View: 5753|Reply: 50
|
Pengarah Terkenal Bersumpah Enggan Berkongsi Walau Sesen Pun Untuk Ibunya
[Copy link]
|
|
Pengarah terkenal, Quentin Tarantino mendedahkan bahawa beliau pernah bersumpah untuk tidak memberikan ibunya, Connie Zastoupil McHugh walau satu sen kerana menghina skrip penulisannya ketika muda.
Tarantino memberitahu rancangan The Moment, ibunya pernah mengejek dan memperkecil-kecilkan dirinya ketika beliau sedang menulis suatu ketika dulu.
Foto: Agensi
“Apabila dia berkata begitu kepada saya dalam nada sarkastik, saya berbisik di dalam kepala: "Baiklah, apabila saya menjadi seorang penulis yang berjaya, anda tidak akan dapat walau satu sen pun daripada kejayaan saya.
“Tiada rumah untuk anda, tiada percutian untuk anda, tiada kereta mewah Cadillac untuk anda. Ibu tidak akan mendapat apa-apa disebabkan anda berkata sebegitu,” katanya pengarah berusia 58 tahun itu.
Hos The Moment, Brian Koppelman yang seakan-akan terkejut mendengar pengakuan Tarantino kemudiannya bertanya sama ada beliau betul-betul berpegang kepada kata-kata sumpahnya itu.
“Ya. Memang saya ada membantunya selesaikan masalah dengan IRS, tetapi tetap tiada rumah dan tiada Cadillac untuknya,” jawab Tarantino.
Mendengar penjelasan Tarantino, Koppelman kemudiannya mendesak pengarah itu untuk tetap membelikan ibunya rumah dan menjelaskan bahawa kata-kata Connie mungkin telah menjadi dorongan untuk berjaya, namun ia tidak dipersetujui Tarantino.
“Setiap apa yang anda katakan kepada anak-anak anda ada akibatnya. Ingat, ada akibat untuk nada sarkastik anda terhadap perkara yang bermakna bagi mereka.” balas Tarantino.
Masih tidak diketahui di mana lokasi terkini Connie, namun media difahamkan dia masih hidup dan telah berusia 75 tahun. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai je kan mak ayah macam ni sebenarnya. Pastu cakap tak maksudkan or bergurau. Mak ayah kena identify personality anak2, dan tak semestinya semua benda mak ayah betul. {:shy |
|
|
|
|
|
|
|
“Ya. Memang saya ada membantunya selesaikan masalah dengan IRS, tetapi tetap tiada rumah dan tiada Cadillac untuknya,” jawab Tarantino.
untuk acik2 kepam yang malas membaca aku tolong highlight
|
|
|
|
|
|
|
|
Kadang it be your own fam yang toxic
Tak semua orang ada childhood yang menggembirakan
You just love them from afar je tapi tak nak face to face
Tak nak sakit hati |
|
|
|
|
|
|
|
pengajaran pada mak ayah yang suka menghina mencaci mengherdik merendah-rendahkan amanah Tuhan, nikmatilah zaman tua korang secara bersendirian... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku up gambar kubur di ig
pagi tadi ayah , mummy ,abang , telefon
ayah dia kata , u stay awake then I am coming back soon(cewahhhhhhhhhh bukan itu hari gertak aku suruh pergi sana ke)
mummy ni serupa singa , dia cuma cakap lembut-lendik dengan aku masa aku sakit saja ,boleh I miss u ,missing u (ohhhhhhhhhhhhhhhh serius mummy?? )
makcik serbu bilik sebab dia memang duduk berdekatan jadi dia celapak datang
I rest my case !
|
|
|
|
|
|
|
|
Bunga88 replied at 10-8-2021 03:48 PM
Ramai je kan mak ayah macam ni sebenarnya. Pastu cakap tak maksudkan or bergurau. Mak ayah kena iden ...
Ni spisis mak ayah toksik yang juga dibesarkan dalam persekitaran toksik. Kaya ka tua ka suma golongan hada. |
|
|
|
|
|
|
|
Toxic mum. Sib baik anak tolong settle tax maknya.
|
|
|
|
|
|
|
|
mak bapak toksik ni ada na.. kemampuan anak depa lekeh2 ja siap compare ngan org itu ini.. padan muka mak quentin ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada gek ler dia tolong maknya tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Membesar sihat besar panjang cukup pelajaran tak ingat pula jasa ibu ye? Dasar anak derhaka, setakat satu perkara tu je nak rasa hati sampai ke tua |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab mummy ko sarcastic la, ko jadi penulis h3bat skrg. Kalau dibelai dimanja2 dipuji2, mungkin jd drug addict now. Please la jgn bitter dgn parents tu lama sgt, ko pun dah nak jd warga emas, bkn bdk2 remaja nk bitter tak abis |
|
|
|
|
|
|
|
duit dia kan buat la sukahati apa nk buar |
|
|
|
|
|
|
|
VioletsAre_Blue replied at 10-8-2021 05:54 PM
Membesar sihat besar panjang cukup pelajaran tak ingat pula jasa ibu ye? Dasar anak derhaka, setakat ...
Mana ko tau setakat satu je?ntah2mak dia mmg abusive mother. mentally and physically .bukan semua org bernasib baik dapat parents pengasih penyayang.kebanyakan great artist ni pun masa kecik2 ada history kena dera,unhappy dan susah,miskin. |
|
|
|
|
|
|
|
Tu la, tak patut perkecilkan anak2 sbb ko tak tau ntah2 anak tu terguris hati, tertekan dgn perkataan kita tu Sepatutnya ibu bapa kena sokong minat anak2 selagimana munasabah & dlm kemampuan. |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba tanya cerita sebenar kenapa ada warga emas di rumah kebajikan... |
|
|
|
|
|
|
|
MontanaHannah replied at 10-8-2021 04:29 PM
Aku up gambar kubur di ig
pagi tadi ayah , mummy ,abang , telefon
Ape cerita ni senah? Cerita kau ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|