View: 51377|Reply: 276
|
[Kisah Isteri Kedua] Dikahwini Kekasih Meskipon Menjadi yg Kedua
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by ParinAmat at 12-8-2011 15:33
Jangan hukum isteri kedua
SAYA tertarik sungguh dengan cerita kebanyakan isteri sanggupbercerai daripada bermadu. Sebabnya kerana bermadu hanya untuk suami mengecap kebahagiaan sedangkan isterinya hidup merana. Itu anggapan kebanyakan wanita bila tahu suaminya ingin berpoligami. Semua marah dan akan membenci bila ada wanita lain ambil suami orang." Demikian cerita Asharina dalam emelnya.
''Pada pendapat saya pahit atau manis hidup bermadu terpulang kepada individu itu sendiri menerimanya. Mungkin pembaca beranggapan mudah untuk saya berkata begitu kerana saya isteri kedua dan dalam bahasa kasarnya saya dicap perampas suami orang.
''Buat pengetahuan pembaca saya tak pernah bercita-cita nak bermadu.Tetapi ianya terjadi kerana kehendak Allah jua. Sebagai orang yang beriman tentu anda percaya kepada kadaq dan kadar. Dan itulah yang terjadi kepada saya.
''Saya kenali Az suami saya sekarang sejak 11 tahun lalu, waktu itu kami bekerja tempat yang sama, ketika itu saya ibu tunggal dan Az sudahberumah tangga. Waktu kami mula berkenalan hubungan kami telah dihidu oleh isterinya.
''Sebelum perkara buruk berlaku kerana salah faham lebih baik saya angkat kaki. Niat saya ketika itu semata-mata untuk menjaga keharmonian dan tak mahu digelar perampas, saya mengundurkan diri. Kerana memikirkan itu adalah jalan yang terbaik buat kami.
''Akhirnya kerana ada jodoh saya berkahwin dengan seorang duda anak satu dan sesuailah dengan saya juga yang sudah pun ada seorang anak.
"Malangnya rumahtangga saya dengan Bee sentiasa tak aman, sentiasa ada konflik. Kami sering berbalah dan tidak ada persefahaman.
''Pada mulanya Az menyangkakan hidup saya dengan Bee bahagia begitu juga saya sangkakan dia bahagia bersama keluarganya.
Tapi keadaan rumahtangga mereka tetap sama. Az mendakwa hidup dan perasaan hatinya sudah tawar.
Jodoh
Dengan kuasa Allah saya bertemu semula Az, insan yang saya cintai tetapi dia tidak tahu masalah rumah tangga saya selama ini.
''Saya buat solat istiqarah selama 3 minggu sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Az. Saya sedar risikonya dan saya juga sedar saat-saat kami bersama adalah amat singkat kerana jarak umur kami berbeza hampir 10 tahun. Tetapi apa yang pasti, kami sedar bahawa jodoh kami amat kuat. Walaupun saya cuba elakkan untuk bergelar isteri kedua 10 tahun yang lalu.
''Saya ingin bertanya, adakah orang seperti saya patut terus dipersalahkan tanpa menyelidik sejarah cinta kami? Adakah adil untuk Az dipersalahkan sedangkan rumahtangga yang sedia ada sememangnya tiada lagi bahagia? Saya juga seorang wanita, jika 10 tahun dulu saya tahu saya akan bergelar isteri kedua pasti saya akan mengahwini Az.
''Saya cuba mengelak tapi jodoh bukan di tangan saya. Salahkah kami mengecap kebahagiaan sekali lagi dengan lelaki bergelar suami? Saya amat menghormati madu saya walaupun sehingga kini dia masih meneka dalam kesamaran. Saya sentiasa nasihatkan suami saya agar menjaga hati isteri pertama dan berterus-terang dengannya.
''Tetapi segala masalah Az dengan isterinya bukan masalah saya. Saya boleh jadi pendengar bukan penghasut. Perkahwinan ini adalah atas dasar kasih sayang dan persefahaman. Bukan semua yang bergelar isteri kedua busuk hatinya dan bukan semua yang bergelar isteri pertama sanggup berkorban untuk suaminya.
''Pada saya di dalam sesebuah rumahtangga itu perlu ada kejujuran,keikhlasan dan persefahaman. Janganlah apabila suami beristeri baru atau kahwin lagi, jari hanya menunding pada sang suami tanpa rasa bersalah pada diri sendiri kerana beranggapan diri sudah terlalu hebat dan terbaik. Tiada siapa akan tahu cerita dalam kelambu kita kecuali pasangan itu sendiri dan Allah yang maha mengetahui.
''Jadi apabila suami berkahwin lain janganlah sesedap rasa memanggil insan sejenis kita sebagai betina dan suami pula jantan gatal dan mengumpat keturunannya.
''Saya amat bahagia dengan suami saya walaupun hidup tidak mewah kerana yang saya kahwini adalah kawan, sahabat, kekasih dan suami saya.Material bukanlah segalanya dalam hidup saya walaupun kadang-kala ia menjadi satu keperluan.
''Saya rasa kita sebagai wanita perlu bersikap rasional dan janganlah hendak menjatuhkan apa lagi hukuman tanpa melihat kenapa perkahwinan kedua suami kita berlaku serta menidakkan takdir serta ketentuan Allah untuk kita.
''Sekiranya dan sememangnya saya gatal hendak bermadu dan begitu juga dengan suami saya Az, kenapa kami perlu menunggu 10 tahun untuk berkahwin sedangkan dahulu kami masih sama-sama muda dan berupaya?Kenapa baru sekarang?
''Kini perkahwinan kami hampir 2 tahun. Saya berdoa ini adalah jodoh terakhir saya. Cukuplah apa yang telah saya lalui selama ini.
Saya cuma ingin bahagia dan meneruskan hidup ini hingga ke akhir hayat bersama Az. Tidak akan ada orang lain lagi dalam hidup saya sebagai pengganti Az. Doa saya agar kami tidak akan berpisah lagi.
''Jadi, tolang beritahu saya, adakah salah saya kahwin suami orang? Semua wanita tak ingin malah tidak pernah terfikir untuk bercerai selepas berkahwin dan kebanyakan wanita tidak ingin berkongsi kasih tapi jika sekiranya jodoh kita telah ditentukan dengan seseorang itu ,walau ke mana kita lari dan bersembunyi jodoh itu tetap menghampiri kita. Itulah yang berlaku pada saya, jadi jangan salahkan saya ataupun wanita lain yang menjadi isteri kedua mahupun ketiga, semuanya berlaku kerana telah disuratkan ke atas hidup mereka.'' Demikian cerita Azharina panjang lebar menjelaskan kedudukannya sebagai isteri kedua.
P/s:- Apa pandangan anda pula?. |
|
|
|
|
|
|
|
berpotensi untuk di lahar abis abisan |
|
|
|
|
|
|
|
dah takder lelaki lain ker?????
alasan dan jawpan sended bila kisah poligami..
mcm filem hindustan...jalan cerita yg sama, cuma pelakon jer lain2 |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm.... biar aku respond....
1. Jalan cite tak mantap... Motip si Az bertahun2 x bahagia tapi x cerai kan isterinye.... Propa kah? Si pencerita plak sng je, tak bahagia cerai
2. Kahwin diam2 ke? Best ehh? X gentle langsung
3. Baru 2 tahun... n belum lagi dketahui isteri 1st... kalau nak rase manis nye madu, silala bgtau madu pertama tu ehh...
sekian |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
selama ni aku diam jer bila bini no 2 bersuara..tapi kali ni rasa mcm nak melahar sampai menanah lak...pada cik az mmg la jodoh tu Allah yg tentu kan..bukan jodoh jer semua pun dtg dr Allah tapi kalau kau ada otak tolong la pikir..cara kau ckp mcm takut org mengata kau perampas ...baru kawin 2 tahun jer...sat lagi bini no 1 tahu baru kau tahu apa laki ko dah kelentong ..tak bahagia konon tapi yg dipeluk mlm mlm selama ni.. tu sapa... anyway good luck yer... |
|
|
|
|
|
|
|
perlu ke memburuk2kan bini hanya kerana nak kawen baru :re: |
|
|
|
|
|
|
|
Nk tmbah...
1. suami tu x brkemampuan dr segi kewangan sebenarnyer...
2. Takut bini
3. Gagal ddk bini prtama tu.. S ketua keluarga, kena la btlkn aper yg xbtl..
4. Hndk seribu daya.. X nk seribu dalih.. If bebtl xnk jdi 2nd wife, naper kawin gak..? Pompuan tu gagal kawal perasaan.. Salahkn jodoh? Kn janji Allah.. Brdoa n berusahalah...
5. Yg untung, hsbn dier aaa... Kawin tp xyah brtjwb sgt s hsbn.. ;) 2nd wife
redho kekdahnyer.. Sanggup idop atas kasih sayang jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm.... biar aku respond....
1. Jalan cite tak mantap... Motip si Az bertahun2 x bahagia tapi x cerai kan isterinye.... Propa kah? Si pencerita plak sng je, tak bahagia cerai
2. Kahwin diam2 ke? Best ehh? X gentle langsung
3. Baru 2 tahun... n belum lagi dketahui isteri 1st... kalau nak rase manis nye madu, silala bgtau madu pertama tu ehh...
sekian
1. alasan sayangkan isteri & anak2..kalau cerai takde siapa nak tanggung hidup & protect mereka
2. nampak gaya macam kahwin diam2..alasan.nak elak perang dunia kesepuluh katanya.bila dah stabil baru nak umumkan perkahwinan..cettt
3. kalaupun kesalahan berpunca dari isteri pertama, tak mungkin isteri pertama dapat menerima dengan rela hati.. |
|
|
|
|
|
|
|
citer acik asharina ni...sori la..iols tak nampak lg mana manisnya idup bermadu tuh..mohon karang balik citer yang lebih dramatik
citer acik buatkan orang lg nyampah dengan suami acik...walaupon dari cara penceritaan..nampak acik agak berhati2 utk tidak burukkan isteri pertama..tp kat situ..terang perangai somi acik camaner...rumah tangga tak bahagia selama sepuluh tahun...ermmmmmmmmmmmmmmmmmmmm..same old stories same old stories. |
|
|
|
|
|
|
|
tu la ciri2 leleki yg gagallll.....dan nk lari dr masalah.nk salahkn isteri pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
ni pemerhatian aku opismate jadi bini kedua:
- duit gaji asik xcukup, pinjam dgn mmbr sana, pinjam mmbr sini tp pastu senyap, xbayar utang
- duit keta yg dibeli sblm kawin asik tertunggak smpi bank nak tarik
- xde duit nak beli susu anak - pun nak pinjam duit pd mmbr
- xde duit nak isi minyak keta
- asik mengeluh - lambatnya gaji sedangkan sblm kawin xpnh mengeluh mcm tu
- personal loan dah hampir kelayakan maksimum, so tetiap bulan cuma dpt baki yg sikit tu jer
- tayar keta dah botak, xde duit nak tukar tayar
- keta asik laki jer yg lenjan sedangkan sblm kawin laki konon2 ada keta perdana
- duit simpanan yg dia xpnh usik sblm kawin, agaknya dah abis
sama ada dia bahagia atau tak, aku xpernah tanya
tp klu dah gitu pemerhatian kitorg sbg opismate, agak2 bahagia ke? :re: |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bacalah novel Wanita Biasa....sama aja tapi tak serupa |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak larat nak baca dulu benang ni...nak komen pun takleh dulu...simpan dulu yek....
p/s Dari bini nomot 2...yg lepas kejap tittle tu..n nak pegang balik ke tak..belum pasti.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 11# sajer
kalo mcm ni la kan.....memang lebih baik stay single |
|
|
|
|
|
|
|
voley runding.............
ruffleen Post at 13-6-2011 13:29
.....tapi kan sis...akak ni kalau pakai mekap...naik gatal2 seluruh kulit muka ku....tak tau kenapa.....dulu2 ok pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
...udah2...back to topic.....kalau tak menyimpang..tak sah le gamaknye..... |
|
|
|
|
|
|
|
.....tapi kan sis...akak ni kalau pakai mekap...naik gatal2 seluruh kulit muka ku....tak tau ...
tenteramsuci Post at 13-6-2011 13:38
maknanya akak pernah guna produk yg tak sesuai laa ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|