang tu, baru saya sedar yang sebenarnya saya boleh buat banyak video. Jadi dari situlah saya kerap buat video keluarga dan rakan-rakan di sekolah. Masa tahun terakhir di kolej, saya mula buat blog video ataupun vlogging bertujuan sebagai kenangan memori persekolahan", jelas Athisha lagi.
Jika anda pernah melihat saluran Athisha Khan di YouTube, dia banyak berkongsi tentang kehidupannya, keluarga, rakan-rakan dan aktiviti seharian yang dilaluinya.
"Selalunya saya tak rancang video apa yang saya nak buat. Kebanyakannya memang saya hanya bawa kamera sepanjang hari dan rakam apa sahaja aktiviti dan perkara yang saya lalui. Tapi untuk setakat ni, saya hanya buat blog video sahaja.
Rancangan saya lepas ni bila ada kelengkapan video dan ruang sendiri, nak banyakkan video berbentuk cabaran, solekan dan hauls (hasil pembelian)," katanya memetik Rojak Daily.
Lihat sahaja sembilan adik-beradik Neelofa, alangkah indahnya ciptaan Tuhan dari yang pertama hinggalah yang terakhir. Selain kecantikan turun-temurun dari ibu dan bapa, pasti ada rahsia mereka menjaga kecantikan dan kulit wajah masing-masing.
Athisha juga mempunyai rutin harian yang diamalkan baru-baru ini.
"Saya akan berkongsi tentang rutin penjagaan kulit dalam video di saluran YouTube nanti dan selain itu, saya banyakkan minum air putih. Dulu saya seorang yang tak peduli tentang penjagaan kulit dan pernah cuci muka yang tebal bersolek hanya dengan gel mandian.
Sekarang je timbul kesedaran untuk jaga kulit. Pasal air putih, saya juga jenis orang yang minum air putih sikit je sampai kena paksa minum. Lama-kelamaan saya sedar yang air putih sangat penting untuk kulit dan sekarang, setiap hari saya catat berapa banyak saya minum setiap hari."
Bagaimana rasanya menjadi seorang adik kepada selebriti dan personaliti yang dikagumi ramai? Athisha bersyukur dengan adanya kakak seperti Neelofa dalam keluarga.
"Kak Neelofa adalah seorang yang kami adik-beradik kagumi dari sudut kekuatan diri, kesabaran dan keaslian menjadi dirinya sendiri. Disebalik kualiti yang semua orang nampak, ada sisi kak Neelofa di rumah yang orang ramai tak tahu seperti perangai pelik dia, kelakar, sensitif dan saya sangat sayang Kak Neelofa. Dia adalah orang yang paling best untuk ada dalam kehidupan anda semua", tambah Athisha lagi kepada Rojakdaily.
Foto: Carian internet, instagram
Bakal menamatkan empat tahun pengajiannya pada tahun 2021, Athisha memilih untuk menceburi bidang perniagaan seperti mana yang diusahakan oleh keluarganya.
Cantik kan Atisha ni? Bukan sahaja cantik, malah dia juga seorang yang baik hati serta tidak sombong orangnya. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Ku rasakan LMK plg cantik antara mereka ni tp spoiled brat lol. |
|
|
|
|
|
|
|
Athisha ni humble berbanding yang lain..anak orka kan mmg biasa la spoil skek..tp dia ok dimata cek |
|
|
|
|
|
|
|
Rangka dia jenis besar..kulit dia x seputih LMK. |
|
|
|
|
|
|
|
aku rase die pling ctk kot |
|
|
|
|
|
|
|
Cantikkk.. semenggah sikit than LMK kiki |
|
|
|
|
|
|
|
Cantikkk.. semenggah sikit than LMK kiki |
|
|
|
|
|
|
|
LMK tak cantik.badan gebar.yg ni lawa sikit |
|
|
|
|
|
|
|
Yg cantik anak2 ngan bapak no 2... lopa ngan nabila anak md noor biasa je.. tang mana cantiknya lopa.. katik adalah |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik, pandai, dan potray perangai semenggah di media sosial |
|
|
|
|
|
|
|
harap x spoil mcm hakak n LMK udahhh lerrr...tapi yg pasti speaking bi dia mesti meletop2.... |
|
|
|
|
|
|
|
Mak theyolls cantik, tu yang anak semua cecantik walaupun dengan perangai memasing |
|
|
|
|
|
|
|
Masuk ke board personaliti media sosial lagi relevan kot |
|
|
|
|
|
|
|
For me cantik biasa.. Lg pon mixed paki kan.. Xde la rasa wow pon.. Kalau melayu asli baru lah ols wow.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak guna cantik klu mulut busuk cm longkang..mmg cantik2 pun drg ni..tp perangai sekor2 hazab okayyy..including their aunty n kazen tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
cantik tp harap seiring ngn perangai jgn jd mcm lmk atau kakak2nya asik bergesel jantan |
|
|
|
|
|
|
| |
|