CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14660|Reply: 22

Penyakit batu karang

[Copy link]
Post time 22-9-2006 10:54 AM | Show all posts |Read mode
nak tanya macam mana nak merawat ibu saya yang mengalami sakit batu karang..untuk pengetahuan ibu saya juga mempunyai sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis...baru baru ni doktor di hospital kerajaan yang selalu ibu saya buat check up mengatakan yang ibu saya perlu dibedah untuk mengeluarkan batu karang tersebut..ada sesiapa yang boleh bantu saya, selain dari pembedahan ada alternatif lain tak untuk mengubati sakit batu karang tersebut?? saya pernah dengar yang batu karang boleh di laser..so ada yang tahu macam mana dan dimana yang boleh dibuat...hospital kerajaan takder ker?? hospital mana yang mengenakan caj yang berpatutan...terima kasih bagi yang meberikan pendapat...:hatdown:....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2006 09:35 AM | Show all posts
Penyakit Batu Karang
Masalah dan Solusi Penyakit Batu Karang

Pengenalan : Batu Karang dalam Ginjal (Buah Pinggang)

Apa dia Batu karang dalam Ginjal?

Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan "Buah Pinggang" terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia.

Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar.

Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan dan/ atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera.

Adakah batu dalam ginjal penyakit biasa ?

Kejadian batu dalam ginjal ini adalah masalah biasa dalam saluran kencing. Adalah dianggarkan bahawa satu hingga lima peratus dari jumlah penduduk akan mengalami kejadian batu dalam ginjal ini pada sesuatu ketika dalam hidupnya.

Sesetengah orang mengalami kejadian batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan tidak berulang lagi. Dalam kebanyakkan kes batu dalam ginjal adalah penyakit berpanjangan seumur hidup. Biasanya orang lelaki pertengahan umur lebih ramai yang mengidap penyakit ini dari kaum wanita.

Ada diantara penyakit batu karang ini disebabkan oleh zuriat keturunan. Jika terdapat sejarah kejadian penyakit ini di kalangan anda, mintalah nasihat daripada doktor anda.

Apakah tanda-tandanya ?

Batu dalam ginjal jarang-jarang menimbulkan masalah ketika ianya mula terjadi. Tetapi apabila batu-batu itu beralih atau bergerak di dalam ginjal atau di dalam saluran kencing, kesakitan yang amat sangat \akan dirasai dan pendarahan biasanya berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar.

Dalam sesetengah kes, batu itu tersekat menyebabkan kesakitan dan membahayakan apabila kuman itu merebak. Bila ini berlaku, tanda-tanda seperti berikut akan dirasai iaitu pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk. Ini memerlukan rawatan perubatan yang segera.

Bagaimana batu dalam ginjal itu diubati ?

Pengubatan penyakit ini berbeza mengikut keadaan seseuatu kes itu. Jika batu-batu ini dapat keluar dengan spontan maka pengubatannya ialah dengan mengelakkannya dari berlaku lagi. Dalam hal ini pesakit akan disuruh minum air dengan banyak, sebanyak 3 liter sehari. Cara ini akan dapat membersihkan ginjal. Makanan pesakit juga akan diubahsuai bagi mengurangkan bahan kimia yang terdapat dalam badan pesakit. Apabila batu itu keluar, pesakit hendaklah menyimpannya untuk dibuat kajian. Kajian ini perlu untuk para doktor bagi menentukan sebab musabab terjadinya batu tersebut dan boleh pula membantu dalam rancangan pengubatan bagi mengelakkan berulang lagi penyakit ini.

Pengubatan telah berjaya didapati untuk menghancurkan batu asid uric dan systine. Dalam kes-kes yang lebih serius, apabila batu itu terlalu besar untuk keluar sendiri dan memudaratkan pesakit, suatu pembedahan adalah perlu.

Adalah penting diingatkan bahawa penyakit ginjal ini memerlukan pengubatan sepanjang hayat. Jika ianya tersekat dan perebakan kuman berlaku, maka ginjal atau buah pinggang tidak akan berfungsi lagi.


link : http://batukarang.lazyguides.info/
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2006 03:17 AM | Show all posts
saya syorkan saudari cuba berubat secara tradisional..amalkan herba dan madu asli...insyaAllah boleh sembuh dan batu tu akan hancur sendiri tanpa perlu laser...mmg ramai yg dah sembuh..sila masuk web saya spt di bawah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2006 11:06 AM | Show all posts

Reply #1 mira8's post

Firstly nak tau ni batu karang mana satu? batu karang dlm buah pinggang atau dlm hempedu?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2006 11:33 PM | Show all posts
Ubat paling berkesan  ialah

Blender Lobak Putih...

Tapis dan air nya buatlah minum....

Adik saya minum lobak putih jer terus kuar batu karang....
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2006 02:31 PM | Show all posts

Kapsul Razak Meladapahit 250mg

Assalamualaikum..

saya boleh syorkan cuba guna herba tradisional ini.telah di luluskan oleh Biro Kawalan Ubat. Sangat berkesan untuk kencing manis, darah tinggi, batu karang.
Harga murah aje,..

  boleh clik kat sini http://razakmeladapahit.blogspot.com

regards
sham
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2006 02:04 PM | Show all posts
Lelaki lebih mudah hidap batu karang
Oleh Hafizah Iszahanid


KATA seorang pesakit wanita yang ditemui, rasa sakit menghidap batu karang melebihi kesakitan ketika melahirkan anak!

Sakitnya berpanjangan dan menjadi bertambah sakit setiap kali pesakit membuang air kecil. Rasa sakit itu pula bergantung kepada saiz batu karang. Jika saiznya melebihi saiz salur kencing yang biasanya antara tiga dan lima milimeter, sakitnya begitu azab. Bagaimanapun, jika saiznya kecil, ia boleh hilang apabila pesakit minum banyak air.

Pakar Urologi, Dr Abdul Rashid Subahan, berkata warga Malaysia lebih kerap berhadapan dengan masalah batu karang kerana keadaan cuaca negara ini yang panas.

揑a adalah sesuatu yang normal. Bagaimanapun, lelaki lebih kerap berhadapan dengan masalah itu berbanding wanita kerana saiz salur kencing lelaki lebih panjang,
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 04:06 PM | Show all posts
nak tanya my husband pun hari tu kena batu karang tapi tak teruk lagi la, batu karang pun dah keluar thru salur kencing.
tapi after dia kena batu karang tu penis dia sometimes bengkak lepas tu okay pas tu bengkak balik. so agak2 nye sbb ape ye....klu doktor or sesape boleh explain.
thx
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2007 09:59 PM | Show all posts
p la check nga doc....herba jugak leh bantu masalah batu karang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2007 07:47 PM | Show all posts
btul ke ...kalau selalu tahan buang air kecil....berisiko besar untuk mendapat batu karang ? just nak kepastian...

any comment ?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2007 08:25 PM | Show all posts

Reply #10 wira_wirawan's post

yap....kl leh jangan selalu tahan...rasa nak buang, buang je...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2007 09:58 PM | Show all posts

Reply #10 wira_wirawan's post

dulu masa kt sekolah menengah aku dah ada simptom tu, sbb slalu tahan kencing. sampai aku takleh berdiri 2 belah kaki sbb sebelah kaki tu kl aku berpijak trus rs sakit dr pinggang ke kaki.kl tak silap, doc kt air kencing tu kan toksin yg ptt dibuang dr badan.lama2 kl slalu tahan toksin tu bkumpul membentuk solid.itu explaination scr mudah la.scr detail kena ty doc pakar la..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2007 10:02 PM | Show all posts
terlebih calcium pun leh jdk batu karang nih...aku br tau..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2007 11:48 PM | Show all posts
seriau la plak...pasal batu karang ni...aduiiii
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2007 07:59 AM | Show all posts

Reply #14 wira_wirawan's post

mesti la wira........
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2007 12:07 PM | Show all posts
minum madu amazing...baik utk merawat batu karang......kerana ianya mengandungi 9 ramuan iaitu:- 9 ramuan semulajadi Madu Asli, Kismis, Buah Tin, Kurma Merah, Habbatus Sauda, Buah Zaitun, Dong Quai, Dang Shen, Ubi Jaga dan lain-lain herba terpilih yang diilhamkan daripada kitab-kitab perubatan nasional yg mampu membina kembali usus.
dan juga amalkan minum air oxy........air oxy ni tak mahal....ianya macam air mineral biasa...cuma kandungan nye tu tiada dlm air biasa.......
insyaallah dengan izin Allah SWT penyakit tu akan pulih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-5-2007 02:07 PM | Show all posts
mekacih la pada semua yang bg pendapat tu..mungkin bleh try cara minum lobak putih tu..:tq:
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2007 04:11 PM | Show all posts
air oxy tu aper?
utk aper?
Reply

Use magic Report

lazyboy This user has been deleted
Post time 9-5-2007 01:02 AM | Show all posts

Reply #17 mira8's post

Macam honeybee cakap tu, terlebih ambil kalsium pun batu karang akan terjadi. Ini apa berlaku kpd colleague engineer i tu bulan lepas.
I tak tau batu karang mak mira tu sebesar mana. Tapi kalo ikut kes colleague i, dia perlu bedah sebab tak dapat dikeluarkan melalui kencing. Tapi size bedah tu kecil saje, rasanya tak mahal sangat. Dia buat dekat tawakal hospital. I cuba tanya besok caj sana macam mana dan post sini nanti. mak mira ada beli insurance ke? kalo ada mungkin bedah pun tak masalah sangat asalkan dia sihat.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2007 08:19 AM | Show all posts
batu karang ni kena cegah awal....kalau lambat akan melarat..leh mengancam nyawa
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.542850 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list