CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 26207|Reply: 31

GUNUNG BERAPI

[Copy link]
Post time 26-7-2004 01:59 PM | Show all posts |Read mode
Bagi penduduk Malaysia, kita beruntung disebabkan kita berada jauh daripada kawasan gunung berapi. Malaysia tidak terdedah kepada ancaman bencana alam gunung berapi, bagaimanapun kita perlu tahu mengenai gunung berapi untuk memahami bumi dan alam sekitar kita. Selain itu, negara Indonesia yang merupakan jiran Malaysia, turut mempunyai beberapa gunung berapi yang aktif. Gunung berapi terdapat di seluruh dunia, tetapi lokasi gunung berapi yang paling dikenali adalah gunung berapi yang berada di sepanjang lingkaran Cincin Api Pasifik. "Pacific Ring of Fire". Lingkaran Cincin Api Pasifik merupakan sempadan pertembungan antara dua plak tetonik.
Lingkaran Cincin Api Pasifik terletak sepanjang pantai barat Tengah dan Selatan Amerika, Jepun, dan Filipina, merentasi New Zealand, ke lautan Atlantik. Gunung berapi juga wujud di tengah laut sepanjang rabung laut. Rabung Tengah Atlantik merupakan contoh gunung berapi dasar laut. Apabila gunung berapi dasar laut ini meletus, lava mengalir keluar dan membentuk dasar lautan. Gunung berapi juga boleh terbentuk selain dari di kawasan sempadan plat tetonik, sebagai contohnya gunung berapi Hawai.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-7-2004 02:03 PM | Show all posts

Kitaran hayat gunung berapi

Gunung berapi terdapat dalam beberapa bentuk sepanjang kitaran hayatnya. Gunung berapi yang aktif mungkin bertukar menjadi separuh aktif, menjadi pendam, sebelum akhirnya menjadi tidak aktif atau mati. Bagaimanapun gunung berapi mampu menjadi pendam selama tempoh 200 tahun sebelum bertukar menjadi aktif semula. Oleh itu, sukar untuk menentukan keadaan sebenar sesuatu gunung gunung berapi, samada ia dalam tempoh pendam atau telah mati.


Ianya dapat dinahagikan kepada tiga iaitu:

Gunung berapi aktif.
Gunung berapi pendam.
Gunung berapi mati.

Gunung berapi aktifGunung berapi hidup adalah aktif dan sering meletus.
Gunung berapi ini sentiasa mengeluarkan asap dan diikuti dengan gegaran kecil sekali sekala.
Gunung berapi jenis ini seperti Gunung Etna di Itali, Mauna Loa di Hawaii dan Gunung Stromboli di Itali.
Kira-kira 500 buah gunung berapi yang aktif terdapat di seluruh dunia. Lebih separuh daripada 500 buah gunung berapi yang aktif terletak di sekitar Lautan Pasifik yang dipanggil sebagai "Lingkaran Api Pasifik".
Indonesia yang terletak di Lautan Pasifik mempunyai gunung berapi aktif paling banyak. Sejak tahun 1800, sebanyak 600 letusan gunung berapi telah direkodkan daripada 70 buah gunung berapi. Di Amerika Tengah mempunyai 60 buah gunung berapi aktif. Gunung berapi juga terdapat di Rusia, Jepun, Afrika, Iceland. Itali dan kawasan lain.

Gunung berapi pendam
Gunung berapi ini pernah meletus dan terpendam dalam satu jangka masa.
Gunung berapi ini akan meletus semula dalam jangka masa yang panjang.
Gunung berapi ini dikenali sebagai gunung berapi "tidur".
contoh: Gunung Pinatubo terpendam kira-kira 610 tahun telah meletus pada 13 Jun 1991. Gunung Vesuvius di Itali dan Gunung Fuji di Jepun.

Gunung berapi mati
Gunung berapi ini tidak aktif dan tidak akan meletus lagi.
Walau bagaimanapun adalah sukar untuk mempastikan sama ada gunung berapi itu pendam atau mati. Ini disebabkan tempoh yang lama antara sesuatu letusan gunung berapi itu yang boleh mencapai sehingga tempoh 610 tahun.
contoh: Gunung Kenya di Kenya dan Gunung Kilimanjaro di Alaska.

[ Last edited by jofizo on 26-7-2004 at 02:23 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2004 02:04 PM | Show all posts
Gunung berapi mampu menyebabkan banyak kerosakan harta benda apabila ia meletus. Bagaimanapun, secara amnya tanah di sekitar gunung berapi menjadi amat subur dan sesuai untuk tanaman Oleh itu, ramai manusia yang menyambung nyawa untuk menetap berhampiran dengan gunung berapi untuk mengusahakan tanaman bagi menyara hidup mereka. Oleh itu amatlah penting bagi manusia untuk cuba menjangkakan bila gunung berapi akan meletus.

Apabila sesebuah gunung berapi itu meletus pelbagai jenis batu dan debu dihasilkan yang dikenali dengan pelbagai nama, antaranya adalah gas, abu, lapilli dan bom. Lapilli adalah bahan-bahan pepejal yang mempunyai diameter antara 4-32 mm. Manakala bom pula adalah pepejal yang lebih kasar daripada 32mm.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2004 02:15 PM | Show all posts

Jenis dan ciri-ciri gunung berapi.

Gunung berapi dibahagikan kepada beberapa jenis bergantung kepada jenis dan kelikatan magma yang membentuk gunung berapi itu. Antara jenis-jenis gunung berapi adalah seperti berikut :-

Gunung berapi lava asid
Gunung berapi lava bes
Gunung berapi komposit
Gunung berapi abu dan sinder

Gunung berapi lava asid
letusan gunung berapi amat kuat.
lava sangat likat dan mengalir dengan perlahan.
mempunyai cerun yang curam.
contoh: Gunung Vesuvius di Itali.





Gunung berapi lava bes
mempunyai cerun yang landai.
lava sangat panas dan cair.
lava mengalir dengan laju.
contoh: Gunung Mauna Loa di Hawai.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2004 02:19 PM | Show all posts
Gunung berapi komposit
dikenali sebagai stratokun.
kon utama terbina daripada abu dan lava.
kon-kon kecil terbentuk di cerun-cerun kon utama.
kon-kon kecil dinamakan kon parasit.
contoh: Gunung berapi Fuji di Jepun, Gunung Mayon di Filipina.





Gunung berapi abu dan sinder
terbentuk daripada letupan yang sangat kuat.
mengeluarkan bahan piroklas seperti lapilli, abu, bom,
serpihan kecil dan gas.
bahan piroklas akan jatuh di sekitar lohong dan membentuk cerun yang curam.
contoh: Gunung berapi Paricutin di Mexico.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2004 02:22 PM | Show all posts

Bentuk mukabumi oleh gunung berapi.

Apabila magma disejukkan dalam bumi sebelum dikeluarkan, magma ini akan membentuk pelbagai bentuk muka bumi yang dikenali sebagai bentuk muka bumi jalar dalam.  Bentuk muka bumi jalar dalam akan kelihatan apabila pergerakan air dan perubahan iklim telah menghakis dan mendedahkan nya pada permukaan bumi. Antara jenis-jenis bentuk muka bumi jalar dalam adalah :-
  

Sil
Daik
Batolitos
Lakolitos
Lapolitos
Paklitos

Sil
Sil adalah batuan igneus yang berkedudukannya selari dengan rataan lapis. Sil mempunyai ketebalan berbeza-beza dari beberapa meter. Sil yang mengalami penggondolan akan membentuk air terjun atau jeram jika ia merentasi sungai. Sil yang besar mungkin membentuk penara. Contoh, Great Whim Sil di Northumberland, England.
  
Daik
Merupakan batuan jalar dalam yang terbentuk kerana magma yang menaik telah membeku di dalam rekahan batuan. Biasanya ia bersudut tepat dengan rataan lapis dan terbentuk tembok tegak. Daik yang terdedah membentuk rabung atau permatang yang kukuh. Daik juga mewujudkan air terjun atau jeram di dalam sungai dan membentuk tebing tinggi di pinggir laut. Contohnya, pantai selatan Cheng Chau di Hong Kong.
  
Batolitos
Adalah bentuk batuan jalar dalam yang sangat besar dan terletak paling jauh dari permukaan bumi. Batolitos yang terdedah akan membentuk banjaran gunung yang besar, penara dan bukit-bukit terpencil. Contohnya, Dartmoor Dome di England dan Gunung Ledang di Semenanjung Malaysia.
  
Lakolitos
Berbentuk kubah dan terdapat selari dengan rataan lapis. Jika terdedah akan membentuk bukit bulat yang rendah. Contohnya, Gunung Henry di Utara Amerika Syarikat.
  
Lapolitos
Terbentuk daripada magma jalar dalam yang telah membeku di dalam kerak bumi secara mendatar dan membentuk piring. Bahagian atas di sebelah tengah lapolit ini membentuk satu lembangan cetek. Contohnya, Bushreld Compleks di Transvaal Afrika Selatan.
  
Paklitos
Berbentuk seperti kanta dan terjadi secara mendatar di antara lapisan lipatan batuan di puncak lintap mungkum atau di bawah bahagian lintap lendut. Contohnya, Bukit Corndon di England.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-7-2004 02:27 PM | Show all posts

Cara menentukan bila gunung berapi akan meletus.

Pada masa sekarang, disebabkan peningkatan jumlah penduduk, dan oleh sebab faktor ekonomi yang lain, semakin ramai manusia yang tinggal berhampiran dengan gunung berapi. Malah sesetengah gunung berapi telah menjadi tarikan pelancung yang mendaki gunung berapi itu untuk melawat kawah gunung berapi. Disebabkan itu, adalah penting untuk pakar sains menjangkakan bila sesebuah gunung berapi itu akan meletus. Ini agar mereka dapat memberikan amaran awal, dengan itu dapat mengelakkan kehilangan jiwa yang besar. Terdapat beberapa cara bagi pakar sains untuk menjangkakan bila sesebuah gunung berapi akan meletus yang secara kasarnya dibahagi secara geofizikal dan secara kimia.
  
Teknik geofizikal.
-Graft gempa (Seismograf)
-Meter Sendeng "Tiltmeter"
-Pengukur graviti "Gravitimeter"
-Pengukur magnetik "Megnometer".
-Pengawasan infra-merah.

Secara kimia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2004 02:32 PM | Show all posts
Teknik geofizikal
Salah satu cara dikenali sebagai teknik geofizikal. Teknik geofizikal merujuk kepada sebarang perubahan fizikal pada batu-batan di bawah tanah. Perubahan bawah tanah ini dikesan melalui pelbagai peralatan yang sensitive dan memerlukan pengukuran dan rekod yang jitu bagi membuat perbandingan tentang perubahan fizikal merentas masa. Sebahagian peralatan yang digunakan bagi menentukan bila sesebuah gunung berapi itu akan meletus adalah melalui peralatan seperti berikut :-
  
Grafgempa "Seismograf "
Apabila magma mengalir melalui rekahan batu, magma akan menolak batu-batan ke tepi. Ini menyebabkan gempa bumi lemah pada gunung berapi atau kawasan sekitarnya. Gegaran yang berterusan ini boleh bertahan dari beberapa jam hinggalah beberapa hari.  Gegaran ini boleh diukur dengan menggunakan peralatan yang dikenali sebagai seismograf. Seismograf akan mengesan gelombang bawah tanah "seismic" yang dihasilkan oleh gempa bumi dan merekodkannya pada kertas. Seismograf berfungsi dengan pen dan pemberat yang tergantung dengan spring. Apabila bumi bergetar disebabkan pergerakan magma di bawah tanah, pen akan merekodkan gelombang tersebut yang dipanggil  "seismogram" pada drum berpusing.
Beberapa bacaan "seismogram" akan dibandingkan bagi menentukan lokasi sebenar di mana magma akan keluar. Teknik ini digunakan dengan jayanya di Hawai di mana terdapat banyak gunung berapi. Lokasi dan tempat gunung berapi meletus telah di jangkakan dengan tepatnya. Selain itu, gempa bumi yang terhasil akibat aktiviti gunung berapi boleh menentukan pusat aktiviti gunung berapi tersebut. Bacaan daripada 3 seismograf paling minima yang terletak pada lokasi yang berlainan mesti di ukur untuk menentukan pusat aktiviti gunung berapi. Selain itu, bacaan seismograf juga boleh digunakan untuk menentukan saiz gempa bumi.




Saiz gempa bumi yang di ukur dengan seismograf diberikan menurut skala Richter.  Skala Richter merupakan ukuran logarithmik. Ini bererti gegaran bersaiz 3 skala Richter mempunyai kekuatan 10 kali ganda lebih kuat berbanding gempa bumi yang bersaiz 2 skala Richter.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-7-2004 02:35 PM | Show all posts
Meter Sendeng "Tiltmeter"
Sebelum sesebuah gunung berapi meletus, magma yang mengalir keluar akan menolak batu-batan dengan tekanan yang kuat. Ini akan menyebabkan tanah disekitarnya mengelembung dan merekah. Perubahan kecondongan permukaan bumi ini dapat diukur dengan menggunakan meter sendeng yang dipanggil "tiltmeter". Tiltmeter terdiri daripada dua bekas separuh berisi air, disambung dengan tiub. Apabila magma bergerak naik, salah satu bekas beranjak naik, dengan itu menolak air melalui tiub ke dalam bekas yang lebih rendah, dengan itu memberi isyarat tentang pergerakan magma di bawah tanah..
  

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2004 02:38 PM | Show all posts
Pengukur graviti "Gravitimeter"
Magma mempunyai daya graviti yang berbeza berbanding dengan batu-batan disekeliling. Apabila magma bergerak naik, magma menolak batu-batan ketepi. Perubahan graviti ini dapat diukur dengan menggunakan "gravitimeter". Oleh itu, semakin besar perbezaan graviti ini, semakin hampir magma pada permukaan bumi, dan semakin hampir waktu gunung berapi itu akan meletus.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2004 02:41 PM | Show all posts
Pengukur magnetik "Megnometer".
Secara ringkasnya "megnometer" berfungsi seperti jarum kompas yang sensitive. Apabila batu dipanaskan, ia hilang daya megnetik dan berlaku perubahan pada bacaan megnometer. Semakin hampir magma dengan permukaan bumi, semakin besar perubahan bacaan pada alat megnometer ini, dan semakin hampir waktu gunung berapi itu akan meletus.





Pengawasan infra-merah.
Apabila magma menghampiri permukaan bumi, semakin banyak haba terbebas pada permukaan bumi. Jumlah haba yang di bebaskan ini dapat di ukur melalui pengawasan infra-merah. Pengawasan infra-merah ini dapat dilakukan dengan penggunaan satelite, dengan itu membolehkan kawasan yang lebih luas dapat diawasi berbanding cara yang lain. Setelah sesuatu kawasan itu telah di kenalpasti, waktu yang tepat tentang bila gunung berapi itu akan meletus, akan dapat ditentukan melalui pengunaan alat-alat lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2004 02:42 PM | Show all posts

Teknik kimia.

Cara kedua dikenali sebagai teknik kimia. Teknik kimia memerlukan pengawasan gas yang dibebaskan pada kawasan mata air panas "hot spring" dan juga pada rekahan "fumaroles" pada tanah di mana gas dalam bumi dibebaskan. Apabila sesebuah gunung berapi hampir meletus, terdapat perbezaan dalam komposisi sebatian gas yang dibebaskan. Terdapat lebih banyak gas seperti sebatian klorin, sulfur oksida, karbon dioksida, hidrogen, dan radon dibebaskan. Cara ini memerlukan pakar sains untuk menghampiri gunung berapi itu dan amat merbahaya. Bagaimanapun, pada masa sekarang peralatan jarak jauh dapat dipasang pada gunung berapi, dan diawasi dari jarak jauh melalui Internet.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2004 02:46 PM | Show all posts

Kemusnahan oleh gunung berapi.

Sesebuah gunung berapi itu mampu mendatangkan kemusnahan bukan sahaja pada kawasan sekitarnya, tetapi juga kepada kawasan yang terletak beribu-ribu kilometer darinya melalui bencana yang dihasilkannya seperti ombak "tsunami". Antara kemusnahan yang mampu dilakukan oleh sesebuah gunung berapi adalah melalui cara berikut :-

Aliran lava
Apabila gunung berapi meletus, sejumlah besar lava terhasil dan aliran lava yang besar mampu menglenyapkan seluruh bandar. Letusan gunung berapi jenis ini dikenali sebagai letusan Hawai. Gunung berapi ini akan menghasilkan letusan berapi yang mengkagumkan tetapi tidak ganas. Ini disebabkan lava yang terhasil adalah cair dan membebaskan gas-gas dengan mudah. Gunung berapi ini akan membentuk gunung berapi dengan cerun yang landai. Aliran lava ini mampu membinasakan sebarang bangunan, atau orang yang berada dalam jalan alirannya.
  
Letusan
Gunung berapi jenis "strombolian" mempunyai lava yang likat dan  akan meletus dengan lebih ganas. Lava yang likat itu akan meletus dengan kuatnya apabila gas-gas yang terperangkap memecah keluar dengan tekanan tinggi. Letusan jenis "plinain" pula akan melontar batu pumice sehingga ketinggian lima puluh kilometer ke udara. Abu yang berterbangan pula akan jatuh melitupi kawasan yang luas. Ini akan di ikuti pula dengan aliran pyoklastik "pyoclastic", di mana gas panas dan abu memancut keluar melalui kawah gunung berapi dan mengalir turun dengan lajunya, membakar dan membinasakan semua benda yang merentangi laluannya. Letusan gunung berapi juga mampu memusnahkan bentuk muka bumi seperti letusan Gunung Kratatoa di Indonesia pada tahun 1883 yang memusnahkan seluruh pulau itu.
  
Aliran lumpur
Tanah dan sampah sarap yang tersekat sebelum itu akan terbebas dengan letupan gunung berapi dan meluru turun dengan pantasnya, menenggelamkan apa saja dalam laluannya. Letusan gunung berapi St Helen mengakibatkan aliran lumpur yang memusnahkan 123 buah rumah.
  
Abu
Abu gunung berapi juga mampu memusnahkan harta benda dan melemaskan hidupan seperti manusia dan haiwan liar. Abu yang bercampur dengan air sungai atau air batu cair yang melitupi kemuncak gunung berapi sebelumnya akan meluru turun selaju 130 kilometer sejam dengan kepanasan dianggarkan 500 darjah Selsius, dan menimbusi rumah dan apa sahaja yang berada dalam laluannya. Abu yang turun selepas letupan gunung berapi boleh mencecah ketebalan sehingga 2 meter. Sekiranya abu tersebut bercampur air hujan, abu tersebut akan bertukar menjadi sekeras simen dan akan menimbusi semua yang telah diselitupinya.
  
Kebakaran
Lava dan batu panas yang terpelanting keluar daripada gunung berapi mampu menyebabkan kebakaran hutan di kawasan yang jauh daripada gunung berapi. Keadaan ini adalah lebih serius sekiranya letusan gunung berapi ini berlaku pada musim panas dan gunung berapi yang meletus itu mempunyai lava yang likat. Ini disebabkan pada musim panas, pokok dan rumput kering menjadi mudah terbakar, sementara lava yang likat akan menyebabkan letupan yang lebih kuat dan hujan batu yang panas dan berapi yang melitupi jarak yang lebih luas.
  
Gas beracun
Gunung berapi sentiasa mengeluarkan gas beracun yang dibebaskan keluar melalui rekahan pada tanah. Sekiranya gas ini terkumpul sebelum dibebaskan secara serentak, gas ini berupaya untuk membunuh semua haiwan yang berada dalam laluannya. Dalam satu kes, gas yang terperangkap di bawah air tasik yang terkumpul dalam kawah gunung berapi pendam telah dibebaskan secara mengejut apabila gunung berapi itu menjadi aktif kembali yang menyebabkan kematian seramai beratus-ratus orang penduduk yang tinggal berhampiran dengannya.
  
Gelombang tsunami
Sekiranya gunung berapi yang meletus itu berada di dasar atau berhampiran dengan laut, ledakan tersebut akan menghasilkan gelombang air laut yang besar yang dikenali sebagai "tidal wave" atau "tsunami".  Gelombang ombak besar tsunami ini akan menghentam kampung atau bandar berhampiran dengan laut dan mengakibatkan kerosakan dan kehilangan jiwa yang besar. Malah dikatakan tamadun Minoan - Greek di Knossos telah dilenyapkan oleh tsunami yang berlaku akibat letusan gunung berapi Thera yang dianggarkan setinggi 5,000 kaki tinggi. Selepas  letupan gunung berapi Thera, hanya kawah sedalam 1,300 kaki yang tinggal.

Gempa bumi.
Gempa bumi yang berlaku semasa dan selepas letusan gunung berapi mampu merosakkan bangunan dan binaan seperti empangan yang berhampiran. Sebarang binaan berhampiran gunung berapi mesti mengambil kira gempa bumi yang akan berlaku semasa atau selepas berlakunya letusan gunung berapi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2004 02:47 PM | Show all posts

Faedah dari gunung berapi

Sesebuah gunung berapi bukan sahaja membawa kemusnahan, tetapi juga mampu memberikan faedah kepada penduduk sekitarnya selepas bahaya letupan gunung berapi telahpun berakhir. Sesebuah gunung berapi mampu memberikan faedah kepada penduduk dengan cara berikut :-

Tanih yang terbentuk daripada letusan gunung berapi lava bes kaya dengan pelbagai mineral. Tanih gunung berapi ini sangat sesuai untuk kegiatan pertanian. Contohnya seperti di Dataran Tinggi Deccan di India subur untuk tanaman kapas. Di Jawa, kawasan gunung berapi diteres untuk tanaman padi.

Mata air panas dan geiser gunung berapi boleh digunakan untuk menghasilkan tenaga geotermal. Paip akan ditanam jauh ke dalam tanah untuk memanaskan air untuk menghasilkan wap bagi menjalankan turbine dan seterusnya menghasilkan kuala eletrik.

Mata air panas juga dipercayai boleh mengubati penyakit kulit. Mata air panas juga juga menjadi tarikan kepeda pelancong. Mata air panas dan geiser banyak terdapat di Daerah Rotorua diNew Zealand, Yellowstone di Amerika Syarikat, Pulau Jawa-Indonesia dan Jepun.

Aktiviti gunung berapi membentuk genahaqr (kawah gunung berapi) yang amat besar. Genahar ini akan mewujudkan tasik-tasik yang besar dan luas. Contohnya Danau Toba di Sumatera dan Tasik Crater di Amerika Syarikat. Tasik genahar ini menjadi daya tarikan pelancong.

Gunung berapi bawah laut dan di pinggir laut juga mampu membentuk tanah baru hasil magma yang keluar dari perut bumi dan masuk kelaut. Sebagai contoh, kepulauan Hawai terbentuk daripada aktiviti gunung berapi yang terletak di Rabung Tengah Atlantik. Gunung berapi ini mengeluarkan magma, dengan itu membentuk kepulauan yang boleh didiami oleh manusia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2004 02:48 PM | Show all posts

Gunung berapi terkemuka

Antara gunung berapi yang terkemuka akibat kemusnahannya dilakukan oleh mereka adalah seperti berikut.

Gunung Vesuvius
Gunung Krakatoa
Gunung Pelee
Gunung Soufriere
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2004 02:49 PM | Show all posts

Langkah berjaga-jaga.

Bagi mereka yang tinggal berhampiran dengan gunung berapi, mereka perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi letusan gunung berapi. Semua bangunan baru mestilah dibina pada lokasi tanah tinggi dan bukannya dicelah lereng yang akan menjadi laluan lava atau banjir lumpur. Bangunan tersebut juga mestilah tahan gempa bumi. Sistem amaran awal perlu di pasang dan dikendalikan secara berterusan. Penduduk sekitar perlu mematuhi sistem amaran awal dan mesti sanggup berpindah keluar bandar sekiranya diminta berbuat demikian. Penduduk mestilah mempunyai perancangan awal dan menyimpan peralatan kecermasan seperti peta, lampu picit, dan bekalan perubatan. Mereka juga perlu tahu tempat yang perlu di tuju sekiranya diminta berpindah keluar dari bandar tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2004 02:54 PM | Show all posts
Cakap pasal gunung berapi ni mesti ada eruption, bila ada eruption, maka banyaklah nyawa yang melayang. Berikut summary eruption sejak 1500 Masihi (sebahagian) : Dari United States Geological Survey

1. Vesuvius, Italy (1631) : 4,000 (pyroclastic flow)
2. Merapi, Indonesia (1672) : 300/3,000 (?) (pyroclastic flow)
3. Tambora, Indonesia (1815) : 12,000 (pyroclastic flow), 80,000 (starvation)
4. Galunggung, Indonesia (1822) : 4,000 (lahar)
5. Krakatau, Indonesia (1883) : c.5,000 (pyroclastic flow), 31,000 (tsunami)
6. Soufriere, St. Vincent (1902) : 1,680 (pyroclastic flow)
7. Mount Pelee, Martinique (1902) : 29,000 (pyroclastic flow)
8. Nevado del Ruiz, Colombia (1985) : >23,000 (lahar)
9. Lake Nyos, Cameroon (1986) : 1,700 (CO2 poisoning)
10. Pinatubo, Philippines (1991-1996) : 500 (lahar), 300 (tephra)

[ Last edited by alphawolf on 26-7-2004 at 03:01 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2004 01:22 PM | Show all posts
Originally posted by jofizo at 2004-7-26 14:22:
Apabila magma disejukkan dalam bumi sebelum dikeluarkan, magma ini akan membentuk pelbagai bentuk muka bumi yang dikenali sebagai bentuk muka bumi jalar dalam.  Bentuk muka bumi jalar dalam akan ke ...




muka bumi jalar dalam (???) >>>  intrusive igneous rx.

Lebih tepat kalau di keluarkan dari kategori gunung berapi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2004 01:44 PM | Show all posts

salam..

ahaa...sesiapa boleh bagi Richter scale in measuring the quake magnitude?

lagi satu tak silap saya ada 3 jenis volcanoes , kan?

like dormant, active and mati?\boleh bagi contoh?


boleh citerkan apa yg famous sangat kat San Francissco - yg dikatakan quake yg hebat berlaku pada tahun - i tak ingat ler - 1904? 1908?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2004 12:43 PM | Show all posts
Originally posted by mbhcsf at 27-7-2004 13:44:
ahaa...sesiapa boleh bagi Richter scale in measuring the quake magnitude?

lagi satu tak silap saya ada 3 jenis volcanoes , kan?

like dormant, active and mati?\boleh bagi contoh?


boleh ci ...


Pasal type of activity, jofizo dah postkan kat atas tu.

pasal earthquake, kena buat thread baru nih....anyway, Richter scale dari 1-9 (9 the worst) (correct me if I'm wrong)

SF earthquake 1906? Anyway, that quake has nothing to do with volcanoes, merely two tectonic plates moving against each other (that fault line is known as San Andreas Fault)
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.061803 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list