CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 35573|Reply: 31

[Tempatan] Beg berisi wang RM1 juta terjatuh atas jalan, sudah ditemui

[Copy link]
Post time 7-11-2024 12:38 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 7-11-2024 01:01 PM

Oleh Nor Azizah Mokhtar - November 7, 2024 @ 12:08pm
[email protected]


Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi (tengah) bersama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Kamarul Azran Wan Yusof (kiri) dan Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar ketika sidang media di IPD Petaling Jaya. - Foto NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM


PETALING JAYA: Beg berisi wang tunai RM1 juta yang dilaporkan hilang selepas proses kutipan oleh sebuah syarikat keselamatan dari sebuah bank di Ampang Point, Ampang semalam sudah ditemui dan diserahkan kepada polis.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi, ketika mengesahkan perkara itu berkata, beg itu ditemui di Jalan Hulu Kelang menuju ke Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) arah ke ibu negara, tidak lama selepas kejadian.

Katanya, beg berisi wang itu dipercayai terjatuh di atas jalan ketika van syarikat keselamatan itu melalui satu laluan berselekoh.

"Beg berisi wang RM1 juta itu terjatuh di tengah jalan sebelum ditemui seorang pemandu kereta yang melalui laluan berkenaan.


"Beg berkenaan sudah pun diserahkan kepada pihak polis dan siasatan lanjut kini sedang dijalankan termasuk merakam keterangan individu yang menemui beg itu serta petugas van keselamatan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini, hari ini.

Semalam, polis mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan beg berisi wang tunai RM1 juta dalam kejadian di Ampang Point.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail dipetik berkata, wang berkenaan dilaporkan hilang selepas proses kutipan oleh sebuah syarikat keselamatan dari sebuah bank di Ampang Point.

Sasikala berkata, siasatan pihak polis masih diperingkat awal dan masih mengumpul maklumat lanjut tentang kejadian itu.

"Kita akan maklumkan sebarang perkembangan lanjut selepas siasatan selesai," katanya.

Beliau menjelaskan kertas siasatan dibuka bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, berdasarkan maklumat yang tersebar kejadian berkenaan berlaku ketika pemandu van keselamatan menyedari pintu van terbuka.

Individu berkenaan membuat pemeriksaan dan mendapati satu beg berisi wang tunai tiada dipercayai terjatuh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2024 12:52 PM | Show all posts
nasib baik duit tu jatuh di jalan Malaysia, dapat balik
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi suka guna QR code dengan visa paywave. Duit tunai ni orang zaman batu tinggal dalam gua Hiro' jah yang suka pakai.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 12:58 PM | Show all posts
shamsadis replied at 7-11-2024 12:52 PM
nasib baik duit tu jatuh di jalan Malaysia, dapat balik

nasib baik dijumpai oleh org yg jujur...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuai sungguh orang yang bertanggungjawab tu. Pening la nak menjawap dengan bos.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 03:15 PM | Show all posts
kenapa pulangkan balik
bukan ada cctv pun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2024 03:17 PM | Show all posts
jatuh dari van keselamatan semasa lalu jalan berselekoh??
jatuh tru mana?
tingkap?
pintu van?
kenapa satu shj yg jatuh
dalam van banyak lagi beg
kena minta conan dtg siasat
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 03:20 PM | Show all posts
pelik nya satu je yg jatuh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2024 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kemain guard bersenapang nak bawak duit. Tau² duit tercicir gitu je disbbkan pintu van terbukak.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 03:26 PM | Show all posts
ntah2 MO tak jadik, geng kutip beg kenalah pulangkan
acah2 jadik saksi
walhal berkomplot
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 03:34 PM | Show all posts
oii gila la, besar mana beg tu?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 03:41 PM | Show all posts
kalu ku jumpa mmg berubah jadi ali baba bujang lapuk......
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 03:41 PM | Show all posts
kalu ku jumpa mmg berubah jadi ali baba bujang lapuk......
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain mcm je cerita ni...
Seperti ada yg tidak dapat ku percaya
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 03:52 PM | Show all posts
Satu juta jatuh gitu je.. .? Van x berkunci ke..bawak duit juta2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 7-11-2024 12:57 PM
Lagi suka guna QR code dengan visa paywave. Duit tunai ni orang zaman batu tinggal dalam gua Hiro' j ...

"Jangan la hina atuk,nenek sindiri kaka"-Bangla SUTU
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2024 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
plan asal sengaja jatuhkan. pastu gemg kutip. bagi lah alasan macam2
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes merompok goes wrong la ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 04:59 PM | Show all posts
bau bau ikan hanyir sangat berita ni
1. van pintu terbuka masa selekoh - apoooo
2. orang jumpa dan bagi balik - apoooo
takkan la dari depan tak perasan pintu belakang terrbuka
kita bawa kereta bodo2 murah pun ada sensor kalau pintu terbuka. korang dalam van yang bawak duit takde any alarm.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde thread tengku eddie kena hadap kat mahkamah ker?

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.523844 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list