View: 91153|Reply: 154
|
Mitos Dr Mahathir: Menyeludup Komando ATM ke Bosnia
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by winamp05 at 14-10-2011 19:24
Tun Dr Mahathir dilabel sebagai orang yang menolak hukum Allah oleh lebai-lebai malang yang bergayut di bawah label PAS.
Tetapi tahukah anda siapa yang menghantar misi sulit komando GGK ATM ke Bosnia di kala umat Islam di sana disembelih oleh tentera Serb? Di kala tok-tok Arab goyang kaki tak mahu bantu, siapakah lagi di muka bumi ini yang membantu umat Islam di Bosnia?
Tentera NATO hanya berani bom pakai jet pejuang sahaja. Yang berani ke sana ialah komando GGK ATM.
Penyeludupan komando GGK ke dalam Bosnia ini akhirnya ditarik barik oleh kerajaan ketika itu selepas sebuah agensi berita Eropah berjaya mengesan kehadiran tentera elit ini di sempadan Turki. Selepas dipujuk oleh wakil sebuah negara yang sangat berpengaruh di Timur Tengah, akhirnya Mahathir menarik balik pasukan komando ini balik ke Malaysia tetapi bakinya di hantar sebagai tentera rasmi dalam unit UNPROFOR.
Tun Dr Mahathir turut mempunyai kerjasama sulit dengan Sultan Brunei untuk membekalkan bekalan 'bantuan' kepada Bosnia. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tun M dlm buku terbarunya yang malaysia dan negara islam lain ada membekalkan senjata kepada pejuang bosnia walaupun Nato xbenarkan, dan keberanian kontingen kita setup base camp berdekatan kedudukan musuh yang bila2 masa boleh diserang peluru roket.
Terdapatnya anggota ATM yang 'derhaka'....dimana mereka ini jadi gerila pejuang bosnia islam yang membantu pejuang islam bosnia berperang dengan SERB-antara yang kita tahu atau buat buat tak tahu adalah Let Kol Abd Manaf Kasmuri yang akhirnya dia ditahan bawah akta keselamatan dalam negeri.... mereka ini menyerang hendap dan memusnahkan askar Serb sebelum sempat Nato melancarkan serangan udara .... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cmf_WonBin at 14-10-2011 02:51
Penahanan Kolonel Jihad!
Abdul Manaf Kasmuri seorang bekas pegawai kanan tentera berpangkat leftenan kolonel yang amanah dalam melaksanakan tanggungjawab sosialnya kepada beberapa buah negara yang bergolak. Sehingga pada 20 Februari 2003, seluruh lensa kamera media menghala kepadanya. Beliau telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki telah bekerjasama dengan Al-Qaeda dan menjadi penasihat Jemaah Islamiah!
Ketika ditahan, beliau telah pun bersara secara opsyenal pada awal Januari 1995. Sepanjang dua dekad khidmatnya bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), beliau telah menyandang pelbagai jawatan antaranya menjadi Ketua Divisyen Putera Maktab Tentera Diraja, Jurulatih Pusat Latihan Darat (PULADA) dan menjadi Pegawai Turus Kanan di Bosnia dan Crotia ketika bertugas di bawah panji PBB - United Nations Protection Force [UNPROFOR] sekitar tahun 1993-1994.
Persaraannya dalam ATM juga agak kontroversi kerana setelah pulang daripada berkhidmat di Bosnia, beliau sering dipanggil untuk soal siasat tentang beberapa tindakannya dan keraguan beberapa pegawai ATM terhadap reputasi baiknya semasa berkhidmat di sana (actions prejudice to good conduct of the service). Selain itu, beliau turut menerima nota ringkas yang ditandatangan oleh Panglima ATM yang menyarankan agar beliau dipecat!
Demi menjaga nama baik ATM, beliau tidak memanjangkan kes tersebut atau meminta sebarang mengadilan di mahkamah. Oleh itu, pada 5 Januari 1995 secara rela hati beliau telah meninggalkan ATM secara rasmi.
Abdul Manaf Kasmuri is one of the most interesting. He was a Malaysian army colonel, educated at Sandhurst, UK where he won three batons of honor on graduation, including best foreign student. In the early1990s, he led Malaysia’s peacekeeping unit in Bosnia where, after witnessing the UN and the West’s inaction, started to secretly support the Bosnian Mujihidin. He was recalled and forced to retire in 1995, but immediately returned to Bosnia, where under the guise of being an aid worker, he continued to support the Mujihidin. He was a frequent traveler to Pakistan, and admired the Taliban. At the time of his arrest he was the human resources manager for an Islamic youth organization based in Kuala Lumpur, and the director of Excelsetia, a JI/AQ front company, registered in the financial black hole of Labuan, Malaysia’s offshore banking center. The other directors were Zulkifli Marzuki, one of Al Qaeda and JI’s most important money men in Southeast Asia, and Yazid Sufaat, who was part of Al Qaeda’s anthrax production team and in whose apartment the USS Cole and 9/11 operations were planned. Yazid Sufaat is still under ISA detention while Marzuki is still at large.
1) Beliau yang bertanggungjawab membawa ATM menjejaki bumi Eropah pertama kali.
2) Semasa latihan di Turki, pemerintah tentera Turki amat mengagumi keupayaan ATM - Bat ke-23 RAMD, asalnya Pihak Turki yang sepatut memberi latihan kepada ATM, sekali ATM berlatih sendiri sahaja, & mengajar pihak Turki cara-cara counter-insurgency. ATM berjaya menewaskan ' musuhnya ' (Turki) dalam latihan Special Ops.
3) Tentera Malaysia dihormati di Bosnia oleh kawan & lawan (Serbia).
4) Selepas peristiwa pembunuhan kejam di kampung Bosnia, bermulanya perasaan ingin membantu bantu saudara se-Islam di Bosnia .. under UNPROFOR, ATM masih terikat dengan peraturan, & mereka tidak boleh sewenang-wenangnye membantu tentera Serbia / Croatia / Bosnia .. beliau pernah dituduh Serbia, membekalkan senjata berat yang hebat kepada Bosnia dan menyerang kedudukan & kereta kebal Serbia.
5) Tahun 1995, beliau telah dipanggil pulang, secara ringkasnya - ditamatkan tugas di Bosnia. Kepulangan beliau tidak disambut red carpet, tetapi kerap dipanggil soal siasat oleh risikan Kementah dimana beliau dituduh membuat tindakan yang membantu kerajaan Bosnia sehingga menjejaskan nama negara.
6) Akhirnya beliau dinasihatkan berenti ATM setelah berkhidmat 20 tahun.. Segala curah & penghargaan PBB di Bosnia tidak langsung dipandang oleh pegawai atasan ATM..
Namun hikmah disebaliknya, beliau mempunyai kenalan ABIM di Bosnia seterusnya meneruskan niatnya membantu Bosnia ..
7) Bantuan itu adalah, menolong & menguruskan pejuang-pejuang yg cedera perang Bosnia, pejuang kebanyakkan sukarela, iaitu MUSLIM, tak kira bangsa lah ...
pejuang yg cedera itu akan terbang masuk Malaysia & dirawat di hospital2 swasta, lepas sembuh, keluar dari Malaysia, di bawah pengurusan & tanggungan Lt Kol (B) Manaf dan juga bantuan-bantuan lain..
Walaupun beliau tidak merawat secara langsung pesakit-pesakit ini, tapi beliau amat dikenali oleh dunia ISLAM, termasuklah mendapat kiriman salam dari ' Osama Laden ' melalui agen-agen.
dan pada akhirnya beliau akan dituduh seterusnya kena ISA akibat usaha beliau ini ...
Beliau menegaskan : " Saya menolong atas dasar sesama Muslim. Saya tidak tahu kemana mereka & apa mereka buat selepas di rawat di Malaysia ...Selepas ada antara mereka ditangkap Amerika semasa perang Al-Qaeda, tiba-tiba saya dikaitkan sebagai merawat & penaja pengganas. "
|
|
|
|
|
|
|
|
tentera bukan bawah agong? sapa beri arahan ke sana? agong atau PM? penaung/penguasa GGK sultan johor ke? |
|
|
|
|
|
|
|
lagi? lagi? ~sangat menarik! |
|
|
|
|
|
|
|
tentera bukan bawah agong? sapa beri arahan ke sana? agong atau PM? penaung/penguasa GGK sultan joho ...
abas8888 Post at 14-10-2011 06:53 PM
Sebab itulah tajuknya 'Antara Mitos dan Realiti' .....
Tapi pada hakikatnya itulah aset bangsa Melayu: Yang DiPetuan Agong sekalu ketua ATM ..... Tak kira sekuat manapun ekonomi dipegang oleh orang Cina, senjata masih dikawal oleh Melayu Islam ... |
|
|
|
|
|
|
|
TQ tuan tanah.....
Info yang menarik..... |
|
|
|
|
|
|
|
itu lah MELAYU.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab itulah tajuknya 'Antara Mitos dan Realiti' .....
Tapi pada hakikatnya itulah aset bangs ...
cmf_WonBin Post at 14-10-2011 19:17
pastu ada yg dok meratib cina takmo jadi askar & polis....... |
|
|
|
|
|
|
|
syabas Lt Kol (B) Manaf ........semoga ALLAH sentiasa melindungi Tuan...... |
|
|
|
|
|
|
|
Tun M, dia sayang islam dari hati bukan macam sejenis kumpulan yg islam dari penampilan dan sayang islam pada mulut sahaja.
hmmm lagi satu, kenapa TT semakin kerap posting petikan dari blog
http://www.militaryofmalaysia.net/
|
|
|
|
|
|
|
|
Oi Won Bin, bagi lah kredit kat empunya blog. Ini langgar etika ahhh, sedap2 kau curi cerita dia, wat cam harta sendiri.
To other forummers, boleh baca direct dari blog sebenar:http://militaryofmalaysia.net/
Penulis : ShahPaskal |
|
|
|
|
|
|
|
laaaa TT ni, semua benda ko cilok kat situ ker..patutla aku rasa cam familiar je citer2 ko ni. Tak baik taw! at least bg ar kedit kat tuan punya blog tu...apa daaa |
|
|
|
|
|
|
|
Tun M, dia sayang islam dari hati bukan macam sejenis kumpulan yg islam dari penampilan dan sayang i ...
masa_lalu Post at 16-10-2011 12:02
sekular tetap sekular...nothing can change that... |
|
|
|
|
|
|
|
sekular tetap sekular...nothing can change that...
cmf_BeachBoys Post at 16-10-2011 17:56
sekular lagi baik dari jual agama untuk kuasa |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita camni orang taknak jaja pulak...tapi cerita kunun Tun 'tukar darah' dengan ada 'tokong' kat Sri perdana percaya pulak..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|