View: 8777|Reply: 46
|
Bersedia Melepaskan Tanggungjawab, Merasakan Perbuatan KK Mart Sangat Keji!
[Copy link]
|
|
Isu stoking tertera kalimah Allah semakin hangat diperkatakan walaupun pihak kilang dan pihak pengurusan kedai serbaneka yang terlibat sudah pun membuat permohonan maaf.
Sebagai individu beragama Islam, pelawak dan usahawan, Shuib yang juga merupakan duta KK Mart tidak akan berkrompomi dengan isu tular ini.
Menurut Shuib atau nama penuhnya Shahmira Muhammad, 40, kecuaian sehingga menyentuh sensitiviti agama tidak seharusnya berlaku dalam mana-mana bidang perniagaan.
“Sebagai seorang umat Islam saya akui terkesan dan perkara sebegitu tak sepatutnya berlaku dalam mana-mana bentuk perniagaan atau pun situasi.
“Kita akan marah sebab kalimah Allah ini benda yang terlalu besar. Kalau benar, saya tidak akan menyokong, saya tak akan mengiyakan langsung sebab ini tanggungjawab saya sebagai seorang umat Islam,” katanya.
Tegasnya, kalimah Allah pada stoking merupakan penghinaan buat umat dan agama Islam dan beliau turut berasa marah kerana isu ini tidak sepatutnya berlaku.
“Perkara yang terjadi itu sangat keji, ini yang saya boleh cakap.
“Apa pun, isu ini masih belum selesai dan siasatan masih dijalankan, jadi saya tidak boleh ulas lanjut kerana melibatkan perniagaan dan juga sensitiviti orang lain.
“Saya akan teguh berdiri sebagai seorang umat Islam yang tidak akan sesekali menyokong sesuatu perkara salah,” ujarnya.
Tambahnya lagi, Shuib mengakui sedia melepaskan tanggungjawabnya sebagai duta sekiranya kedai serbaneka itu terbukti bersalah kelak.
“Saya sentiasa percaya pada konsep rezeki. Jika memang tiada rezeki saya maka tiadalah dan sebaliknya.
“Tetapi macam mana pun saya tetap kena meletakkan prinsip bahawa saya adalah seorang Islam,” katanya.
Semalam, kilang yang terletak di Batu Pahat, menutup operasi melalui satu memo yang ditampal pada kain rentang di pagar premis itu.
Ia sehari selepas kilang terbabit diserbu polis yang menemukan lima pasang stoking dengan kalimah Allah di dalam premis terbabit. |
|
|
|
|
|
|
|
Alamak shuib duta ker. Silap hb dgn shuib2 sekali kena kecam. Elok la blah awal2 sblm kena kecam. |
|
|
|
|
|
|
|
Resign ja shuib walaupun aku tak suka ko..jgn kelapaq sgt dgn KK tuh |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa mesti ada duta..mini mart je pun, kan? eh ke dia kategori supermarket? tak pernah masuk kedai ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah beli air mineral kat sini ada muka soeb. Air yg diminum terasa kelat sbb ada muka soeb. Dah la Mahal. Mimpi ngeri |
|
|
|
|
|
|
| |
|