View: 4773|Reply: 24
|
10 Tanda Anda Penagih Telefon Yang Kronik, No 1 Paling Kerap Berlaku...
[Copy link]
|
|
Jika anda di meja makan atau makan malam di sebuah restoran, cuba lihat di sekeliling anda. Berapa ramai yang sedang tekun dengan telefon pintar masing-masing?
Pasti bilangannya mengejutkan. Menurut laporan terbaru dalam MalayMail, rakyat Malaysia antara penagih telefon pintar tertinggi di dunia.
Kredit foto: Carian Google
Dilaporkan lebih 66 peratus rakyat negara ini tidak dapat berenggang dengan telefon pintar masing-masing seperti Samsung, iPhone, iPads, dan gajet lain.
Malangnya, ramai yang tidak tidak tahu mereka sebenarnya penagih gajet sehingga menggangu kualiti hidup sekeluarga.
Kredit foto: Carian Google
Menurut laman Psy Guides, berikut adalah 10 Tanda anda mungkin penagih telefon yang kronik.
1. Tiada Sela 15 Minit
Perhatikan sela masa anda berenggang dengan telefon. Adakah anda dapat melupakannya kurang daripada 15 minit? Adakah anda membawa telefon ke mana sahaja anda berada, walaupun di dalam tandas? Jika Ya, anda mungkin penagih telefon yang kronik.
Kredit foto: Carian Google
2. Pertama dan Terakhir
Apakah benda pertama yang anda cari selepas bangun pagi? Pasti bukannya memberus gigi. Dan apakah benda terakhir yang anda letakkan sebelum tidur? Juga bukan buku seperti dahulu. Jika jawapan anda untuk kedua-dua perkara ini adalah telefon, anda mungkin penagih telefon yang kronik.
Kredit foto: Carian Google
3. Guna Telefon Walaupun Tidak Sepatutnya
Adakah anda pernah membawa dan memeriksa telefon pintar ketika berada di masjid ataupun gereja? Bagaimana pula ketika menghadiri majlis dan taklimat penting, bolehkah anda menumpukan perhatian dan menyimpannya di dalam beg sehingga majlis selesai?
Jika anda menggunakan telefon walaupun tidak sepatutnya, anda mungkin penagih telefon yang kronik.
Kredit foto: Carian Google
4. Guna Telefon Walau Ada Risiko
Perkara yang paling berbahaya, menggunakan telefon ketika sedang berada dalam keadaan berisiko seperti memandu atau melintas jalan.
Lebih menakutkan, bukan sekadar menjawab panggilan malahan ada juga yang sempat menaip jawapan mesej ketika memegang stereng. Jika Ya, anda mungkin penagih telefon yang kronik.
Kredit foto: Carian Google
5. Guna Telefon Untuk Kerja Mudah
Anda terlalu mengandalkan telefon bimbit walaupun untuk kerja-kerja mudah seperti menyemak ejaan atau kiraan 20+19 menggunakan kalkulator.
Pendek kata, anda tidak suka lagi menggunakan sel otak untuk berfikir atau bekerja walaupun untuk seketika. Jika Ya, anda mungkin penagih telefon yang kronik.
6. Abaikan Masa Bersama Keluarga
Masa yang sepatutnya diluangkan untuk keluarga sebaliknya diisi dengan membelek telefon pintar. Ketika bersama dengan anak atau beriadah, anda pula lebih tertarik dengan status kawan-kawan di Facebook atau Instagram. Jika Ya, anda mungkin penagih telefon yang kronik.
Kredit foto: Carian Google
7. Guna Telefon Ketika Makan
Anda meletakkan telefon bimbit di sebelah pinggan ketika makan. Malah, ada ketikanya anda menyuap makanan sambil fokus dengan perbualan WhatApps di alam maya berbanding dengan perbualan di alam nyata dengan ahli keluarga di meja makan. Jika Ya, anda mungkin penagih telefon yang kronik.
Kredit foto: Carian Google
8. Resah Gelisah Tanpa Telefon
Tertinggal telefon, telefon rosak atau kehabisan bateri adalah mimpi ngeri buat anda. Anda menjadi resah gelisah dan seboleh-bolehnya ingin menggantikan kehilangan telefon atau mencari pengecas secepat mungkin. Jika Ya, anda mungkin penagih telefon yang kronik.
9. Balas Mesej Serta merta
Walaupun tidak penting, anda tetap membalas mesej rakan-rakan dengan serta merta. Anda juga suka menyampuk perbualan walaupun yang tidak ada kaitan dengan anda.
Sekiranya telefon anda senyap seketika, anda merasakan pasti ada sesuatu yang tidak kena. Jika Ya, anda mungkin penagih telefon yang kronik.
10. Lebih Suka Pegang Telefon Daripada Masukkan Dalam Poket / Beg
Anda lebih suka memegang telefon bimbit daripada memasukkannya ke dalam poket atau beg. Anda mahu akses segera kepada telefon bimbit sekiranya ada panggilan atau mesej.
Anda juga kerap 'on' dan 'off' skrin tanpa sebarang sebab. Jika Ya, anda mungkin penagih telefon yang kronik.
Kredit foto: Carian Google
Sekiranya anda menunjukkan salah satu simptom yang kronik seperti di atas, anda memerkukan bantuan untuk menghilangkan ketagihan terhadap telefon pintar anda.
Menurut pakar psikologi, anda perlu melakukannya secara perlahan-lahan seperti meninggalkan telefon sekali-sekala, mengehadkan pembelian data internat, keluar daripada kumpulan WhatApps yang tidak bermanfaat dan dapatkan hobi baru yang menarik dan tidak melibatkan telefon. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Saya 7/10
Dah tahap kronik kot |
|
|
|
|
|
|
|
Xkronik..sbb jrg pgg phone..buka baca2 brita je..
Whtaps pun kdg xsempat bls.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau perhatikan masyarakat sekeliling nampak benar apa yang diperkatakan syukur masih boleh control diri dan tak masuk dalam golongan sebegitu. |
|
|
|
|
|
|
|
Rindu 10 tahun lepas lepak dengan kawan-kawan kat mamak berborak 3-4 jam sampai lebam. Sekarang no eye contact, phone masing-masing berjahit kat tangan. Bukan kawan je, family and spouse pun ramai macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
Sama lah
Kami baru2 ni family day
Semua orang tak nak ikut aktiviti, busy dengan handphone
Malam2 nak berbual ramai2 tapi semua masuk billik awal dgn handphone
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols sebelum wujud hp buku mesti berjahit kt tgn. Now baca dr hp je. Tak kisahla apa2 asalkan kena membaca. Skrg byk baca forum pulak haha.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pon jenis ketagih telepon gak tp tgh usaha utk kurangkan....antara caranya xamik data plan, tak download apa2 game, med soc hanya ig & facebook, nk dgr radio just bukak fizikal radio, nk tgk movie just download kt pc & play kt tv, silent phone time dok kt rumah...pastu penuhkan masa dgn pelbagai aktiviti mcm kemas rumah, pi hiking (dlm hutan xde line) & apa2 aktiviti yg xblh pegang hp... alhamdulillah, ade la skit perubahan kalo tak dulu sampai sakit kepala tenung telefon, mak ngan kucen aku pon terabai |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa aku ni di tahap semi kronik kot. 6/10. kena kurang2kn jgk penggunaan... |
|
|
|
|
|
|
|
Iols xdpt buat ujian camni. Sbb sll kes tlupa bawa hp bila ke pasar. And iols mampu harung 30mins without phone. |
|
|
|
|
|
|
|
Phewwwwww....nsb baik x kronik lg..{:smile
Kdg2 lau kuar ngn kengkwn,masing2 duk ngadap fon,kita pn tpkse laa kuarkn fon..apa gne nk lepak sama tp duk ngadap fon...bila kte xnk kua,dikatanya lupe kwn etc....smh! |
|
|
|
|
|
|
|
4/10...sihat lagi la kut.
Still baca buku sebelum tidur.
Time makan sorang je belek handphone.
Tapi kalau handphone dah low battery mmg gelabah nak mamps |
|
|
|
|
|
|
|
Kt tempat makan, masalanya bila semua pegang hp..ko sendiri diam nak buat apa? Klu I haruslah terus teringat muka nenek cina yg pernah viral dulu Tu entah sapa sapa la yg snap gambar muka nenek tu yg boredom & confused gara gara anak cucu & menantu dia semua fokus kt smartphone... nak tak nak I pun main hp gakla |
|
|
|
|
|
|
|
Aku mlm td dr kul 8mlm smpai 11mlm duk ngadap phone. Letih btul la da mcm ape je. Asal blk ke rutin hidup je ngadap phone je keje aku. Kalau holiday ok pulak xhadap phone sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-2-2019 09:23 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
netto_ replied at 10-2-2019 09:50 AM
Aku mlm td dr kul 8mlm smpai 11mlm duk ngadap phone. Letih btul la da mcm ape je. Asal blk ke rutin ...
Amboi 3 jam straight ke pegang phone? |
|
|
|
|
|
|
|
Sang_Pencinta replied at 10-2-2019 09:23 PM
Amboi 3 jam straight ke pegang phone?
Aah. Main game je keje aku ni. Pastu merambu kt porom ni la. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pon rasa cam dah tahap kronik ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Eva_yy_Ellin at 11-2-2019 12:13 PM
1. Tiada Sela 15 Minit - Tidak. 5 kali 15 minit pun boleh. Pergi tandas untuk no.2 saja yang bawa phone, masa lain tak.
2. Pertama dan Terakhir - Ya. Sebelum tidur baca online fiction dan ig, sebab itu je masa saya on ig, masa lain tak on langsung. Bangun tidur tengok news kejap di fb
3. Guna Telefon Walaupun Tidak Sepatutnya - Ya dan tidak. Bergantung pada majlis. Kalau majlis ilmu, buka phone bila call atau mesej masuk, sebab kadang ada benda penting yang perlu respons segera. Majlis perhimpunan bos-bos besar, buka phone bila ucapan buat kita
4. Guna Telefon Walau Ada Risiko - Tidak. Tunggu lampu merah baru tengok phone. Atau dah sampai destinasi atau berhenti mana-mana baru tengok.
5. Guna Telefon Untuk Kerja Mudah - Ya. Untuk ejaan/maksud yang betul dan kiraan yang tepat. Guna sel otak pun lepas tu nak semak juga guna phone, untuk kepastian. Kalau tengah menghadap pc, semak dekat pc la, buat apa guna phone.
6. Abaikan Masa Bersama Keluarga - Tidak. Selalu orang yang buat macam ni kat kita. Kita nak borak, diorang pegang phone. Sudahnya apa yang kita cakap dengar tak dengar je, ataupun kena marah sebab ganggu diorang tengah mengadap phone
7. Guna Telefon Ketika Makan - Tidak. Saya pembaca komik yang setia ketika makan. Hahaha. Kalau makan di rumah, baca komik. Kalau makan di luar, buka la juga phone. Tapi hanya ketika makan seorang diri. Kalau ada teman makan, tidak la buka komik atau phone.
8. Resah Gelisah Tanpa Telefon - Ya. Sebab kadang ada benda penting orang cari dan perlukan kita. Misalnya kita kat luar, tengah joging pun ada mesej minta belikan cili kering nak goreng mee
9. Balas Mesej Serta merta - Tidak. Hanya mesej penting saja dibalas segera. Tak penting, nanti-nantilah...
10. Lebih Suka Pegang Telefon Daripada Masukkan Dalam Poket / Beg - Ya. Sebab tak dengar kalau letak dalam beg. Tak tahu kenapa phone ni jarang bunyi. Misalnya ada satu whatsapp masuk dan saya belum baca, whatsapp yang kemudiannya masuk tak bunyi notification. Seperti biasa, takut ada benda penting.
4.5/10. Yeay, belum tahap kronik lagi
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
unifi kat rumah offline sbb tak bayar. hahaha semua umat dalam rumah tak online dah seminggu |
|
|
|
|
|
|
| |
|