CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 46000|Reply: 221

[Tempatan] Acara lelong rumah Vida ditangguh, peguam masih berbincang (page 9)

[Copy link]
Post time 25-11-2024 09:52 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 10-12-2024 03:24 AM

Update:

KUALA LUMPUR: Acara lelong harta milik usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida, yang sepatutnya diadakan esok telah ditangguhkan.

Perkara itu disahkan oleh kedua-dua peguam yang mewakili subkontraktor terbabit dalam tuntutan berkenaan, Samir Zainal, serta peguam mewakili Vida, Datuk Adnan Seman.

Samir memaklumkan, acara lelong itu ditangguhkan hingga 8 Januari tahun depan.

"Ia ditangguhkan kerana ada permohonan Vida Beauty Sdn Bhd menyatakan harta itu adalah Vida Beauty Sdn Bhd yang punya," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Mengulas lanjut, Samir berkata, beliau akan berbincang dengan anak guamnya yang juga plaintif kes itu bagi menentukan sama ada ingin membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah berkenaan.

"Saya perlu menghubungi anak guam dulu, esok, sama ada hendak merayu atau apa," katanya.

Bulan lalu, media melaporkan kediaman bersama empat kenderaan milik Vida, disita selepas beliau gagal melangsaikan hutang lebih RM1 juta.

Sebuah akhbar bahasa Inggeris melaporkan, perintah sita itu dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas Vida tidak menjelaskan baki tunggakan bayaran untuk kerja ubah suai kilangnya di Shah Alam, Selangor, yang dijadikan studio.

BH

IPOH: Kediaman bersama empat kenderaan milik usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida, disita hari ini selepas beliau gagal melangsaikan hutang lebih RM1 juta.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan, perintah sita itu dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas Hazmiza tidak membayar hutang berjumlah RM1,060,285 daripada kontraktor yang dilantik bagi pengubahsuaian sebuah kilang di Shah Alam menjadi studio.

Bailif Mahkamah Tinggi Ipoh yang ditemani peguam Samir Zainal dan wakil subkontraktor, Mohamad Taufik Kamarul, tiba di kediaman Hasmiza di Persiaran Bukit Meru pada 9 pagi tadi. Bagaimanapun mereka hanya dibenarkan masuk sekitar 10.30 pagi selepas kakitangan Hazmiza tiba.

Menurut Samir, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan penghakiman pada 29 Oktober 2023 yang memerintahkan Hasmiza menyelesaikan hutang itu dan jika gagal berbuat demikian writ rampasan dan penjualan kemudiannya akan dikeluarkan.

"Semua barang di dalam rumah, kecuali bilik berkunci Vida, sudah ditandakan oleh bailif selepas hampir empat jam.

"Dia mempunyai tempoh dua minggu sehingga 9 Disember ini untuk menjelaskan hutang atau jika tidak, barang-barang itu akan dilelong," katanya seperti dilaporkan akhbar berkenaan.

Samir turut mendedahkan kakitangan Hazmiza memaklumkan usahawan kosmetik itu kini berada di China dan akan menghubungi beliau tidak lama lagi.

Proses sitaan itu dijalankan dengan kerjasama penuh daripada kakitangan usahawan kosmetik itu.

Sementara itu, Mohamad Taufik berkata dia menuntut hutang itu sejak 2018 apabila Hasmiza mengupah firma perunding pengubahsuaian yang kemudian melantiknya secara subkontrak bagi perkhidmatan ubahsuai terbabit.

Katanya, pihaknya tidak menerima bayaran kerana usahawan itu gagal membuat pembayaran kepada firma perunding berkenaan yang menyebabkan beliau memfailkan kes muflis terhadap firma terbabit.

Dalam pada itu, usaha bagi mendapatkan komen daripada Hasmiza sehingga malam tadi tidak berjaya.

BH


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2024 08:59 AM | Show all posts
ada tgk video interview dgn pihak penuntut tu smlm
katanya studio yg renovate tu related dgn produksi GV
masa tu dia jd sponsor lagi kan
terbabit dgn kes tipu hadiah barang kemas fake jugak itu jam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2024 04:24 PM | Show all posts
Edited by Kitty_catz at 26-11-2024 08:26 AM

meols dah beli company profile tok bida'ah ni.. ternyata since incorporation in 2008 takde submit audit report.. satu habuk pun tak nampak apa yg boleh suppork lifestyle sheols anak beranak kalah anak2 vincent tan tu yeee
sedeyyyyyyyyyyy


auditor pun tarak.. hanya appoint co sec sajorkkk... ate gileee








This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 11:02 AM | Show all posts
tok bida'ah ni jgn kata supplier.. income tax pun sheols flip2 bibior terjuih tu jurrr

lagi nak percaya ke kata2 yg keluar dr mulut sheols yinih??


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2024 09:07 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Lamanya sejak 2018. Kesian betul. Mangsa scam coins vida ni apa khabar la sekarang. Takde pulak vida ni kena bunuh ke apa sebab telan duit orang. Aniaya orang tak ingat akhirat langsung.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2024 10:57 PM | Show all posts
xbuat labur dlm pertanian ke?time duit byk elok labur ke tanah, cm kebun durian ke,dari beli kete makan minyak tu..lagila untung
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2024 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 25-11-2024 10:57 PM
xbuat labur dlm pertanian ke?time duit byk elok labur ke tanah, cm kebun durian ke,dari beli kete ma ...

Orang macam ni sesuai bertani ke? Silap2 bergolek sama dgn Cik B sampai ke bawah bukit masuk longkang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2024 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde la bertimbun. Satu juta aje tak bayo. Jap lagi dia bayo la tu. Sewa rumah anak dia pun ratus ribu tau tak? #donebekap
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2024 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
ingatkan berjuta x bayor.. 1 juta je punn tak mampu kersss
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2024 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Hutang Vida Coins berpuluh juta bila nak setel? Nak kena org heret ke makamah gak, haprak punya usahaiwan!
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2024 02:45 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2024 04:25 AM | Show all posts
B40tastePosh replied at 25-11-2024 11:12 PM
Orang macam ni sesuai bertani ke? Silap2 bergolek sama dgn Cik B sampai ke bawah bukit masuk longk ...

Bsar gelak iol bca komen uol ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2024 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Besar periuk besarlah keraknya. Tengok aje si Vivek, dapat 47 juta lesap dalam 5 tahun. Ni Vidah pulak. Agaknya orang nama huruf V ni memang pemboros kot
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2024 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Rupanya jenis tak mahu bayar hutang. Semoga lepas ni tiada orang berurusan bisnes dengan dia
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2024 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh hari2 kot menunjuk2

Takkan sejuta hutang pun tak bayar

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2024 07:41 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2024 07:48 AM | Show all posts
mmg jenis org berhutang suka tunjuk ada duit. beli sana sini tapi bab hutang auto xde duit nak bayar
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2024 08:18 AM | Show all posts
apa susah duit banyak kan..setakat sejuta tu, cut perbelanjaan cik B kat oversea selama 2 bulan...kan kos perbelanjaan cib B RM500K sebulan...suh cik B cuti 2 bulan..jadi jimat lah RM1 juta...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2024 08:30 AM | Show all posts
apabila sudah tidak diperlukan lagi.............
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2024 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita kat public spending 500k a month hantar anak belajar kat spain tp utang x nak bayo.  Propa je patut pun sita aset dia.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2024 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 26-11-2024 08:59 AM
ada tgk video interview dgn pihak penuntut tu smlm
katanya studio yg renovate tu related dgn produks ...

pumpang nak sponsor semua ujung2 kos kat kontraktor tak bayar , barang kemas tiruan


apoooo
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2024 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
gideoncross replied at 26-11-2024 04:25 AM
Bsar gelak iol bca komen uol ni

Dah tergolek dog, dia punya crown tercabut masuk dalam lanyau.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 47606 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 47191 Replies : 2
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38406 Replies : 25
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39220 Replies : 41
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41746 Replies : 360
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49996 Replies : 147
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276078 Replies : 8051
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64352 Replies : 376
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145506 Replies : 2458
Amukan Ablasa di Twitter : Peminat bengang Aina Abdul corot di tangga 41
ashilalatAmukan Ablasa di Twitter : Peminat benga
Views : 36180 Replies : 220

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.136696 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list