View: 3949|Reply: 39
|
[Tempatan]
Budak perempuan parah didera kenalan ibu
[Copy link]
|
|
Budak perempuan parah didera kenalan ibu
Nor Azizah Mokhtar
[email protected]
KANAK-KANAK perempuan berusia empat tahun parah dengan mengalami pendarahan serius di kepala dipercayai didera kenalan ibunya dalam kejadian di sebuah rumah di Pandan Perdana di sini, semalam. Mangsa dihantar ke Hospital Ampang oleh dua lelaki tempatan kira-kira jam 6.30 petang, semalam dalam keadaan tidak sedarkan diri. Ketika dirawat di Zon Merah hospital terbabit, pemeriksaan turut mendapati ada kesan lebam pada dahi, dada dan betis kanan kanak-kanak itu dipercayai akibat didera. Siasatan awal mendapati dua lelaki terbabit mengaku sebagai kenalan ibu kanak-kanak itu dan mendakwa mangsa mengalami sawan ketika berada di dalam tandas dan terjatuh sendiri ketika hendak membuang air besar.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, ibu kanak-kanak itu yang juga warga Indonesia menyerahkan anaknya kepada suspek yang berusia 56 tahun untuk dijaga sementara dia bekerja di sebagai pembantu rumah di Kampung Cheras Baru.
[size=0.8em]Hamzah
"Ketika mangsa berada dalam jagaan suspek, ibunya ada membuat panggilan video pada 18 Februari lalu dan mendapati anaknya tidak ceria serta terlihat kesan lebam pada tubuhnya. "Dan semalam, wanita berusia lingkungan 40an itu dihubungi oleh suspek memberitahu anaknya jatuh sendiri dalam bilik air sewaktu hendak membuang air besar," katanya dalam satu kenyataan, tadi. Katanya, selepas memberitahu kanak-kanak itu berada di Hospital Ampang, suspek dipercayai menutup telefon bimbitnya kerana ibu mangsa cuba menghubunginya semula tetapi gagal. "Usaha untuk mengesan dan menangkap suspek kini sedang dilakukan dan buat masa ini, mangsa belum sedarkan diri dan masih menerima rawatan. "Kita juga masih menjalankan siasatan lanjut berhubung tindakan ibu mangsa meninggalkan kanak-kanak itu dalam jagaan suspek," kata beliau. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian dan penderaan kanak-kanak.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Mac 2018 @ 12:38 AM
Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Naik.darah pula baca berita ni pagi2. ... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by prizadane at 13-3-2018 09:17 AM
motif ibu biarkan anak perempuan tinggal dengan kenalan lelaki? awat tak jaga anak tu sendiri? banyak je kerja lain kat KL ni yang boleh maknya cari.. kerja cleaner ke..siang cari la pengasuh |
|
|
|
|
|
|
|
lahanat punya jantan....yg emak indon ni tau beranak je...entah2 ank hasil selingkuhan itu yg dibiarkan saja ank itu dijaga oleh bangsat2 dua ekor ni |
|
|
|
|
|
|
|
Tak tau nak cakap apa dah...terlalu banyak kes penderaan...
Ibunya tak boleh ke minta kebenaran majikan nak bawa anak bersama ke tempat kerja, pembantu rumahkan...yang pergi tinggal pada kenalan lelaki tua ganyut tu buat apa...silap2 kena dera secara seksual... |
|
|
|
|
|
|
|
Jilaka
Cek lg.pls.kot kena cabul ke apa
Iols br kesedihan.tgk cite mother tu
Budak pompuan tu nak cari mak angkat dia
Pon kene dera dgn pakwe mak dia.juga dedolu
Kesiannnn
Iols.is nangis je tgk cite tu..
Sebab teringat anak iols |
|
|
|
|
|
|
|
ee kenapa masih ada lagi berita2 mcm ni aaa?? pagi2 dah buat meols kemurungan. |
|
|
|
|
|
|
|
Pixie902 replied at 13-3-2018 09:14 AM
Tak tau nak cakap apa dah...terlalu banyak kes penderaan...
Ibunya tak boleh ke minta kebenaran m ...
Kita yang kerja dalam ofis syarikat besar pun bukan semua sediakan nursery atau beri bawa anak...
Ini kan pula kerja pembantu rumah gaji ciput..macamlah semua majikan dalam malaysia ni baik2 orangnya..kalau baik tak adalah asyik kes dera maid.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah takde penjaga pompuan ke ko hantar kat penjaga laki..
silap-silap mak budak ni permit pun tak ada.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kita senang cakap bila kita ada pelajaran, boleh pilih kerjaya, hidup pun alhamdulillah boleh sewa rumah, boleh beli kereta..
Lepas tu bila tengok kesusahan orang lain sedap kita aja kan suruh dia pilih kerja itu ini, buat itu ini sedangkan hidup dia tak sama senang macam kita..
Dalam bahlol2 si emaknya pergi hantar ke jantan keparat, terkadang aku terfikir apa lagi pilihan maknya ada... |
|
|
|
|
|
|
|
Sakit hati betul baca cerita camni |
|
|
|
|
|
|
|
haisshhh...
nak kasi ank kat org jaga kena tengok jugak la siapa makhluk tu
jgn asal boleh jerk |
|
|
|
|
|
|
|
maknya kerja cleaner dengar kat radio pagi tadi |
|
|
|
|
|
|
|
stress baca news mcm ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
sayu hati sy baca teks akak nih.....stakat mana je gaji jd makcik cleaner maybe itu je pilihan y dia ade dlm keadaan terdesak..tp mmg haiwan lh si saspek nih
|
|
|
|
|
|
|
|
moga mereput dalam api neraka |
|
|
|
|
|
|
|
4 tahun umurnya.... tinggal dgn lelaki. Adoi tgh gebu tu..otak tak bole pikir baik. Bodoh maknya.. sorry. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian sgt budak perempuan ni. Mengalir air mata. Terbayang saat dia kena dera tu mesti ingat dgn mak dia. Kecik lagi 4 tahun. Kenapa ada manusia busuk hatu sangat |
|
|
|
|
|
|
| |
|