Dikesempatan ini, Dayang mohon ampun dan maaf di atas segala keterlanjuran kata, salah dan silap tanpa disedari. Semoga Aidilfitri yang bakal menjelang tiba nanti akan membawa seribu rahmat buat kita semua. Dan semoga hubungan tali persaudaraan/persahabatan kita di forum ini akan berkekalan selamanya. Sesungguhnya Dayang bahagia dapat mengenali anda semua kerana anda semua telah banyak menceriakan hidup Dayang..... Wassalam - Dayangku Azie -
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA buat semua warga bod Brunei / Singapura
semuga puasa dah segala ibadah yg telah kita kerjakan di bulan ramadhan ini diterima Allah dan diberikan ganjaran yg setimpal....
tengkiu pada tuan tanah... ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri hom tujukan kepada semua warga Bod Singapura & Brunei khas buat co-Mod Virgomal & tig_cun
maaf zahir & batin semoga bergembira di Hari Raya nanti..
Zakat Fitrah jgn dilupa.. sila jelaskan seblom masuk solat Aidil Fitri
Ucapan Hari Hari Raya buat semua warga CARI
khasnya utk warga Bod Bru/Spore.
Tak lupa pd Mod2 di kedua Bod.
:flower::flower::flower:-------------------------------------------------:flower::flower::flower:
BERbaju kebaya pandai menari
Penonton pula dh penat BERdiri
Untuk semua forummers @CARI
Selamat Hari Raya AidilFitri:flower:
dalam dingin subuh hatiku terusik
kenang nasib diri di rantauan
bergema takbir raya menitis air mata
terbayang suasana permai desa
rindu hati ini inginku kembali
pada ayah bonda dan saudara
tetapi aku harus mencari rezeki
membela nasib kita bersama
*****
hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
dari jauh kupohonkan ampun maaf
jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
meraikan aidil fitri yang mulia
restu ayah bonda kuharap selalu
hingga aku pulang kepadamu
tetapi aku harus mencari rezeki
membela nasib kita bersama
*****
hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
dari jauh kupohonkan ampun maaf
jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
meraikan aidil fitri yang mulia
restu ayah bonda kuharap selalu
demi anakmu yang kini jauh...