Meriahnya Minggu Fesyen Kuala Lumpur yang berlangsung sepanjang minggu lalu. Dapat dilihat artis sedaya-upaya ingin menonjol dengan rekaan fesyen terkini supaya kelihatan luar biasa dan menjadi perhatian.
Bukan sahaja hadir sebagai penonton, ramai selebriti terkenal turut menjadi pereka yang mewarnai pentas peragaan.
Foto: Instagaram Alex Gun
Tidak pernah tercicir dari senarai Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Fazura yang menggunakan jenama House Of Doll beberapa tahun dahulu kini tampil sebagai fazbulous dengan tema Euphoria pada tahun ini.
Euphoria bermaksud kegembiraan yang mengujakan ditampilkan oleh Fazura pada rekaan sofistikated dan pemilihan warna terang seperti jingga, kuning dan merah pada rekaannya.
Menurut Fazura, dia cuba menyampaikan perasaan gembira, ceria dan teruja yang dirasainya saat ini pada koleksi pakaian yang dipamerkan.
Peragaan koleksi Fazura pada malam tersebut mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin apabila gimik akhir yang dilakukan berjaya mengejutkan audiens.
Ramai yang melabelkan gimik tersebut sebagai seperti tahap antabangsa dan ada yang mahu Fazura terus maju sehingga ke pentas fesyen New York!
Foto: IG photobynasicky
Bagaimanapun, semalam pemakaian Fazura dikritik hebat oleh netizen apabila dikatakan terlalu ketat dan menampakkan susuk tubuh yang tidak sepatutnya.
Fesyen itu dikatakan tidak sesuai untuk dirinya yang berstatus isteri. Malah, turut dikatakan penampilan itu lebih teruk berbanding selebriti yang pernah dikecam sebelum ini.
Foto: IG Fazura
Anda setuju dengan pendapat negatif netizen? - CARI
|