CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22676|Reply: 190

[Tempatan] Pembunuhan kejam!

 Close [Copy link]
Post time 10-2-2019 02:07 PM | Show all posts |Read mode
Pembunuhan kejam!


Share


Tweet


Share













TEMPAT kejadian mayat kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang temui dalam keadaan tragis di Tanjung Medang Hilir. FOTO Muhd Asyraf Sawal











Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
[email protected]



KEJAM dan tidak berperikemanusiaan. Itu yang dapat disimpulkan ke atas penemuan mayat kanak-kanak perempuan, Siti Masyitah Ibrahim, 11, yang ditemui dalam keadaan tragis apabila tangan dan kakinya diikat selain beberapa organ dalaman dikeluarkan dari mayatnya.

Segalanya bermula apabila mayat kanak-kanak malang itu ditemui beberapa orang kampung di ladang kelapa sawit di Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan, 5 petang semalam, selepas mangsa dilaporkan hilang pada 30 Januari lalu.


Menurut ibu mangsa, Zaleha Abdullah, 35, dia dimaklumkan berhubung penemuan anaknya selepas waktu Asar sebelum dia dan suami Ibrahim Ali, 39, bergegas ke lokasi kejadian.


“Luluh dan berkecai hati saya apabila melihat keadaan anak saya seperti itu. Tangan dan kakinya diikat selain mayatnya ditemui dalam keadaan tidak sempurna dengan kepala sudah terpisah daripada badan.

“Beberapa organ dalamannya juga tidak dijumpai. Semasa dia hilang sejak 11 hari lalu kami sudah cari dia di kawasan ini tetapi tidak menjumpainya,” katanya kepada Harian Metro di Pekan, hari ini.

Zaleha berkata, dia mengecam mangsa adalah anaknya berdasarkan baju biru yang dipakai kanak-kanak itu sebelum dilaporkan hilang.

Menceritakan detik anaknya hilang, Zaleha berkata, dalam kejadian 5 petang 30 Januari lalu anaknya meminta duit RM1 untuk ke kedai dan berjanji akan pulang segera.

“Dia kata akan pulang awal namun selepas itu saya sudah tidak berjumpa dengannya. Laporan polis juga sudah dibuat di Balai Polis Pekan pada hari sama dan usaha mencarinya sekitar kampung ini dilakukan penduduk setiap hari.

“Dalam tempoh kehilangannya saya sentiasa berdoa supaya Allah SWT menemukan saya dengannya dalam apa juga keadaan... bila saya lihat mayatnya semalam saya jadi sedih, mengapa mereka memperlakukan anak saya sebegini,” katanya.

Zaleha menyifatkan Siti Masyitah yang juga anak ketiga daripada empat beradik itu sebagai anak yang periang dan ceria.

“Mengapa mereka (pembunuh) tergamak lakukan perkara yang sebegini kejam kepada anak saya, apa dosanya?” katanya.

Sementara itu, penduduk kampung, Mohd Rosli Mat Rasat, 38, berkata, dia antara yang terawal tiba di lokasi kejadian sebaik dimaklumkan rakannya berhubung penemuan mayat Siti Masyitah.

Katanya, kejadian pembunuhan kejam itu adalah yang pertama berlaku di kampung itu sejak 35 tahun lalu.

“Semasa dia hilang saya dan rakan-rakan mencarinya di seluruh pelusuk kampung termasuk di kawasan mayatnya di temui. Saya rasa dia dibunuh di tempat lain sebelum dibuang di kawasan ini,” katanya.

Mohd Rosli berkata, Bahagian Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang tiba ke lokasi kejadian pada 8 malam sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek, ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat itu.





Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Februari 2019 @ 1:38 PM




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2019 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
jahat betul.... siapa pembeli organ tersebut harap mati ! ......
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 02:22 PM | Show all posts
Pihak berkuasa mesti menjalankan gerakan serta merta. Rakyat mendesak pelaku jenayah ini ditahan serta merta.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts

Harap cepat pembunuhnya ditemui
Jilaka btoi
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
celaka pembunuh.teruknya  igtkan berita luar negara
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada unsur2 mistik ala mona fandey ke sbb kepala pun terputus dn organ hilang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2019 02:50 PM | Show all posts
kalau petty criminal apa nak buat dengan organ dalaman tu....

nak jual kena fresh...

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 02:50 PM | Show all posts
Alfate..salam takjiah..moga pembunuh mati terbakar dalam neraka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2019 02:52 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm ni pya kejam ada hati nk mansuh hukuman mati????????

Setan saja buat kerja lagu ni kat budak.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa ni????....kat Malaysia pulak tu....ya Allah sakitnya hati baca. ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2019 03:09 PM | Show all posts
cupu replied at 10-2-2019 02:57 PM
Mcm ni pya kejam ada hati nk mansuh hukuman mati????????

Setan saja buat kerja lagu ni kat budak.

sis...manusia lbih jahat dr setan sis...setan nih mnghasut je nk ikut ikutlh kata setan...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Keluarkan organ dalaman? Diorang nak buat apa organ dalaman tu? Takkan utk jual organ y selalu diwar2 tu sebab organ y nak diguna tu kena keluarkan idup2. Kalau organ dah mati tak guna dah. Y derma organ tu utk kes mati otak dan kena cepat2 keluarkan, kena cepat2 gak masukkan ke body penerima. Pastu nak operate tu kena suasana bilik operation dan peralatan lengkap y bersih semua. Xd semudah nak keluarkan organ dalam ladang sawit je. Kalau keluarkan organ secikai gini lah untuk makan atau ilmu hitam boleh lah. Betulkan kalau saya silap.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti org kg ni ingat kg tu selamat sbb xpernah ada kes mcm ni sebelum ni. Skrg org jual organ kt dark web je
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 03:15 PM | Show all posts
Teramat kejamnya perbuatan
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
ya Allah harapnya jgnlah ada anak2 lain yg jd mangsa lepas ni..smoga si pelaku dpt ditangkap secepat mngkin. Mak2 bapak2 yg duduk dekat kg @ bandar pun janganlah berani2 sgt bg anak keluar rumah sndiri Sedangkan dlm rumah sndiri pun kdg x selamat inikan pulak luar rumah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2019 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini kerja org gila/org menuntut ilmu hitam
Kejam sungguh ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgnlah biarkan anak2 keluar rumah xde adult supervision.. Bahayaaa
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
jahcomel replied at 10-2-2019 03:09 PM
sis...manusia lbih jahat dr setan sis...setan nih mnghasut je nk ikut ikutlh kata setan...

Setanlah yg hasut tu uols.. Kalau setan boleh bunuh manusia guna tgn dia lama dh manusia ni pupus kot
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejam giler.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.059537 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list