CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13596|Reply: 106

Khairul Fahmi Elak Jadi Artis Walaupun Dapat Tawaran Berlakon

[Copy link]
Post time 17-4-2012 12:54 AM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) berjanji pada dirinya sendiri untuk tidak mahu menyertai bidang hiburan sama ada sebagai pelakon mahupun pengacara walaupun pelbagai tawaran diterimanya.

Apek,23, berkata, dia tidak berminat untuk mendalami bidang tersebut namun tidak kisah seandainya diberi tawaran untuk menjadi model iklan.



"Saya bukannya artis dan tidak mahu jadi artis tetapi cukuplah sebagai seorang selebriti yang dikenali dalam bidang sukan.

"Lagipun ia bukanlah satu bidang yang saya minati melainkan jika saya diminta menjadi model iklan dan terlibat dengan aktiviti peragaan yang mana kerjanya hanya mengambil masa yang tidak terlalu lama," katanya sambil memberitahu pernah ditawarkan berlakon filem.

Tambah anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini dia tidak mahu gara-gara sibuk dengan kerja-kerja seni, fokusnya terhadap kerjaya sukan pula akan tersasar.



Dalam pada itu, ditanya adakah keengganannya menyertai bidang seni hiburan itu disebabkan dia risau muncul pula pelbagai kontroversi lain seperti yang dilaluinya sebelum ini, Khairul Fahmi mengakui tentang hal itu.

"Saya tak mahu hal peribadi menjadi perhatian yang lebih berbanding kerjaya. Oleh itu biarlah fokus saya terhadap sukan sahaja.

"Dan selebihnya, cara untuk mengelakkan kontroversi ialah saya lebih suka duduk di rumah jika ada masa terluang," ujarnya yang sedang menjalani latihan bagi menghadapi perlawanan Liga Super.

Kontroversi Apek mula tercetus selepas beliau yang juga penjaga gol terbaik Asia itu putus tunang dengan seorang penulis blog, Aimie Harmelia, apabila dikatakan cintanya sudah beralih kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Dahlia Teck.

Tidak lama kemudian, muncul pula satu lagi khabar angin mengatakan Apek mempunyai cinta baru dengan seorang pemilik butik bernama Nur Eilunie Natasha Nazri (Leuniey). Namun wanita itu tampil menafikan ada hubungannya dengan Apek.

Terbaru, Apek dan Leuniey muncul menjadi model bagi iklan produk SimplySiti iaitu Eau De Parfum (EDP) yang baru sahaja dilancarkan.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2012 12:57 AM | Show all posts
amboiiiiii priki..pnyakit dh dtang blek ke

ape2pon +1
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2012 12:58 AM | Show all posts

amboiiiiii priki..pnyakit dh dtang blek ke

ape2pon +1
CauPandin Post at 17-4-2012 00:57

penyakit kurang kasih sayang katanya..

   



Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 01:01 AM | Show all posts
penyakit kurang kasih sayang katanya..
freekey Post at 17-4-2012 00:58


bukan uols pagi2 ni menyondol ke..motippp gigih nak bkak thread nan hado??
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 01:55 AM | Show all posts
kurang kasih sayang ker baru kawin
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 05:02 AM | Show all posts
Post Last Edit by mirwaisahmadzai at 17-4-2012 05:04

luniey muka mcm senduk penyek. muka dan badan mcm pompuan umo 30 an yg hamil.
low taste betol apek ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2012 07:09 AM | Show all posts
luniey muka mcm senduk penyek. muka dan badan mcm pompuan umo 30 an yg hamil.
low taste betol apek  ...
mirwaisahmadzai Post at 17-4-2012 05:02



gigih sungguh kamu mengutuk umat yg Allah jadikan disubuh hari..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 07:19 AM | Show all posts
luniey muka mcm senduk penyek. muka dan badan mcm pompuan umo 30 an yg hamil.
low taste betol apek  ...
mirwaisahmadzai Post at 17-4-2012 05:02


mujur uols dah mengata awal... kalo tak, iols dah kuarkan skrip yang sama noqs ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2012 07:34 AM | Show all posts

Khairul Fahmi Elak Jadi Artis Walaupun Dapat Tawaran Berlakon

Bgs fokus pd bola drpd jd artis.


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 07:35 AM | Show all posts
makin laku dia nih
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 07:37 AM | Show all posts
baguslaa...dah ramai sgt retis kat mesia nih...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 07:55 AM | Show all posts
takpe la Apek...ko maen je bola dulu... dah pencen nanti ..kot2 boleh jadi JURI mana2 program realiti
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 08:33 AM | Show all posts
heols berlakon iklan simplysiti pun kene kutuk busuk ape lagi nak berlakon filem
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 08:36 AM | Show all posts
elok la... kang jadi pelakon, berlakon cam kayu pun kene kutuk kaw2 punye... baik ko pk masa depan ko kat bidang sukan... rmi da pelakon kat mesia ni... x yah la nak tambah lg .. bg kat yang btol2 layak je... erkkk
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 08:39 AM | Show all posts
ha'ah tak payah la jadi artis...
nanti m'sia takde penjaga gol pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 08:40 AM | Show all posts
dlm xde pape....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2012 08:49 AM | Show all posts
ha'ah tak payah la jadi artis...
nanti m'sia takde penjaga gol pulak...
ladygempak Post at 17-4-2012 08:39



    malaysia ramai je penjaga gol yg bagus2 tp yg ade rupa apek sorg je
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 08:50 AM | Show all posts
mcm org tak mandi je rupa si apek ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 08:50 AM | Show all posts
sudah2 lah apex..........................jgn bolos lagi.........................
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 09:20 AM | Show all posts
tangkap bola je la pami...jangan la ko membusukkan industri pilem ..busuk ok ko elok busuk kat padang jah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.481301 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list