Kredit foto: Family Doctor
Ulser mulut atau nama lainnya disebut mata ikan atau lepuh kebiasaannya mengambil masa seminggu hingga dua minggu untuk baik pulih. Namun, perkongsian daripada seorang doktor di laman Twitter mengatakan, ulser mulut dapat diubati dengan cepat.
Berikut senarai ubat yang disyorkan Dr Kamarul:
1. Ubat Gel/Losyen
Ubat ini biasanya mengandungi bahan aktif bersifat antikeradangan, antiseptik dan analgestik (tahan sakit). Ubat ini merupakan pilihan paling popular dalam kalangan pengguna.
Contoh ubat:
- Muco-Aid
- Oral Aid
- Bonjela
- Gingival Gel
Kredit foto: Kamarul Ariffin @dr_chaku
2. Ubat Pes
Ubat jenis ini memberi perlindungan dengan membentuk lapisan yang menutupi luka (ulser) dan sesetengahnya mempunyai kualiti antiradang untuk mengurangkan sakit dan bengkak.
Contoh ubat:
- Keno
- Oralon
- Difflam Forte
Kredit foto: Kamarul Ariffin
3. Ubat kumur
Ubat jenis ini mengandungi antiseptik untuk mengekang jangkitan dan pertumbuhan bakteria dalam mulut. Ia juga memudahkan proses membersihkan mulut ketika kemunculan ulser.
Contoh ubat:
- Oradex
- Hexidine
- Bactidol Mouthwash
Kredit foto: Kamarul Ariffin
Beliau juga mengesorkan beberapa kaedah yang boleh diamalkan bagi mengelak kehadiran ulser.
- Minum air kosong 2 liter sehari
- Uruskan stress dengan baik
- Tidur secukupnya
- Berus gigi selepas makan
- Pastikan gigi palsu bersih
- Hindari fake braces
- Makan sayuran / buah yang tinggi vitamin
- Berhenti merokok
Ulser mulut sering mengganggu dan boleh menghilangkan selera makan. Ada ubat lain selain yang dinyatakan di atas lebih berkesan pada anda? - CARI |