CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10718|Reply: 31

Hooliganisme Bola Sepak

[Copy link]
Post time 25-11-2011 12:09 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by winamp05 at 27-11-2011 21:56

Aku rasa ramai yang familiar dengan terma Hooliganisme ni, tapi aku juga percaya ianya adalah sesuatu yang baru bagi sesetengah mengkome. Saja je aku bukak thread ni sebab kebetulan aku pergi Big Bad Wolf Book Sale semalam and terbeli sebiji buku tentang Football hooliganisme.

Amende tu Football hooliganisme?
Football hooliganisme ni lebih kurang macam ketaksuban gila babas dalam memberi sokongan kepada football team masing-masing. Walaupun bola sepak ni adalah sukan yang diminati seluruh dunia, football hooliganisme ni dipercayai berasal dari UK. Ketaksuban mereka bukan sekadar memenuhi stadium bola waktu game, tapi juga melibatkan kerosakan harta benda dan pergaduhan.

Pergaduhan diantara penyokong-penyokong ni pula bukan berlaku secara rawak tetapi kadang-kadang memang dah di setkan dan selalunya didalangi oleh organisasi-organisasi penyokong yang dipanggil Firms.

Football Firms?
Amende football firms ni? Basically firms ni adalah organisasi atau pun kumpulan penyokong football team tersebut. Dia macam gangster tapi bukan gangster, sebab depa tak terlibat dengan drug trades ka senjata api ka apa.. hanya bola sepak. lebih kurang macam fanclub la tapi tahap extreme punya fanclub. Ini bukan jenis fanclub yang anda bayar yuran ahli dan dapat baju serta rantai kunci free. Ini fanclub, hidup mati dengan football club diorang. Literally.

Aktiviti diorang adalah berkumpul dekat bar sebelum game, minum dulu rilek-rilek sambil chant, berarak ke stadium sambil chant pastu kalau ada peluang, gaduh ngan rival firms and balik rumah sambil chant. Setiap team dalam EPL tu ada firm dia sendiri. Macam Chelsea, firm dia nama The HeadHunters, kalau Man U - The Red Army namun yang paling femes adalah firm West Ham yang bernama Inter City Firm (ICF).

Walaupun club tu paling top dekat dalam liga, itu tak bermakna dia punya firm la yang paling hebat. It doesnt work that way. Kadang-kadang ada yang club hebat tapi firm hancus, atau club hancus tapi firm hebat.

Hooliganism international?
Budaya hooligan firms ni bukan hanya ada kat UK tapi melarat ke seluruh dunia. Kalau kat UK depa guna perkataan firms atau hooligans, dekat Brazil/Latin America dia panggil Barra Brava, dekat Itali dia panggil Ultras. Yang Ultras Malaya tu ambil dari perkataan ni la.. So Ultras Malaya tu lebih kurang macam Malaysian Hooligans la maksud dia.

Rujukan:
Kalau nak tahu lebih lanjut pasal football firms ni, korang boleh layan dulu beberapa Movie yang aku list ni:

1- Green Street (ini yang terbaik sebab dia kasi info sket apa bendanya firm ni).
2- Football Factory (personal fave aku).
3- The Firm.

lepas habis tengok movie movie yang dah ditorrent tu, korang boleh layan dokumentari kat youtube.

1- The real football factory
2- The real football factory - International.

Dekat Malaysia aku tatau ada firm ke tak, tapi kalau hooliganism tu boleh tengok pada penyokong kelantan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2011 02:27 PM | Show all posts

geng2 yg cat muker lmbng plus asesesori pelik dari team deaorng.mereka neh bleh jugak kte pnggl hooligans kn kn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2011 03:39 PM | Show all posts
Dalam sejarah hooliganisme, pergaduhan membabitkan firma-firma bola sepak tidak pernahlah sampai kepada kehilangan nyawa.

Namun pada tahun 2000, ketika Leeds (kelab england) lawan Galatasaray (kelab Turki) untuk semi final UEFA cup yang diadakan di Istanbul, 2 penyokong Leeds terbunuh didalam pergaduhan tersebut.

Rata-rata didalam dunia hooligan, insiden ini telah memberikan peminat-peminat bola sepak Turki dengan reputasi penyokong yang paling violent.

Walaupun pergaduhan-pergaduhan ini seringkali melibatkan fistfights tetapi berlainan pula dengan keadaan di Brazil. Penyokong-penyokong yang travel ke stadium lawan dengan bas terpaksa berhati-hati melalui kawasan-kawasan tertentu.

Di Brazil, barra bravas/hooligans disana bukan sekadar menggunakan tumbukan dan sepakan tetapi juga AK47. Talk about being true to your colorslah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2011 03:59 PM | Show all posts


CHELSEA HEADHUNTERS



MILLWALL BUSHWACKERS



Manchster City The Guvnors



WEST HAM INTER CITY



MAN U THE RED ARMY




KELANTAN THE RED HEADS
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 06:11 PM | Show all posts
nice infooo
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2011 01:55 AM | Show all posts
nice info bro...hooligan ni sbnarny mang gle top kt uk..kegilaan y mnjdi stu kmstian utk dorg kt sne...dorg bergerak secara kumpulan (firm).antara yang paling rival sekali kt sane ialah antara Inter City Firm(West Ham Utd) vs F-troop(Millwall FC). pantang bertemu mesti ada pergaduhan. Kt Malaysia ni msh baru lgi ngn budaya ultras. Ultras mang berbeza ngn Hooligan. Most of ultras claim yang dorg x support violence, berbeza pulak dengan hooligan y da memang2 support violence demi maruah. sejujurnya aku x suke ngn budaya ultras kt malaysia y mahukan fame, mengejar populariti dan mencari publisiti..mana ad dalam sejarah football hooligan dpt msuk rncangan tv, bg hadiah kt pembaca berita, ad temubual exclusive, lagu dapat masuk radio. hooligan ya di uk lbh mnitik beratkan brotherhood antara satu sama lain. Cheers

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2011 12:39 PM | Show all posts
nice info bro...hooligan ni sbnarny mang gle top kt uk..kegilaan y mnjdi stu kmstian utk dorg kt sne ...
xokix Post at 26-11-2011 01:55



   betul tu, aku pon boring ngan ultras kat malaysia ni, org nk tgk bola die sibuk nak menyanyi, aku lagi suke pasukan gendang yg jadi pemberi semangat pemain dari ultras
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2011 12:40 PM | Show all posts
Reply 4# benign


   ade jgk red warrior tu, hahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2011 07:10 PM | Show all posts
zaman 70an dan zaman 80an zaman hoolingan berleluasa....... kalau bergaduh siap tikam dengan pisau terutama dekat Liverpool....
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2011 07:11 PM | Show all posts
betul tu, aku pon boring ngan ultras kat malaysia ni, org nk tgk bola die sibuk nak menyany ...
Alf_Ramsey Post at 26-11-2011 12:39



Zaman sekarang nih... Pasukan Gendang tak berapa bagi impak sokongan..... terutama dengan wujudnya vuvuzela nih.... hanya ULTRAS yang boleh bagi semangat dekat Pasukan Bola....
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2011 11:23 PM | Show all posts
Reply 4# benign


   tp red warrior x bakar bendera sndiri mcm fan selangor, mcm fan N9..xmasuk pdg mcm fan kedah..even though aku aku org johor, aku ttp mengatakan ko biased.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2011 11:41 PM | Show all posts
ketaksuban  mmg menyedihkan
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2011 07:05 AM | Show all posts
ni lagi dasyat dari ultras la eh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2011 11:07 PM | Show all posts
Reply  benign


   tp red warrior x bakar bendera sndiri mcm fan selangor, mcm fan N9..xmasuk pd ...
daydee Post at 26-11-2011 23:23


Ini bukan pasal bias tak bias bro... Kelantan kalau kalah macam mana pun stadium tetap penuh. Sanggup terbang sampai ke West Malaysia untuk sokong team. Menang kalah Kelantan tetap dihati (I believe penyokong-penyokong team lain pun sama, cuma tak seekstrem Kelantanese Hooligans) and being a Kelantanese myself, im quite proud of that. Level of violence je aku kureng berkenan sikit although skang ni dah mula kurang dan menurun.

Hooliganisme ni bukanlah tentang performance of the club or team. Depa turun because its THEIR team. Team duduk tangga tercorot pun masih penuh stadium. Cuma dari pembacaan aku, kata kuncinya adalah FUN. Its fun when you boleh turun ramai-ramai sokong YOUR team and have a good time with your friends.. Macam gaduh jugak la, lagi best gaduh ramai ramai daripada one on one.

Bagi aku, bakar bendera tu lebih kepada emosi sebab team kalah. Biasalah tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2011 11:11 PM | Show all posts
nice info bro...hooligan ni sbnarny mang gle top kt uk..kegilaan y mnjdi stu kmstian utk dorg kt sne ...
xokix Post at 26-11-2011 01:55


Aku setuju bab Ultras luar yang sanggup buat apa sahaja demi maruah. Macam dekat Itali dan Argentina, team kalah takpe asal gaduh antara firms boleh menang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2011 11:22 PM | Show all posts
ni lagi dasyat dari ultras la eh
dzul90 Post at 27-11-2011 07:05


Budaya Ultras kat Malaysia ni masih baru. Even terma Ultras tu pun baru diperkenalkan tahun ni. Even itupun hanya merujuk kepada satu definisi iaitu penyokong Team Malaysia yang hardcore. Sesapa sahaja boleh claim diorang Ultras Malaya. Masih belum ada lagi dinegara ni setiap team team liga super malaysia mempunyai firm-firm ultras sendiri.

Tapi secara peribadi i think, Ultras Malaya ni is doing a great job mengumpul sokongan rakyat Malaysia terhadap team Harimau kita. Orang-orang Malaysia ni macam lah tak biasa, kalau tak benda tu final untuk sesuatu tournament atau satu perlawanan penting atau we were on a winning streak, takde nye semua nak turun Stadium beri sokongan.

Peminat-peminat local team yang hooligan rasanya memang dah lama ada, cuma diorang tak organised dalam satu kumpulan. Budaya firm ni adalah bila fan fan yang extreme gila babas ni berorganisasi. Struktur organisasi dia takdelah kompleks bagai. Cuma ada a leader, a right hand man and thats it.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2011 03:06 PM | Show all posts
Ultras malaysia unik sebab Ultras Negeri boleh bersatu dalam Ultras Malaya... tak macam negeri seberang....
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2011 03:47 PM | Show all posts
hooligan2 mcm ni mmg tak bagus. itu saja.

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2011 09:57 AM | Show all posts
kalau pandang sudut positif menyokong kelab2 masing itu OK.... tapi kalau dok berbunuhan, serang-menyerang ke itu TAK OK....
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2011 10:47 AM | Show all posts
Football Factory tu pasal fan West Ham kalau xsilap..dolu-dolu penah tgk sekali
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 1.189917 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list