Kemunculan 'food truck' sejak beberapa tahun kebelakangan ini sememangnya memberi impak positif dalam industri makanan negara. Memudahkan pengguna membuat pilihan makanan di tempat yang lebih dekat membuatkan pengusaha 'food truck' bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
Bagaimanapun, ada satu isu yang dipersoalkan iaitu harga makanan tersebut didakwa mahal dan tidak berbaloi berbanding perkhidmatan 'food truck' itu sendiri.
Makanan tidak sedap, semua menu mahu dibubuh keju yang dibeli dengan harga pukal tetapi menjual kembali dengan harga mahal antara masalah yang dibentangkan. Bukan itu sahaja, ada pengusaha 'food truck' yang mencampurkan air dalam serbuk 'cheese', serbuk 'salted egg' dan serbuk 'butter chicken' yang menyebabkan makanan tampak murah tetapi dijual dengan harga Yahudi.
Kredit foto: Twitter
Mendengar banyak komplen daripada warga Malaysia membuatkan ada pengusaha 'food truck' terpanggil untuk menjelaskan perkara sebenar. Lalu mendedahkan bahawa modal permulaan yang dikeluarkan oleh pengusaha sangat banyak seperti komitmen bulanan sendiri hingga RM8,000. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa menjual makanan dengan harga mahal kepada para pelanggan.
Kredit foto: carian Internet
Bagaimanapun menurut netizen yang pernah bertanya sendiri kepada pihak tertentu lalu terbongkar cerita sebenar bahawa kos berniaga menerusi 'food truck' tidaklah semahal yang disangka. Ini kerana ramai pihak yang menawarkan pinjaman untuk memulakan perniagaan ini seperti Fama, Mara atau Agensi tertentu. Lagi pula ia mengambil konsep 'Food Truck' di negara barat yang menawarkan makanan berharga murah sesuai dengan kualiti yang ditawarkan.
Kredit foto: twitter
Kredit foto: carian internet
Jadi, setelah mengetahui perbezaan kedua-dua pengalaman ini, apa pendapat anda? Adakah wajar makanan yang dijual oleh 'food truck' ini mahal atau perlu diturunkan? Tepuk dada, tanya selera. - CARI |