Siapa sangka 'Rangga' membuat keputusan seberani ini!
Buat pertama kalinya, pelakon filem 'box office' Ada Apa Dengan Cinta, Nicholas Saputra menayangkan 'selfie' pertama dan mungkin terakhir darinya di laman media sosial Instagram. Semua itu dilakukan sempena Pilihan Raya Umum Indonesia 2019 (Pemilu2019) sebagai tanda demokrasi dalam kempen mengajak generasi muda untuk turut terlibat dalam Pemilu 2019 ini.
Dengan kapsyen "Tetap damai dan selamat merayakan demokrasi! PS : postingan ini akan dihapus dalam waktu 24 jam." ternyata membuatkan gambarnya 'trending' di media sosial dan global. Ya, ia sangat 'rare' kerana sebelum ini Nicholas hanya memuatkan gambar pemandangan serta senario yang berlaku di hadapan matanya sahaja.
Jadi, gambar 'selfie' ini seumpama hadiah yang tidak ternilai buat peminat pelakon kacak yang masih 'single' ini.
Kredit foto: IG
Minggu lepas, Nicholas bersama pasangan gandingannya, Dian Sastrowardoyo mengajak rakyat Indonesia untuk menggunakan hak bersuara pada Pemilu yang berlangsung pada rabu.
Selain itu, beberapa pelakon Indonesia lain seperti Baim Wong, Lukman Sardi dan Mira Lesmana turut melakukan perkara sama.
Kredit foto G
Nicholas dalam instastorynya turut memberitahu bahawa itu adalah tanggungjawab setiap individu bagi memilih pemimpin demi demokrasi.
Hal ini mengejutkan ribuan peminatnya yang selama ini hanya mengikuti perkembangan aktor popular ini menerusi pandangan mata kasarnya yang memotretkan pemandangan pelbagai negara yang dilawatinya.
Kredit foto: IG
Setakat artikel ini ditulis, gambar Nicholas mendapat tanda suka sebanyak 400,000 dan masing-masing memberi komen yang sangat teruja. Dian sendiri serta penerbit Mira Lesmana dan penyanyi Melly Goeslaw sempat mengusiknya mengenai tempoh 24 jam. Antara tanda pagar (#) yang digunakan oleh Mira ialah #akhirnyanicoselfie turut mengundang gelak tawa dari netizen.
|