View: 42877|Reply: 30
|
[Tempatan]
Janda ganas dihukum penjara 9 tahun, mengaku bersalah merompak lima warga asing
[Copy link]
|
|
Muar: Ibu tunggal dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, tadi, selepas mengaku bersalah merompak lima warga asing di daerah ini dan Tangkak, Ogos lalu.
Tertuduh, Jamiyana Ab Aziz, 38, mengaku bersalah terhadap enam pertuduhan dibacakan secara bersama rakan lelakinya, Abd Aziz Alhaffiz Ali, 36, yang tidak mengaku bersalah di hadapan Hakim Nariman Badruddin.
Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, ibu kepada seorang anak didakwa bersama-sama tertutudh lelaki melakukan rompakan berkumpulan terhadap tiga warga asing di hadapan pasar raya di Tanjung Agas, Tangkak hingga Kampung Sabak Aur, di sini.
Mereka didakwa merompak wang tunai berjumlah RM620, jam tangan dan telefon bimbit dalam sebuah kereta antara jam 2.30 hingga 5 petang, 17 Ogos lalu.
Bagi pertuduhan keempat hingga keenam, mereka bersama-sama merompak barang kemas berupa cincin, subang serta rantai leher miliki dua warga asing di dalam kereta di Parit Zin Bakri, Batu 6, di sini, antara 5 hingga 6 pagi, 5 Ogos lalu.
Kesemua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dan sebatan atau denda bagi setiap pertuduhan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Ariff Marzuki manakala Jamiyana tidak diwakili peguam, rakan lelakinya pula diwakili peguam Syafiee Naim daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Selepas mendengar hujahan dan rayuan tertuduh, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun bagi pertuduhan pertama hingga ketiga manakala lima tahun untuk pertuduhan keempat, kelima dan keenam.
Kesemua hukuman penjara diperintahkan berjalan serentak bermula tarikh ditangkap, 19 Ogos lalu manakala perbicaraan terhadap rakan lelakinya ditetapkan pada 27 Januari ini.
Selepas menjatuhkan hukuman itu, Nariman meminta tertuduh insaf dan bermuhasabah diri sepanjang dipenjara.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh lelaki bersama wanita itu menaiki sebuah kereta dengan sasarannya adalah warga asing di pasar raya.
Tertuduh wanita akan mendekati warga asing dengan menawarkan khidmat menghantar pulang dan mengenakan bayaran tertentu.
Apabila mangsa bersetuju, mereka akan membawanya ke suatu tempat sebelum bertindak mengacu pistol mainan ke arah warga asing terbabit.
Mereka kemudian mengambil barangan berharga sebelum bertindak melarikan diri dengan kereta terbabit.
Siasatan awal polis mendapati tindakan kedua-dua tertuduh merompak warga asing kerana mahu membeli dadah. Kesemua mangsa kemudianya membuat laporan bersama di Balai Polis Ledang, Tangkak dan Bakri, Muar masing-masing pada 19 dan 22 Ogos lalu.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Warga asing tu Jepun atau Rohingya ? |
|
|
|
|
|
|
|
Bagusla wargasing rompak wargasing sesama sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
adoi ingatkan retis mana tadi
tapi awat hang pun setuju nak ikut hantar balik
dan tapi lagi knp benang ni kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
artis mana ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reputz cari sendiri buka bnang merata. Bengong betulla. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah la tajuk janda ganas |
|
|
|
|
|
|
|
Kesemua mangsa kemudianya membuat laporan bersama di Balai Polis Ledang, Tangkak dan Bakri, Muar masing-masing pada 19 dan 22 Ogos lalu.
Tingok, dia rompak keyta sikijap suda masuk jail. |
|
|
|
|
|
|
|
salah body gossip ke apa ni |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin ex laki dia retis senduuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Nama je mod forom.com bod pun salah. Ko dpt gaji ke belum dek? |
|
|
|
|
|
|
|
Retis celah mana ni oii!!! |
|
|
|
|
|
|
|
awat ni???
kenapa masuk benang artis tempatan????
|
|
|
|
|
|
|
|
Janda ni retis ke warga asing tu retis antarabangsa? |
|
|
|
|
|
|
|
Artis ke ni? Artis apa ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Weiii retis sendu mana ni???? Salah bod kah? Cincai buat keje!! |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by lightheaded67 at 12-12-2024 09:50 PM
sape tau betolke zahnita kena panggil buat urine test
utk tidak ot
who run the world? acik |
|
|
|
|
|
|
|
lightheaded67 replied at 12-12-2024 09:46 PM
sape tau betolke zahnita kena panggil buat urine test
utk tidak ot
who run the world? acik
Ya tp negatif
Aku baca mcm prosedur la sbb dia kan nak mohon penjagaan anak dia tu
Yela bapa dah positif kang kalau mak pun positif taklehla jaga anak2 tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|