pelakon veteran tanah air, Zul Yahya pula tampil dengan pendapatnya sendiri apabila mengatakan wabak berbahaya C0VID-19 ini adalah kononnya konspirasi yahudi untuk mengawal pergerakan umat Islam.
Bahkan, posting Zul Yahya dengan mengatakan “Dajjal besar on the way” juga sungguh mengeIirukan ramai.
Dalam pada masa yang sama juga, dia mengakui sebagai ibu bapa, dia terpaksa menghentikan anak-anaknya ke sekolah kerana ingin memberi penekanan lebih kepada ilmu akhirat.
“Bukan kami tidak ambil berat tentang masa depan mereka tapi kami nak anak kami lebih berjaya. Ilmu akhirat itu lebih penting dari segala-gala ilmu,” tulisnya tanpa menyembunyikan pandangannya.
Jelas Zul, dia tidak menidakkan sistem persekolahan di Malaysia sebaliknya percaya pada ketentuan qada’ dan qadar serta rezeki Allah.
Dunia semakin tua takkan tak nampak, sistem yang datang kepada kita hari ini luar biasa dan ramai yang rasa boleh hidup lama.
“Saya sendiri sudah berusia 50 tahun, apa akan jadi pada 50 tahun akan datang. Bagaimana agama dalam diri anak-anak kita? Mampukah degree dan master menyelamatkan mereka daripada dajal?” soalnya lagi.
Terdahulu, Zul berkongsi pandangannya untuk tidak meneruskan persekolahan anak-anaknya di Instagram dan Facebook hingga mencetuskan pelbagai keraguan dan provokasi.
“Kami ibu bapa berhentikan anak-anak kami dari sekolah bukan kerana tak ambil berat masa depan mereka tapi kami nak anak-anak kami lebih berjaya di akhirat kelak. Insya-Allah.
“Ilmu akhirat itu lebih penting dari segala-gala ilmu,” tulisnya hingga dituduh sebagai ekstrimis agama.
Mengambil contoh daripada dirinya sendiri yang tidak punyai sijil persekolahan, Zul menegaskan rezeki akan mencurah-curah sekiranya tidak putus usaha.
“Sijil pada anak-anak pun belum tentu berikan kehidupan. Saya pun SRP tak ada, menulis pun tak pandai tapi Allahuakbar, Allah bagi rezeki macam-macam bentuk.
“Yang penting usaha, kalau ada sijil tapi malas tak guna juga.
Menjengah ruangan komen, rata-rata menolak pendapatnya tentang memberhentikan anaknya ke sekolah. Ramai mengatakan, ilmu dunia dan akhirat seharusnya bergerak seiring.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 23-2-2021 02:02 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Bagus lah.... Yahudi tidak perlu gunakan jarum halus untuk ummah begini untuk tunjuk kan kebodohan sendiri... Apa benefits dajjal dapat dari golongan dumbtarded begini....
Post time 23-2-2021 02:22 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Time dia kecik2 dulu best jer blh sekolah blh bkawan pstu time jdi retis best je enjoy sana enjoy sini tapi time anak2 ko nak mnidakkan hak diorg nk dptkn pndidkan, nk bkwn etc2.
Apa ko ingat budak yg bsekolah ad degree suma to xblajar lgsg ke bab akhirat..? Omg sebijik perangaii hantu gigi penjarakkan sosial yg duk kelate nun
Post time 23-2-2021 03:35 AMFrom the mobile phone|Show all posts
lattehazelnut replied at 23-2-2021 03:10 AM
habis anak kau esok nak kerja apa..
Dia wariskan restoren dia kot kt anak2 dia..
Ada rstoren dia pernah masuk jjcm..
Baidewei,dia boleh tagteam dgn bewak da..acah2 kutip ilmu akhirat n tinggalkn ilmu akademik..ibarat amek fardhu 'ain tp tinggalkan fardhu kifayah..xbelajar sirah Nabi dan sahabat agaknya..xtaw pasal ilmuwan Islam agaknya..bangga tak berpelajaran tggi,tp gigih nak ajar anak?golongan munafik makin ramai kt msia nih..
soo pelik kenapa fikiran dia boleh jadi macamni?
adakah anak tu dah di anggap tiket untuk dia ke syurga?
dia sedar hidup dia sebelum ni lalai lepastu dia nak gunakan anak pulak sebagai tiket untuk dia ke acanerr?
kalau bagi org yg bukan ahli cakap macam ni. la- bukan melalui ilmu yg benar so ...artis bukanlah uswatun hasanah pun. atau suri teladan yg baik pun. i mean tak menghairankan kalau benda benda ni perpacul dari golonan seperti ini.
tak pelah baguslah - bagi org vaccine yg lebih memerlukan.
Post time 23-2-2021 05:42 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Mmg ilmu akhirat penting, tapi skrg anak2 ko hidup kt dunia ke kt akhirat? Hidup biar balance. Tuhan pun tak free2 turunkan nasi kt ko atas dunia ni unless ko usaha utk dptkan nasi.