CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 44783|Reply: 36

Maksud tersirat lirik lagu M.Nasir- tanya sama itu Hud Hud

[Copy link]
Post time 3-12-2010 10:02 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 16-2-2017 09:33 PM

Mesti anda pernah mendengar lagu Tanya sama Itu Hud-Hud, tapi tahukah and maksud yg tersirat didalam lirik pada rangkap yg pertama?

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan


Maksud tersirat yg cuba disampaikan oleh M.nasir disini ialah :-

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan

Rangkap ini bermaksud, 73 cara kita bersolat pada masa skrg nih. Apa maksudnya!!
Kita bersolat kerana:- antaranya :-
sebab mak, bapak suruh
sebab kengkawan
sebab xmo kawan pandang serong
sebab xmo jiran pandang serong
sebab nak amik hati gf/bf
sebab nak amik hati bakal mentua
sebab nak ganjaran
sebab nak dipandang mulia disisi manusia

Yang sampai hanya satu jalan
Rangkap ini Bermaksud, Cuma satu jalan sahaja yg akan sampai ke syurga, apa dia!!
KEIKHLASAN


Best Regards
IslaNetwork



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2010 11:25 AM | Show all posts
Post Last Edit by bangcak at 3-12-2010 11:29

dari SUMBER yang i dapat gini la bunyiknya.....;

Meski lagu ini berentak  rancak, ia berjaya membuatkan saya mengalami goosebumps. Kenapa? Jom kita  tengok lirik lagu tersebut:

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan



Pernahdengar tak hadith Rasulullah s.a.w tentang umat Islam yang terpecahkepada 73 golongan, dan daripada kesemua ini hanya satu golongan yangterselamat dari seksaan neraka iaitu golongan (jemaah) yang mengikutisunnah Rasulullah dan sahabatnya.
Ketahuilahbahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecahkepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umatIslam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluhdua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuksyurga, iaitu al-Jamaah. (lihat Sunan Abu Daud no 4429).

Maknanya,yang sampai itu bermaksud yang selamat. Hanya ada satu jalan untukselamat iaitu dengan mengikuti sunnah Rasulullah dan para sahabat.Agak-agaknya la kan, kita ni mengikut sunnah baginda tak? Hmm...


Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh



Rangkap  ini diekstrak daripada syair Parsi - Musyawarah Burung (Mantiq Al-Tayr)tulisan Farid ud-Din Attar. Dalam syair tersebut, beribu-ribu burungterbang untuk mencari raja mereka, Simurgh. Daripada beribu-ribu burungtadi, hanya tiga puluh yang berjaya. Kejayaan mereka membolehkan merekasampai kepada tahap mengenali sang raja. Bukan mudah untuk sampai ketahap tersebut kerana mereka perlu menghadapi 7 lembah. Sebenarnya,advencer burung-burung ini adalah perjalanan penulis syair tersebutdalam mencari makna dan hakikat hidup. Untuk maklumat lanjut mengenaiperjalanan tersebut, boleh klik sini.


Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu



Algojoitu adalah orang yang ditugaskan mencabut nyawa. Kalau di penjara,beliau mungkin orang yang memegang butang yang menjadi pemegang lantaidi bawah tali gantung. Tapi hakikat sebenar, yang ditugaskan mengambilnyawa itu adalah malaikat maut. Andainya dia tiba dan mahu menjalankantugas, boleh tak kita nak kata kat dia, "Oohhh nanti dulu!"?


Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih



Dua  rangkap yang atas tu jelas dan terang, menyuruh kitaberfikir antara  melihat dari mata burung, with an open minddan berpandangan jauh atau sekadar mahu melihat seperti katak di bawahtempurung. Hanya melihat tempurung dan diri sendiri. Itupun kalau adacahaya. Kalau tak ada? Gelap gelitalah jawabnya. Maka, pilihlah denganakal dan iman yang dianugerahkan.


Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana  pula kau berdiri
Di sini



Mula-mula saya kurang faham dengan rangkap ini. Tetapi akhirnya menemui satu blog. Penulis blog menyatakan bahawa,
"Singkapkembali sejarah Rasullullah membawa cahaya pada Zaman Jahiliah.Rasullullah mengajarkan Islam pada masyarakat yang jahil. Maka dalamkeadaan jahil itu wujudlah satu sistem yang sempurna. Namun dunia kinisudah jauh berubah, sistem yang sempurna itu sudah tidak diguna pakai.Tempatnya diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia sendiri yangterlalu banyak kekurangan, terkadang itu banyak kontroversi berlaku dankita berada DI SINI!"

Ada betulnya kata beliau. Semasakekalutan jahiliyah, peraturan Islam yang dibawa oleh Rasulullahmengubah keadaan masyarakat. Namun setelah peraturan tersebutdiubah-ubah, ia mengundang kekalutan. Dan di mana kita berada? Di sini,di dunia yang penuh kalut ini.


Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai



Bolehtak merayu di saat akhir kehidupan. Waktu itu baru nak bertaubat, barunak merayu, baru nak bersaksi dengan kalimah kebenaran (syahadah)? Barunak kata, yang kita bersaksi sebenar-benar Tuhan hanyalah Allah. Sempattak?


Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan ku ke mari



Yang ni, kena baca Musyawarah Burung. Boleh baca di sini.Oleh kerana burung hud-hud yang mendakwa bahawa raja si Muraq itu wujuddan menerbangkan kawanan burung ke tempat yang dituju, maka kena tanyapada dia lah tentang semua persoalan yang timbul dalam lirik ini.Musykil lagi? hm..tanya sama itu Hud-hud!
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2010 11:28 AM | Show all posts
Laaa...satu rangkap nie jer ker??
sambungannya...???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2010 11:30 AM | Show all posts
dari  yang i dapat gini la bunyiknya.....;

Meski lagu ini berentak  rancak, ia berjaya membuatkan ...
bangcak Post at 3-12-2010 11:25



    Terima kasih atas keterangan yg lebih detail.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2010 01:55 PM | Show all posts
Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

apa yg aku phm pulak "tiga puluh" tu simbolik dari ayat dalam AQ yg dipetik dari surah Ar- Rum (surah ke 30) dan ayat yg ke-30 yang bermaksud:

(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (30:30)
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2010 04:18 PM | Show all posts
adakah kita tergolong dari 1 golongan diantara 73 golongan tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2010 05:30 PM | Show all posts
30 burung mencari Raja mereka yakni Simurgh..
akhirnya mereka berjumpa bagaikan melihat cermin ..
30 burung melihat Simurgh
dengan kata lain 30 burung melihat diri sendiri
Si murgh = 30 burung dalam bahasa parsi...

satu cerita berkonsepkan wahdatul wujud...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2010 11:06 PM | Show all posts
lirik2 lagu m nasir mmg ada maksudnya..lagu mentera semerah padi tu pon sama..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2010 09:57 PM | Show all posts
Mustika adalah rupa tanpa wajah di balik cermin mimpi namun yang bertakhta akhirnya adalah raikan cinta pada kau yang satu kalau tak percaya tinggalkan satu peluru dan tanya sama itu hud-hud....

pada pngemar lagu m.nasir, fhm kah anda?...hehhehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 03:37 PM | Show all posts
Mustika adalah rupa tanpa wajah di balik cermin mimpi namun yang bertakhta akhirnya adalah raikan ci ...
cozack Post at 6-12-2010 13:57


Suruh itu algojo tunggu dulu la...


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 09:46 AM | Show all posts
sape paham maksud lagu Nurnilam Sari? I always wonder.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 11:01 AM | Show all posts
sape paham maksud lagu Nurnilam Sari? I always wonder.
kucingblue Post at 9-12-2010 09:46

sekejap nak gugel lirik
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 10:32 PM | Show all posts
Mustika adalah rupa tanpa wajah di balik cermin mimpi namun yang bertakhta akhirnya adalah raikan ci ...
cozack Post at 6-12-2010 21:57


paham
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 09:20 AM | Show all posts
oh tak paham. bombastik sgt bahasanya
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 12:48 AM | Show all posts
Post Last Edit by kiblatku30 at 21-12-2010 00:49

Reply 2# bangcak


   


yg ni ape kes plak? hehe..

Di Jalan Sesat-M. Nasir
.
Apakah takdir mimpi ini
Mendatang berulang kali
Berdarah penuh di tanah
Sedang tangan menungkat langit
.
Apakah yang ku perjuangkan
Apakah yang dipertahan
Apakah mesti aku jadi pahlawan
.
Oh Tuhan
Tidaklah aku layak
Untuk SyurgaMu
Namun aku tak berdaya
Menahan panas NerakaMu
.
Curiga di mata orang
Bagai mentari rembang
Bagaikan aku berdosa
Pada siapa saja
.
Sedang Tuhan di mana-mana
Melihat semua dosa
Dalam serata usia
.
Walau ditelan Segitiga Bermuda
Selalu ku mengulangi
Dosa yang telah ku buang
Diikuti kembali
.
Mengapa begini
Mengapa begini
.
Sedang Tuhan tahu sesiapa
Untuk Neraka untuk Syurga
Aku tak terpaksa memilih Syurga
Demi pengertian pada hukum alam
Dan sesungguhnya aku cinta padaMu Tuhan
Walaupun sesat jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 07:29 AM | Show all posts
Reply  bangcak
yg ni ape kes plak? hehe..
Di Jalan Sesat-M. Nasir
.
Apakah takdir ...
kiblatku30 Post at 21-12-2010 00:48

ntah lerr...
tolong eksplenkan.

kalo rangkap nih
Oh Tuhan
Tidaklah aku layak
Untuk SyurgaMu
Namun aku tak berdaya
Menahan panas NerakaMu

selalu gak i doa ramai2 masa dok asrama dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2010 11:04 AM | Show all posts
Bukan ke lirik lagu Tanya Sama Itu Hud Hud adalah hasil karya arwah Loloq? M. Nasir hanya menyanyikan lagu tu jer.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 03:20 PM | Show all posts
Reply 16# bangcak


    Lirik nie membuatkan kite insap..huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 03:22 PM | Show all posts
Btol2...lirik M. Nasir amatlah puitis...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 10:45 PM | Show all posts
ntah lerr...
tolong eksplenkan.

kalo rangkap nih
Oh Tuhan
Tidaklah aku layak
Untuk Syu ...
bangcak Post at 21-12-2010 07:29


  M.nasir penah ckp lagu ni sejarah lama dia...dia ni lbey kurang ahmaddhani ..gile baca kitab2 lama...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.074986 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list