Cinta Bukan Kristal slot Akasia TV3
Isnin - Khamis, 7.00 malam
Nantikan drama bersiri Cinta Bukan Kristal yang bakal mengisi slot Akasia TV3. Menampilkan gandingan Shaanaz Ahmad dan Ayda Jebat. Turut dibintangi oleh Raja Afiq, Nina Iskandar, Nazrief Nazri, Ayu Raudhah dan ramai lagi. Drama terbitan Orangetree Production dibawah arahan Shuhaimi Zulkefli.
JUDUL : CINTA BUKAN KRISTAL
JUMLAH EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENGARAH : Shuhaimi Zulkefli
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Shaanaz Ahmad, Ayda Jebat, Raja Afiq, Nina Iskandar, Ayu Raudhah, Dayana Roza, Nazrief Nazri, Noniswara, Esma Dainal, Hazman Al-Idrus, Fauziah Nawi
WATAK PELAKON
Shaanaz Ahmad sebagai Adrian Hilman
Ayda Jebat sebagai Aryana
Raja Afiq sebagai Syafiq
Nina Iskandar sebagai Sofea
SINOPSIS CINTA BUKAN KRISTAL
Kisah mengenai Aryana, gadis kampung yang tekad untuk mengubah nasib diri dengan berkahwin dengan lelaki kaya. Aryana mula mencari pekerjaan di Kuala Lumpur dan mengubah penampilan diri. Dia bertemu dengan Adrian Hilman semasa bekerja sebagai setiausaha Dato Manan. Terpikat dengan paras rupa serta, kesempurnaan hidup yang dimiliki oleh Adrian Hilman, Aryana tekad untuk mendekati lelaki itu biarpun dia tahu yang Adrian Hilman sudah bekeluarga. Adrian suami yang sangat baik kepada isterinya, Sofea Darlina dan bapa yang penyayang kepada Danisya dan Hakim. Sofea dapat menghidu yang suaminya sedang bermain cinta dengan gadis muda. Hancurkah kebahagiaan yang dibina selama ini?
Citer jadik best coz lakonan shanaz yg as always, selamba & lakonan actor 'nasi minyakkuah cinta' nazri.
also lakonan dato yg jadi boss esma daniel, fauziah nawi & asampedas dayana roza.