CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 72624|Reply: 37

Pelakon Baharu Tolonglah Berguru – Aqasha

[Copy link]
Post time 12-7-2024 10:32 PM | Show all posts |Read mode






LAMA kelibat anak seni bernama Aqasha tidak kelihatan menghiasi skrin televisyen mahupun layar perak.Situasi tersebut diperakui ramai termasuk dirinya sendiri.


Biarpun begitu, Aqasha atau nama sebenarnya, Firdee Akassya Rosli, 41, tetap aktif memenuhi undangan nyanyian secara tertutup.


Sama juga dengan lakonan apabila setelah sekian lama, dia muncul dengan naskhah berjudul Nafsu menerusi platform penstriman Viu.


Membawakan watak sebagai ketua ajaran sesat bernama Gusti, karakter tersebut menjemput pujian ramai.


Aqasha pula cabaran tersendiri dalam menterjemah karakter tersebut.


Bagi Aqasha sendiri watak tersebut memberikan satu pengalaman baharu buat dirinya selain menggelarkan Gusti sebagai ‘super antagonis’.


“Saya yakin semua pelakon pasti mempunyai hasrat untuk melakonkan watak yang memiliki kuasa luar biasa. Sama ada boleh terbang atau bercakap dengan ikan, sememangnya ini adalah watak yang saya nantikan selama ini.


“Sebagai seorang yang bergiat lama dalam industri, saya sudah menonton banyak filem pelbagai genre. Jadi saya mengambil sedikit daripada beberapa  filem itu untuk mewujudkan Gusti.


“Bagi memperlihatkan watak itu lebih hidup, saya banyak mendengar nasihat daripada pengarah dan penulis skrip mengenai gambaran mereka terhadap watak Gusti.


“Dengan itu, saya cuba mengadunkan segala intipati yang ada untuk menjadikan watak Gusti itu dramatik sekali gus bersesuaian dengan kreativiti yang sudah saya tonjolkan,” ujarnya.






Tidak hanya bercerita mengenai drama baharunya itu, Aqasha turut berkongsi pandangan mengenai kebanjiran bakat sekarang dan luahan terhadap lapangan industri hiburan masa kini.


Katanya, peralihan teknologi semasa yang lebih cenderung ke arah digital membuatkan pelakon lebih tertarik untuk menjadikan platform media sosial sebagai medium rujukan.


Bukan sekadar medan untuk ‘menjual diri’ kepada peminat, tetapi aplikasi digital terbabit secara tidak langsung membuatkan mereka kurang berinteraksi atau berguru dengan mereka selayaknya.


“Saya sangat menghargai kehadiran wajah baharu dalam industri kerana saya dahulu pun pernah berada di posisi sama. Pada pandangan saya, cara untuk mengembangkan kreativiti sebagai pelakon itu adalah menerusi pergaulan dan cara bertukar idea di set.


“Tetapi berbeza dengan masa kini apabila mereka lebih cenderung terhadap media sosial. Mungkin zaman saya dahulu lebih konvensional, pelakon baharu akan kerap bertanya, berkogsi nasihat dan pengalaman dengan pelakon senior.


“Begitu juga ketika awal pembabitan saya sebagai pelakon apabila banyak menerima latihan dan pengalaman berguna secara langsung daripada pelakon lama.


“Sama juga seperti di sekolah atau di mana-mana, kita perlu ada guru yang betul untuk belajar. Tetapi di zaman serba canggih ini, semua perkongsian boleh dibuat di media sosial.


Mungkin saya agak ‘old school’ (gaya lama), kerana bagi saya hubungan kemasyarakatan ini penting untuk kita lebih faham mengenai sesuatu perkara,” jelasnya.


Aqasha turut tidak menafikan ada sebilangan pelakon baharu yang mudah hilang fokus tentang tujuan mereka menceburkan diri dalam industri lakonan.


Ujarnya, seseorang pelakon itu perlu mempunyai matlamat yang kukuh dan semangat untuk memartabatkan kesenian kepada masyarakat.


Ini sekadar pandangan saya. Ada pelakon baharu yang berul-betul minat dengan industri ini dan ada juga untuk menangguk di air keruh. Ada juga yang hendak mencari populariti termasuk meluaskan jaringan kenalan mereka.


“Dalam apa jua bidang yang diceburi kita perlu mempersiapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan bersesuaian dengan kehendak pasaran.


“Kita perlu lebih peka kerana setiap apa yang dilakukan bukan sekadar bersesuaian dengan mentaliti pemikiran masyarakat, tetapi juga memberikan kebaikan kepada manusia sejagat,” kata bintang filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa itu.


Sumber – HIBGLAM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2024 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg lain la citer nafsu..agak terpesona tgk lakonan dia dgn kamal
not bad baru tgk sampai episod 3..kemalasan nak tunggu tiap minggu keluar seketul episod
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2024 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
I.K.A888990 replied at 12-7-2024 10:45 PM
mmg lain la citer nafsu..agak terpesona tgk lakonan dia dgn kamal
not bad baru tgk sampai episod 3. ...

Meols baru start tgk harini
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2024 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
I.K.A888990 replied at 12-7-2024 10:45 PM
mmg lain la citer nafsu..agak terpesona tgk lakonan dia dgn kamal
not bad baru tgk sampai episod 3. ...

Ceriter pasal ape drama tu?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2024 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
tulip-rain-2 replied at 12-7-2024 11:12 PM
Ceriter pasal ape drama tu?

psl pemujaan setan, illuminati dgn ajaran sesat..
boleh thn kaka citer ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2024 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
codenamedream replied at 12-7-2024 11:09 PM
Meols baru start tgk harini

yezzza tgk jgn tak tgk hehe
lagipun 8 episod je skrg 5 episod da
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2024 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
I.K.A888990 replied at 12-7-2024 11:17 PM
psl pemujaan setan, illuminati dgn ajaran sesat..
boleh thn kaka citer ni

Tq.
Yelah tayang kat viu kan bolehlah buat cerita mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2024 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
tulip-rain-2 replied at 12-7-2024 11:35 PM
Tq.
Yelah tayang kat viu kan bolehlah buat cerita mcm ni.

betul kang kat tv ni semua benda kena cut pulak dah takde feel haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2024 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
I.K.A888990 replied at 12-7-2024 11:18 PM
yezzza tgk jgn tak tgk hehe
lagipun 8 episod je skrg 5 episod da

Meols baru episode 2.
Esok meols marathon sampai ep 5
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2024 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
hensem aa pulak ermm
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2024 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
kaedahnya replied at 14-7-2024 11:40 PM
hensem aa pulak ermm

Zaman dejavu di kinabalu dengan tiz dulu dia memang not bad
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
sweetrevenge16 replied at 14-7-2024 11:50 PM
Zaman dejavu di kinabalu dengan tiz dulu dia memang not bad

tak pernah la rasa dia hensem nau. sebab dia chinese look kot. tapi gambar atas sekali tu macam hot la pulak hew hew
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 08:56 AM | Show all posts
I.K.A888990 replied at 12-7-2024 11:17 PM
psl pemujaan setan, illuminati dgn ajaran sesat..
boleh thn kaka citer ni

Lahh....... duk berharap ada sex scene ke apa..... Especially Azira Shafinaz.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Sendawg replied at 15-7-2024 08:56 AM
Lahh....... duk berharap ada sex scene ke apa..... Especially Azira Shafinaz.

lambert lg citer meleis nak ade sex scene...bru scene dukung timang2 acik2 semua dh menggelupur smpai zul ripin kene masok court
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
btw heols ni underrated actor & singer...rupe pun ade..mane silap pun x tau smpai heols very the sendu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 12:54 PM | Show all posts
I.K.A888990 replied at 12-7-2024 10:45 PM
mmg lain la citer nafsu..agak terpesona tgk lakonan dia dgn kamal
not bad baru tgk sampai episod 3. ...

iols suka genre cerita mcm ni.. takde la manjang kisah megah holding. sama mcm Khunsa tu, lain dr yg lain. cuma Nafsu ni mcm takde WOW sgt buat kita tertunggu bila dah sampai ep 6. gambit pun ada muncul kejap dlm ep 5 part hujung dan 6. pun watak yg dimainkan sgt menjadi


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2024 01:05 PM | Show all posts
blekkep replied at 15-7-2024 12:18 PM
lambert lg citer meleis nak ade sex scene...bru scene dukung timang2 acik2 semua dh menggelupur sm ...

Itulah. Haihhh bila la Malaysia nak ikut jejak Thailand dgn Phillipines. Artis2 pun confirm suka dapat nude and buat sex scenes.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 01:06 PM | Show all posts
She-Ra replied at 15-7-2024 12:54 PM
iols suka genre cerita mcm ni.. takde la manjang kisah megah holding. sama mcm Khunsa tu, lain dr  ...

Khunsa is one of the best dramas recently tapi still ada element2 drama melayu yg I feel hold it back. Entahla mcm mandate dari company kot. Because sometimes too over the top.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengar iteww patah ? Pi berguru..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 03:03 PM | Show all posts
Sendawg replied at 15-7-2024 01:05 PM
Itulah. Haihhh bila la Malaysia nak ikut jejak Thailand dgn Phillipines. Artis2 pun confirm suka d ...

baru smlm tgk Abang Adik kt netflix
ada 1 sex scene
bugil lg
tp from the back je la


anyway it's a good story overall cerita ni
cuma x fhm why dorg lahir di msia tp xblh nk buat ic
yg adik tiap kali police rush mmg dia standby surat beranak & polis lepaskan dia
yg abg plk mmg 0 document



Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.077764 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list