CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7202|Reply: 28

Watak Heroin bukan lagi keutamaan saya sebab jadual padat - Erra Fazira

[Copy link]
Post time 2-7-2018 01:04 PM | Show all posts |Read mode


Sejak menceburkan diri dalam dunia lakonan lebih 20 tahun lalu, si cantik jelita, Erra Fazira tidak pernah meletakkan sasaran menjadi heroin sebagai misi utama dalam kerjaya seninya.

Beliau sebaliknya mementingkan keserasian watak yang ditawarkan berbanding keterujaan menjadi tunjang utama sesebuah filem dan perkara itu tidak berubah sejak dari zaman puncaknya sehingga masa kini.


Namun, pemilik nama Fazira Wan Chek ini turut tidak menafikan perubahan kehidupan, status dan tanggungjawabnya juga menyumbang kepada punca mengapa dia jarang bersetuju untuk memegang watak utama dalam mana-mana karya filem, drama atau telefilem sejak kebelakangan ini.

Jika dahulu, beliau seorang yang gila bekerja dan sering meletakkan karier di tempat pertama, namun seiring dengan perubahan masa, perkara itu perlahan-lahan berubah apabila Erra mula memiliki komitmen lain yang lebih penting untuk diutamakan.

“Saya kini mengamalkan konsep kerja secara bijak dan bukan kerja kuat kerana mempunyai tanggungjawab lain untuk diuruskan, terutamanya anak saya, Engku Aleesya Engku Emran, 9, yang sedang membesar.

“Saya tidak nafikan memang ada menerima banyak tawaran heroin, namun tidak banyak yang mampu bertoleransi dengan jadual kerja saya yang padat. Jadi, lebih baik saya membawa watak yang lebih kecil dan kurang komitmen,” jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem #BikinFilem di The Strand Mall, Pusat Dagangan Kota Damansara, Petaling jaya baru-baru ini.

Biarpun begitu, bekas Ratu Cantik Malaysia 1992 itu masih mempertimbangkan tawaran heroin jika naskhah yang diberikan berbaloi untuk beliau mengosongkan jadual harian tetapnya dalam tempoh tertentu.

“Jika saya benar-benar tertarik dengan karakter yang diberikan dan ia boleh memberikan kepuasan yang setimpal, saya tiada masalah untuk memberi komitmen, asalkan hasilnya berbaloi,” tegasnya lagi.

Nyanyian
Selain terkenal sebagai pelakon, anak kelahiran Rawang, Selangor itu turut pernah menempa nama sebagai penyanyi berbakat dan memiliki beberapa buah album sepanjang bergelar anak seni.

Biarpun rezekinya lebih menjurus terhadap bidang lakonan, namun jauh di sudut hati Erra, beliau masih menyimpan kerinduan untuk kembali aktif menyanyi, cuma masih belum berjumpa genre lagu bersesuaian dengan imejnya yang bertudung sekarang.

Mahu mengelak membawakan karya-karya balada putus cinta seperti zaman 1990-an dahulu, pelantun lagu Pasrah itu berkata, jika boleh beliau mahu single baharunya mempunyai elemen positif dan menyebarkan mesej yang baik.

“Niat dalam hati sebenarnya mahu membawakan lagu berentak pop, namun terfikir juga adakah ia sesuai dengan imej berhijab yang saya bawa sekarang. Malah jika mengikut permintaan peminat, mereka mahukan lagu balada, jadi saya kini berada dalam keadaan dilema.

“Buat masa sekarang, saya masih lagi mencari lagu yang sesuai dan belum berjumpa yang berkenan. Namun, saya sering berpesan kepada syarikat pengurusan jika ada yang ingin memberikan lagu, saya terbuka untuk mendengarnya,” katanya lagi.

Tambah Erra lagi, prinsipnya untuk tidak lagi menyanyikan lagu-lagu putus cinta bukan kerana ia membawa nasib malang kepada kehidupan peribadinya. Erra hanya enggan lagi melekat dalam takuk genre lama.

“Ramai juga yang beranggapan lagu-lagu sedih saya mempunyai kaitan dengan isu peribadi yang berlaku kepada saya, namun bagi saya, ia sekadar kebetulan. Sebagai orang Islam, saya sudah reda dengan apa yang tertulis dalam takdir hidup,” ujarnya sambil tersenyum.



Masih sama
Bercakap soal peribadi, pasti tidak lengkap pertemuan dengan wanita berusia 44 tahun ini tanpa menyelitkan soalan berkenaan Shahir Zawawi, jejaka yang sering dikaitkan dengannya sejak dua tahun lalu.

Hanya mampu melepaskan tawa yang besar, pelakon yang mempunyai ketinggian 168 sentimeter itu berkata, tiada apa perubahan yang boleh dikemas kini kepada peminat kerana situasi hubungannya dengan Shahir masih sama iaitu berkawan.

Mengakui juara Akademi Fantasia kelapan (AF8) itu ada datang ke rumahnya pada sambutan Aidilfitri lalu, namun ia sekadar kunjungan beraya dan tidak membawa maksud apa-apa seperti yang diharapkan oleh orang ramai.

“Anda semua akan kecewa dengan jawapan saya yang masih kekal serupa seperti sebelumnya dan ya, kami masih berkawan serta dia memang ada datang beraya dengan keluarganya pada hari raya pertama.

“Namun, tidak wujud apa-apa majlis merisik atau sebagainya. Ia cuma kunjungan biasa daripada seorang sahabat sempena raya, itu sahaja. Tanyalah saya seribu kali soalan sama, jawapannya tetap itu selagi belum sampai masa atau jodoh kami berdua,” terangnya sebelum menyimpul perbualan.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2018 01:20 PM | Show all posts
mengaku je acik ratu dah berumur kan senang

tak payah nak padat sangatlah
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 01:23 PM | Show all posts
carilah lelaki lain... apa agaknya kelebihan si Shahir tu di mata Erra...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
agak2 la umur 44 nak jadi heroin lagi, ni bukan kat barat..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 2-7-2018 01:44 PM

Umur dah lebih 40an susah dah nak dapat watak heroin kat Malaysia ni walaupun muka dan body maintain cantik, lain ler Hollywood. Kalau dia pandai rolling duit masa zaman tengah laku dan pandai menyimpan, apa susah. Dah tua2 ni keje relax2 je, ala2 dapat side income gitu. Kalau maintenance tinggi, kena ada income jugak.

Drama bersiri atau filem susah ler sket nak dapat watak heroin  tapi kalau telefilem tu boleh lagi, banyak je yang sesuai dengan jalan cerita asalkan sudi bawak watak emak, banyak je telefilem kekeluargaan
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 01:41 PM | Show all posts
kesimpulan:

akak dh xde job sbnrnya dik


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2018 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 2-7-2018 01:53 PM

Erra ni memang ler masih nampak cantik, lebih2 lagi untuk umur macam dia ni tapi muka dia sekarang dah takde feel 'natural' tapi lebih kepada muka jenis nak lawan usia, dengan bantuan teknologi2 kecantikan sekarang Mesti banyak jugak berhabis untuk kekal cantik
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 02:37 PM | Show all posts
busy betul acik erra skang
murah rezeki sheols ni jadual padat sampai tak ada masa nk berlakon ha
tak payah la nyanyi..suara tak sedap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2018 02:50 PM | Show all posts

kalau umur 40an memang bawa watak emak2 je lah kan
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 03:10 PM | Show all posts
cntik jerk walaupun da berusia
x kisah la apa pun org nak judge...asal bahagia
bukannya mengemis kat org pun
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 03:23 PM | Show all posts
watak heroin tak semestinya watak sebagai gadis kolej....kalau untuk drama dan tele banyak jer watak yg sesuai dgn usia erra...

tapikan...pada mata aku..body erra ni body yg paling cantik sekali...belum ada artis wanita yg mampu lawan kesempurnaan potongan badan dia...nampak balance dari atas sampai bawah...pakai apapon nampak cantik...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 03:25 PM | Show all posts
apa yg padat eh skali dua je berlakon drama hahah yg penting sheolls memang letopss
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kertu kak oi.. lain ler hollywood. Kat malaysia ni semua nak perempuan muda muda.
Termasuk kawin perempuan muda.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 03:32 PM | Show all posts
watak emak2 boleh la kak erra
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 03:33 PM | Show all posts
mana drama dia? dah lama x nmpk pon....adalah nmpk sekali dlm sepahtu reunion kot tp dah lama jugak laaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 03:39 PM | Show all posts
keje ape dia buat kat luar.. sibuk berbisnes ke..

ape pon aku suka lagu raya dia..  antara yang senang ingat..

selamat.. selamat.. selamat hari raya.. hari yang bahagia.. hari yang mulia.. hari kemenangan tiap umat manusia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2018 03:50 PM | Show all posts
jadual apa yg padat sangat tu?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 03:54 PM | Show all posts
hahaha... dah kertu memanglah tak hadap watak heroin... apa pun all da best to you...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 04:22 PM | Show all posts
Sedangkan Fasha tu pun dah tak sesuai nak bawa watak heroin (muda remaja), apatah lagi acik Erra.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp ai suka erra dlm mok cun
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.049194 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list