CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6412|Reply: 53

Anak Belajar Jauh, Ozlynn Titip Doa Buat Ariq

[Copy link]
Post time 8-4-2022 02:44 PM | Show all posts |Read mode


Pelakon Ozlynn yang juga isteri kepada pelawak dan pengacara Johan meluahkan rasa terharunya atas sikap matang ditunjukkan anak sulung mereka, Ariq yang kini berada di Dublin, Ireland melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan.


Berangkat ke sana pada penghujung September lalu, Ozlynn berkongsi gambar tangkap layar di Instagram memaparkan kiriman Whatsapp daripada anaknya yang menunjukkan perancangan belanja bulanannya di sana bagi mengelakkan pembaziran.


Keprihatinan Ariq yang enggan membebankan kedua ibu bapanya membuatkan hati Ozlynn tersentuh. Wanita itu bersyukur Ariq membesar menjadi anak yang banyak menyenangkan hati mereka.










"Dia anak yang ajar kami semua perkara jadi baru. Dia juga yang rasa segala kesusahan dengan kami, dia juga anak yang selalu kena belasah oleh papa dan dia juga anak yang selalu papa sebut dan bangga pada semua orang.


"Dia anak yang semakin meningkat dewasa semakin menyenangkan hati. Alhamdulillah. Banyak yang kami belajar apabila dia semakin besar. Dia anak yang buat kami belajar banyak perkara," katanya.


Merindui anak sulungnya itu, Ozlynn mendoakan agar perjalanan hidup Arif sentiasa dipermudahkan dan dipenuhi dengan kejayaan. Dia juga tidak lupa menitipkan pesanan agar anak lelakinya berusaha menjadi hamba yang baik di sisi Allah.


  



"Allah tidak melihat bagaimana hambaNya diuji tetapi Allah melihat bagaimana hambaNYa menghadapi ujian. Setiap amalan kita bukanlah untuk mencari syurga tetapi untuk mencari reda Allah kerana kita ke syurga atas keredaanNya.


"Berjayanya kamu dalam pelajaran adalah binus buat papa dan mama tetapi berjayanya kamu dalam agama adalam syurga dunia buat kami. Jadilah manusia yang sentiasa merendah diri. Insya-Allah, senang hidupmu nanti," katanya. - CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2022 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Cissss..dah dua hari takde sape2 komen..[em:22:]
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
tinggi bdk ni turun dari apak nya. nasib baik muka kopipes maknya. kalau kopipes apak nya tak ke naya??
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 09:09 PM | Show all posts
kiah_mai_pulak replied at 10-4-2022 08:55 PM
tinggi bdk ni turun dari apak nya. nasib baik muka kopipes maknya. kalau kopipes apak nya tak ke nay ...

tapi dagu dan shape muka tu ada lah
cuba kalau rambut tu kena kerat bersih
hehehehe ketara..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 01:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus budaknya
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 02:16 AM | Show all posts
mesti ker gigih letak Dublin Ariq? Buh Anakku Ariq tak boleh ke tiber meols menyibok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2022 02:31 AM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 11-4-2022 02:16 AM
mesti ker gigih letak Dublin Ariq? Buh Anakku Ariq tak boleh ke tiber meols menyibok

meols husnuzon mungkin tu pakai nombor baru..nombor local maybe tu yg letak dublin...

Tak letak nanti netijen x percaya anak dia study dublin..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 05:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Bole nak simpan moment dan caption ojg lenar ttg kewangian anak ko tu .dan phm jugak ko mmg bangga ngan anak ko..tp kene ingat skit .netizen ni jenis x suke duk diam..ko lak ade kisah silam yg dlu sorok2 sgt....netizen gali2 nnt,kesian kat anak ko tu jugak...baik ko stay low je ..xyah cite sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2022 05:47 AM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 11-4-2022 02:16 AM
mesti ker gigih letak Dublin Ariq? Buh Anakku Ariq tak boleh ke tiber meols menyibok

Ni no whatsapp Dublin. Anakku Ariq mungkin no Malaysia. Kang kawan-kawan Dublin keliru pulok nak whatsapp heshe pakai no mana kan. So dia pakai no Ireland sajo. Gitu Ganja husnuzon di bulan remdan

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 06:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau cite pasal mek ni dan laki & anak2 dia memang kene ada origin story si sulung tu ke.. Kalau nak kecam maknye go on le but spare the children.. Sian lak iols ngan anak dia tu bukan retis pon..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 09:00 AM | Show all posts
kauuu je lah yang titip doa..
mak mak lain tak berdoa utk anak diorg..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 09:29 AM | Show all posts
hyie replied at 11-4-2022 02:16 AM
mesti ker gigih letak Dublin Ariq? Buh Anakku Ariq tak boleh ke tiber meols menyibok

tu pun jd bahan bawang ke...anak saya pun saya letak xxx UK sbb ada no xxx Malaysia, kalau nk whatsapp atau call kena tau la beza no UK dan no Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 09:32 AM | Show all posts
terpaling dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
kiah_mai_pulak replied at 10-4-2022 08:55 PM
tinggi bdk ni turun dari apak nya. nasib baik muka kopipes maknya. kalau kopipes apak nya tak ke nay ...

Pandai pon ikut baka belah apaknya..atok dia kan doktor kat kedah tu..tgk nnt ank2 dia dgn johan ada tak yg pandai.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 09:48 AM | Show all posts
yaa yaaa.. kau sorg jer laa ada anak study obersea.. paham paham.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 10:03 AM | Show all posts
tu la kesian pulak kat si sulung ni. tak habis orang duk ungkit walaupun dalam kisah kepandaian dia. mungkin la asal dia tak macam anak korang, tapi mak ayah dia yang ada ni dah cuba sedaya didik dia elok elok. bagi le kredit sikit ha...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2022 10:12 AM | Show all posts
Alhamdulillah.....pandai anak Ozlynn ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila tuhan dah tutup aib orang..jangan lah kita cube nak bukak pulak...hidup kita pon panjang lagi... kita tak tau apa jadi akan datang..mungkin aib kita lebih dasyat...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Meolls pelik sepanjang di dublin, si ariq ni xde keluar berjalan jalan ke? Asal uploaf di ig, semua dalam bilik je. Tempek satu gambar sebagai bukti di dublin (surrounding) baru meolls tenang dan berhenti berteka teki.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni anak dgn farid kamil ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.089115 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list