CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 18375|Reply: 56

[Edisi Fizik] Memupuk minat Ilmu Fizik teori & Realitinya di Malaysia

[Copy link]
matwalla This user has been deleted
Post time 14-8-2007 12:39 PM | Show all posts |Read mode


Ilmu fizik teori boleh di umpama sebagai pusat kepada satu "empire" sains fizika yang luas. Ilmu fizik di zaman sekarang ini berdasarkaan dua cabang teori fizik yang mantap; Quantum Mechanics dan General Relativity. Quantum Mechanics memperihalkan fizik pada skala seni atau subatomic manakala General Relativity sangat tepat memperihalkan fizik pada medan daya yang tinggi, kelajuan menghampiri cahaya dan scala besar seperti hal hal dalam fizik angkasa dan kosmologi. Meneroka ilmu begini mememerlukan imaginasi dan kefahaman matematik yang tinggi. Matematik umpama "bahasa" kepada ilmu fizik teori.  Tapi di Malaysia saya perhatikan minat tu ada pada masyarakat tetapi masih tidak  begitu popular untuk di teroka ketahap yang lebih hebat seperti di negara negara maju seperti USA , England, Japan , Korea dan Eropah.

Lagi kisahnya: http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=redirect&goto=findpost&ptid=295925&pid=44809548&fromuid=1148231
Last edited by dauswq on 28-4-2013 12:46 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2007 01:08 PM | Show all posts

Reply #1 matwalla's post

awak study fizik ke?
Reply

Use magic Report

matwalla This user has been deleted
 Author| Post time 14-8-2007 01:53 PM | Show all posts

Reply #2 bcozofu's post

Ya saya study fizik . Saya nak juga tengok ramai student yang berminat dalam fizik teori di peringkat post graduate di Malaysia ni...dalam apa apa cabang pun tidak mengapa (ie..General Relativity, String, Nuclear ke..)agar masyarakat intelek kita tidak jauh ketinggalan dalam "kekuatan asas". Saya fikir negara negara hebat dalam sains dan teknologi mempunyai "kekuatan asas" yang juga hebat. Dan kekuatan asas yang paling asas adalah modal insan ...dan modal yang paling asas is THINKING. Dan fizik teori adalah gerak ilmu berfikir..berfikir bagaimana ALLAH SWT mencipta alam.....dengan mendalam...dalam linkungan limitasi logica minda manusia; matematik.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2007 04:11 PM | Show all posts

Reply #3 matwalla's post

saya pon study fizik jugak
sememangnya, bila kite mempelajari ilmu fizik nii, kite akan berasa kagum dengan ciptaan ALLAH SWT...apabila, ada perkara yg tidak tertakrif dek akal fikiran manusia...
Reply

Use magic Report

matwalla This user has been deleted
 Author| Post time 14-8-2007 05:00 PM | Show all posts

Reply #4 bcozofu's post

Ya ilmu fizik mencungkil rahsia alam manakala ilmu aplikasi (ie engineering) pula make things happen...mana lebih penting..kedua-dua nya penting, tetapi kita jangan ketinggalan dalam meneroka rahsia kejadian alam dalam kita hanya sebok mengejar cara menggunakannya nanti kita akan hanya jadi masyarakat pengguna..yang agak materialistik. Saya lihat banyak Univ2 baru yang di buka di Msia tidak menawarkan program pure science especially physics....kalau ada pun lebih mementingkan trend sekarang yang lebih berkenaan biotech..(itupun lebih kepada aplikasi bio). Walaupun kita mungkin tak sanggup membina lab fundamental physics yang mahal seperti particle accelerator, laser detector gelombang gravity..atau telescope besar macam di Mount Polamar..tetapi kita boleh galakkan student meneroka bidang physics theory atau physics mathematics..yang minimanya hanya bermodalkan minda..sebatang pena.. dan paper....kalau teorinya hebat..hanya modal sebegini bisa melahirkan pemenang hadiah nobel pertama Malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 09:57 AM | Show all posts
kat mana taraf fizik kat malaysia skang?
Reply

Use magic Report

Follow Us
matwalla This user has been deleted
 Author| Post time 15-8-2007 01:01 PM | Show all posts

Reply #6 cipanbakar's post

Saya perhatikan University awam mempunyai jabatan fizik dan program fizik untuk peringkat undergrad..tetapi kebanyakan Univ swasta tidak ada lansung fizik dept. Fizik hanya jadi supporting kepada engineering program. Di Univ awam pada peringkat post graduate experimental physics lebih ramai yang menceburi manakala theoretical pula agak kurang.Experimental physic di malaysia lebih kepada area yang segera boleh di aplikasikan tidak kepada yang fundamental seperti pemecut zarah yang besar seperti di CERN Gneneva dan Fermilab di US...yes ofcourse mungkin gov kita tidak menganggap ini priority lagipun memerlukan perbelanjaan yang besar. Tapi mengkaji ilmu fizik yang terkini dengan cara theoretical tidak memerlukan modal yang besar...hanya perlu minda matematik...pena..dan paper....Ramai ahli fizik yang terkenal dan hebat samada yang ada memenangi hadiah nobel atau tidak..seperti Einstein, Schrodinger, Feynman ,Yukawa,,Maxwell, Hawking, Michio Kaku, Arkani Hameed, Abdus Salam..adalah THEORETICAL PHYSICIST....yang hanya bermodalkan minda..pena..dan paper... ...itu sebab saya ingin sangat bidang ini jadi popular di kalangan masyarakat kita....especially umat Islam...saya yakin kita boleh...
Reply

Use magic Report

matwalla This user has been deleted
 Author| Post time 15-8-2007 01:14 PM | Show all posts
nak tambah skit lagi....
Univ awam yang baru pun nampaknya tidak ada jabatan fizik,..kalau di fakulti sains di univ2 baru ni yang ada pun jabatan Bio (mungkin sebab ikut trend). Sedih juga mengenangkan arah tuju ilmu ini di Malaysia. Mungkin masyarakat menganggap kalau minat fizik...elok saja ambil engineering. Tapi disiplin engineering dan fizik sedikit berlainan....fizik adalah sains mencungkil rahsia alam...engineer is to apply apa yang di temui.Takkan kita hanya nak apply tapi kurang dalam menemui ilmu fundamental yang baru....ini antara sebab berlaku BRAIN DRAIN.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2007 01:21 PM | Show all posts
well sebelum nih saye pun dalam bidang research tp chemical engineering la. dulu bleh buat ape2 research termasuklah fundamental. tp skang goverment nak yg bleh dicommercialkan jek. ape tuh si bebal wakil kerajaan cakap "buat pe buat research kalo takleh jual" :@
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 07:50 PM | Show all posts
Originally posted by cipanbakar at 15-8-2007 13:21
well sebelum nih saye pun dalam bidang research tp chemical engineering la. dulu bleh buat ape2 research termasuklah fundamental. tp skang goverment nak yg bleh dicommercialkan jek. ape tuh si be ...



haku pong kipas-susah-mati fizik jugak,amik fizik dlm stpm...

siap cikgu kat skola haku warn..next generation would era of bio bukan fizik..
Reply

Use magic Report

matwalla This user has been deleted
 Author| Post time 16-8-2007 08:38 AM | Show all posts

Reply #10 Atomic_Omnikid's post

well setiap orang ada minat, kelebihan, dan kekurangan...orang yang minat fizik carry on..yang minat bio ...carry on..chemist carry on...even can work togather apaa...misalnya physicist or mathematician boleh tolong biologist model mathematically the genome..or model mathematicaly what ever . Tapi ada gak culture kita nampak macam suka down others yang terlibat dengan perkara yang dia kureng faham. Di negara maju US , Japan,Korea Rusia, Europe..ada yang work togather ada yang concentrate bidang masing masing...fizik di sana hebat sampai membincang perkara yang  abstract macam M-theory, String theory..Loop Quantum Gravity.....bio di sana pun hebat gak..chemistry tak perlu cakap pun hebat..interdiscipline area or work togather pun hebat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 02:18 PM | Show all posts

Reply #8 matwalla's post

rasanya kat mesia je confuse identity fizik nih
for example..material science kalau kat US is under engineering
tapi dekat malaysia (ukm, upm) material science under fizik department
tak tau laaa apa rational dia
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 06:12 PM | Show all posts
weh2...aku minat gak...tapi fundemental aku lemah hehe....

biasa baca buku for dummies je...

dulu2 selalu imagine yg aku belajar kat universiti obersea yg klasik...yg kerusi kuliah dia bertingkat2 dibuat dari kayu....

sama mcm zaman einstein dan geng2 dia lebih kurang 100 tahun dulu....
kalau lah dapat belajar kat sana...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 12:41 AM | Show all posts
aku pon minat kat ilmu fizik ni tapi sampai tingkatan 5 je dapat spm 4 jee...suka berfikir macam mana kejadian tu boleh berlaku...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2007 08:18 PM | Show all posts

Reply #14 cucusaddam's post

aku pon minat cucusaddam.. minat fizik la bukan ko ek..

tapi aku tak minat buat research... aku suka blaja je..tapi dgn syarat takdak exam la.. ade exam nih tension..

dulu masa aku kat U.. aku mmg pursue Physics.. pastu tahun 2, lecturer Physics aku ckp.. ( masa tu aku pi jumpaq dia nak tanya mcm mana nak paham satu formula nih terbentuk )

lecturer aku ckp nih.. " tahun dua nih.. hang takyah nak paham2.. mmg hang takkan paham...hang kena hapai sume ! "

aku pun tatau apa jadik kat aku masa tu.. aku terus tukaq course.. sampai la ni aku nyesai sgt2 tukaq course.. tapi aku maintain la science course gak..

aku rasa masa tu aku mmg kecewa sgt2 ngan class practical aku.. aku asyik gagal je nak dptkan bacaan kat osiloskop tuh....
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2007 09:40 PM | Show all posts
Masa o level, aku cuma ambik combined science (physic, chemist & biology). Memula takde ler minat sangat ngan physic, maybe sebab apa yang diajar tak selevel ngan bebudak pure physic. Tapi bila dah terdedah ngan cabang cabang ilmu yang lain, yang ada sedikit sebanyak menyangkut ngan physic, dari situlah mula minat membaca tentang physic, lebih lebih lagi bila ada access kat internet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2007 04:30 PM | Show all posts
huhu... dulu minat physic ni, tp otak lembap la... xleh pegi dgn fizik, bio je bole:kant: :kant: :kant:
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 10:07 PM | Show all posts
kat malaysia ni susah nak hidup ahli sains... kerajaan lebih tumpukan kepada apa yang mendatangkan duit...malaysia akan tetap dibelakang negara maju dalam aspek pengkajian sains... sebab itu ada teknologi pun kena beli...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2007 01:17 PM | Show all posts

between experimental physics and theoretical physics

when i first read your thread , i then remembered of a name.

Mungkin nama Werner Heisenberg ni mmg tak asing lagi kan . among those fans of theoretical physics . He was so good at formulating equation but quite poor in experimental , kan? tulah halnya banyak org cakap buat apa tahu teori tapi tak tahu praktis, ini banyak budak yg terror teori diperlekahkan sebegitu tapi saya sependapat dengan anda yang asas teoretikal inil;ah akan menyediakan platform utk yg lelain.

Why did i mention his name , well ... mmglah Heisenberg tak mahir experimental physics tapi kan banyak juga principles beliau yg kita tahu.

jadi saya berpendapat teori penting untuk menjana hypothesis , improvising melalui praktis or other findings thru experimentation.Sebab walu macam mana tinggi pun cabangan subdisiplin bidang sains, sememangnya asas teoretikal tu  penting,

Apa kaitan dengan Malaysia?

well, it seems like our IPTS are producing graduates just competent enough to fulfil the job demands, still lacking in R&D fundings into these fundamental sciences. Inilah senarionya atau pun yang berkaitan.
Ada pihak yang lupa bahawa MRI or PET scan or CAT scan semuanya adalah bertitik tolak dari teorilah tu semua. Tapi inilah sebabnya saya suka tengok Nobel Prize Winner punya CV, look at them , just look at them ... they are of simple graduate to start with a fundamental sciences degree... but how much their findings exert great impact on other discoveries, inventions etc, kan?
Reply

Use magic Report

matwalla This user has been deleted
 Author| Post time 28-8-2007 05:18 PM | Show all posts

Reply #19 mbhcsf's post

Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan yang penting we support and encourage each other. Pure mathematician yang membuat theorem yang hebat mungkin nampak macam orang gila dari pandangan luaran...theoretical physicist yang hebat formulating physical principles mungkin nak pasang light bulb pun terkial kial.....apatah lagi nak operate computer....tapi purely from his mind he formulate by the language of nature the mathematics the foundation of applied science or engineering of the future.....Human mind....even a supercomputer the size of mount Everest can't challenge human deeeeeep thinking.....Minda di cipta ALLAH SWT supercomputer di cipta manusia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.076413 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list