Edited by hell0jennie at 23-4-2024 06:51 PM
Kisah melibatkan anak perempuan kepada pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim masih lagi diperkatakan sehingga hari ini. Terbaharu, menerusi sebuah hantaran di Instagram, Norman dan Marissa dilihat bergandingan bersama di dalam sebuah iklan produk makanan popular.
Norman dilihat segak mengenakan Baju Melayu Johor rona kuning langsat manakala Marissa pula ayu dengan sepersalinan baju kurung.
Pada permulaan video, Norman dilihat tidak dapat menahan sebak lalu memeluk erat Marissa saat dia tiba di hadapan pintu. Marissa juga turut melutut untuk bersalaman dan memohon maaf kepada Norman. Menjengan ke ruangan komen, rata-rata netizen sebab menonton perkongsian tersebut selain turut mendoakan yang terbaik buat Norman sekeluarga. “Si papa tu tak puas jaga kau dik. Tiba-tiba hilang peluang dia nak jadi wali pernikahan. Sedih dik. Nanti bila ada anak, awak tahulah macam mana perasaannya. “Ya Allah peliharalah hubungan kekeluargaan Abang Norman. Semoga baik-baik sahaja dan bahagia dunia akhirat. “Ya Allah banjir. Bab mak ayah ni memang tak boleh tahan. “Tangisan Norman itu boleh rasa sampai ke tulang. Tak kisahlah artis ke tidak.
“Mak ayah ni marah sekejap sahaja. Lama-lama mereka maafkan juga anak,” antara komen-komen netizen. |