View: 39798|Reply: 54
|
‘Saya diminta buat ujian air kencing, keputusannya negatif’ - Zahnita Wilson
[Copy link]
|
|
Bekas model dan usahawan Zahnita Wilson mendedahkan diminta melakukan ujian saringan air kencing oleh pihak berkuasa bagi membuat permohonan mendapatkan khidmat polis pengiring untuk menjemput dua anaknya di rumah suami semalam.
Menurut Zahnita atau Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39, berkata, dia bersetuju untuk melakukan prosedur tersebut walaupun tidak mengetahui motif sebenar dan hasil saringan adalah negatif daripada sebarang penggunaan bahan terlarang.
“Saya ada perintah mahkamah dan boleh dapatkan pengiring (polis) namun proses dan permintaan tersebut tidak berjalan lancar.
“Saya diminta melakukan ujian air kencing. Jika mereka nak, tidak mengapa dan saya buat. Tiada apa yang hendak saya sorokkan dan keputusannya negatif,” katanya dalam satu temu bual.
Terdahulu, Zahnita, membuat pendedahan dalam media sosial berhubung keganasan rumah tangga yang sedang dihadapinya.
Menerusi perkongsian foto dalam media sosial, pelakon itu memaparkan bukti bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam selepas mendakwa berlaku pergaduhan bersama Abdul Zackery selepas isu orang ketiga dibangkitan.
Zahnita seterusnya memfailkan permohonan cerai terhadap Abdul Zackery di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang pada 3 Disember lalu.
Dia juga mendapat hak penjagaan sementara interim dari Mahkamah Tinggi Syariah, Kuantan pada 6 Disember lalu.
Manakala pada 9 Disember lalu, dia juga berjaya mendapat perintah perlindungan interim (IPO) dari Mahkamah Majistret Kuantan bagi melindungi diri dan anak-anak daripada Abdul Zackery.
Difahamkan, dia juga kini dalam proses untuk mendapatkan hak penjagaan penuh empat anaknya.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
skeri
Alhamdulillah tak ada apa apa |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya dia ni kurus sbb menderita dan byk mkn ati spnjg tempoh 20 tahun tu |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni kalau letak filler pastu gain weight sikit kejap je dia boleh capai rupa dia yg dulu |
|
|
|
|
|
|
|
mmg ada prosedur polis minta ujian air kencing ke kalau nak request polis pengiring?
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan urusan Zahnita |
|
|
|
|
|
|
|
iols masih skeptical dgn sheols. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Siannya.. muka dia mcm ni.. cengkung teruk. Polis pun.. hmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Suami dia ada ambik drugs ke? Teringat Bobby Brown & Whitney. Harap Zahnita bersih dari salah guna dadah |
|
|
|
|
|
|
|
Tak apa. Follow je sebab tak salah tak perlu takut. Selagi tak mendatangkan masalah. Kot la suami dia report bini dia ni ada ambil dadah. |
|
|
|
|
|
|
|
jasmeen replied at 12-12-2024 10:28 PM
Dia ni kalau letak filler pastu gain weight sikit kejap je dia boleh capai rupa dia yg dulu
Nak buang eyebag pun rm4k je Uolls. Ada duit cepat je dia nak cantik. |
|
|
|
|
|
|
|
immortallez replied at 12-12-2024 10:41 PM
Suami dia ada ambik drugs ke? Teringat Bobby Brown & Whitney. Harap Zahnita bersih dari salah guna d ...
husband dia mmg sangkut dadah pun tp elok segar bugar tuannya manakala bini yg -ve ni mmg sekali pandang mcm org makan dadah. makan hati lama sgt sampai gitu rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
takpelah diknon, itu kerja polis dan polis tahu 4W1H kena buat prosedur tu |
|
|
|
|
|
|
|
I.K.A888990 replied at 12-12-2024 10:34 PM
mmg ada prosedur polis minta ujian air kencing ke kalau nak request polis pengiring?
Tak. I'm very sure takde.
I rasa Abdul Scary ada bagi statement kat polis Zahnita salah guna dadah. Ni maybe IO baru teringat nak buat urine test bila nampak muka Zahnita kat balai. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat mana tu uols? Byk good feedback tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
I agak laki dia ada report bini dia ambik bende tu juga.
Anyway....ni soalan serius...sbb i x pernah ambik dadah....jadi tak tau....kalau org tu dah x ambik drug dlm masa tertentu, mesti air kencing negatif kan?
Soalan je..jangan marah |
|
|
|
|
|
|
|
bottompro replied at 12-12-2024 09:37 PM
iols masih skeptical dgn sheols. hehe
Dari first time nampak dia kat IG dan xkenal dia siapa, iols nampak negative vibes selubungi dia. Ha gitu. LOLLL |
|
|
|
|
|
|
|
Zeelalala replied at 13-12-2024 02:49 AM
I agak laki dia ada report bini dia ambik bende tu juga.
Anyway....ni soalan serius...sbb i x pern ...
Tak tau jugak.
Cuma yang tau, kalau dah ambik, bukan senang nak tinggal. So betollah tu dia tak ambik.
Maybe polis pon syak dia ambik, sbb tgk kurus semacam. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by borrow at 13-12-2024 08:01 AM
nah jawapan gugel sbb ni bukan bidang ai
Urine tests
Urine testing is the most commonTrusted Source drug testing method.
While detection windows may vary, a 2017 review suggests that cannabis may be detectable in urine for the following amounts of time after last use:
- single use (one joint, for example): 3 days
- moderate use (4 times per week): 5–7 days
- chronic use (daily): 10–15 days
- chronic heavy use (multiple times per day): more than 30 days
https://www.healthline.com/health/how-long-does-weed-stay-in-your-system#test-type
|
|
|
|
|
|
|
|
ambil positif je la. Dptlah clearkan doubt. Sbb fizikal tu agak sus. |
|
|
|
|
|
|
| |
|