Post Last Edit by samiramieya at 8-2-2012 21:54
Part 1 Anggun Dahlia Saffiya termenung mengenangkan masa depan yang redup dan samar-samar.Kata-kata uminya masih terngiang-ngiang difikirannya.Muka kerut umi yang setengah abad menjelma dihadapan dan airmatanya mengalir mencurah-curah dipipi.Permintaan umi kali ini tidak dapat menyenangkan hati.Hatinya remuk dan pedih apabila mendengar permintaan umi yang tidak masuk akal.Patutkah dia menerima cadangan itu sedangkan orangnya pun dia tidak pernah bertemu.Adakah perkahwinannya akan kekal tanpa cinta. “Umi nak Anggun terima pinangan daripada Uncle Jazman dan Auntie Aisha ! mereka mengharapkan Anggun menjadi menantu mereka.Umur Anggun dah meningkat dan nak tunggu apa lagi?”kedengaran tegas kata-kata Umi. “Tapi umi , Anggun tak kenal dia dan kami tak pernah berjumpa pun!”Sebak hatinya apabila umi memaksa dalam soal masa depan.Airmatanya mengalir tanpa henti namun umi tidak mengendahkannya .Hatinya hiba mengenangkan orang yang paling dia sayang tidakmenghiraukan sedikit perasaannya. “Lepas kahwin nanti Anggun akan kenal dengan dia lebih rapat dan dapat mengenal hati budi masing-masing.Umi dengan babah dulu pun macam tu juga dan sampai sekarang kami bahagian.Dah 30 tahun usia perkahwinan kami.Ada Anggun tengok kami tak bahagia?” Tegas kedengaran suara Makcik Ummu. “Itu dulu umi dan masa sekarang dah lain.Kalau kahwin tanpa cinta takkan bahagia.Anggun taknak kawin ngan dia dan umi tolong cakap kat Auntie Aisya suruh dia cari orang lain yang lebih sedarjat dengan mereka dan menantu yang lebih baik dari Anggun !” Dia memohon sedikit simpati daripada umi namun umi tetap keras dengan kata-katanya. “Anggun Dahlia Saffiya …. Ummi tak boleh buat macam tu kerana Auntie Aisya terlalu baik dan umi tak boleh lukakan hatinya sedangkan dia terlalu mengharap Anggun akan jadi menantu mereka.Dia terlalu sayangkan Anggun.” Tegas umi.Dia tahu kalau umi memanggil nama penuh pasti umi sedang marah terhadapnya. “Hati Auntie Aisha , umi jaga tapi umi tak pernah nak jaga hati anak umi kan?” Airmatanya mengalir dengan deras sekali. “Bukan macam tu Anggun ! sebab umi sayangkan Anggunlah ,umi terima pinangan Uncle Jazman kerana umi tahu yang Anggun akan bahagia.Umi tahu yang Auntie Aisya akan menjadi mentua yang baik kepada anak umi.Umur Anggun dah meningkat dan umi nak anak umi akan mendapat lelaki yang boleh membahagiakannya dan keluarga mentua yang sayang akannya.” Suara umi sedikit tegas. Anggun hanya mendiamkan diri dan diatahu dia tidak akan menang kalau bertekak dengan umi. Susah hendak melawan kata-kata umi kerana apa saja yang umi katakan semua orang pasti menurut. A kata umi A juga kata orang lain dan tidak ada sesiapa yang boleh membantah cakapnya. Kadang-kadang terasa ingin membantah sahaja cakap umi tetapi dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh Uncle Jazman dan keluarga membuat dirinya serba-salah. Umi terlalu tegas dalam bab-bab mencari pasangan hidup. Keluarganya terhutang budi terhadap Uncle Jazman sekeluarga. Uncle Jazman terlalu banyak menolong mereka semua sampaikan sanggup mengeluarkan modal membeli bot untuk babah ke laut.Tapi kenapadia yang terpaksa membalas semua kebaikan yang diberi dengan mengahwini orang yang dia tidak pernah dikenali ataupun sekali jatuh cinta. Semua ini benar-benar tidak adil terhadap dirinya.Kenapa umi tidak menyuruh Eira Damia, adiknya itu yang mengahwini anak Uncle Jazman sahaja. Walaupun dia tahu yang Eira sudah berpunya dan kenapa Auntie Aisya sukakan dia ? ramai lagi perempuan dikota sana yang boleh dijadikan menantu.Sedangkan dia hanya pompuan kampong yang lulusan SPM sahaja,jika dibandingkan dengan anak lelakinya yang berlulusan luar Negara.Tidakkah dia merasa malu mempunyai menantu yang tidak memiliki apa-apa ijazah mahupun sijil2 dari IPTA atau IPTS ?Auni berfikir sejenak. “Hanya padaMu hambaMu berserah dan bertawakal.AS-SAMI’Maha Mendengar.”Hati kecil Anggunberdoa. |