CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 39973|Reply: 38

Batu Karang Hempedu

[Copy link]
Post time 28-2-2013 11:22 AM | Show all posts |Read mode


Hati menghasilkan hempedu - sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia lain.Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu sehingga ia diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil anda. Apabila makan, pundi hempedu anda akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa.Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) di mana ia akan mula memecahkan lemak dalam makanan anda.Bagaimanapun, menurut Dr. Abd. Hamid Mat Sain, jika hempedu anda tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk menjadi partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang."Proses ini akan mengambil masa selama beberapa tahun. Saiz batu karang hempedu ini adalah sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf yang licin serta bulat atau tidak tentu bentuknya dengan permukaan yang kasar."Anda mungkin mempunyai seketul atau beratus-ratus ketul batu karang hempedu di dalam tubuh anda," kata Pakar Runding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan itu.Seperti kebanyakan orang yang pernah menghidap penyakit batu karang hempedu, anda juga boleh mengalaminya tanpa sedar kerana ia boleh hadir tanpa sebarang simptom atau memerlukan rawatan perubatan.

Jika anda seorang wanita yang berusia dan mempunyai tubuh yang agak berisi, risiko untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu ini agak tinggi.


Simptom-simptom


  • Rasa senak yang kronik yang ditandai dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen.
  • Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertukar menjadi kesakitan yang teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas abdomen, kata Dr. Abd. Hamid.

    "Ini mungkin menandakan serangan penyakit batu karang hempedu akan berlaku. Rasa sakit itu mungkin berlaku selama satu hingga dua jam selepas makan tetapi ia juga boleh terjadi pada waktu malam.

    Selalunya, rasa sakit itu memakan masa dari 15 hingga 30 minit ke beberapa jam. Sakit batu karang hempedu bermula di bahagian tengah dan kanan atas abdomen dan pada waktu-waktu tertentu, akan menular ke belakang atau bahu kanan," jelasnya.

    Selepas rasa sakit berkurangan, seseorang mungkin mengalami rasa sakit yang sederhana atau kesakitan di bahagian atas abdomen selama satu hari atau lebih. Serangan batu karang hempedu tidak menentu. Ia boleh mengambil masa selama berminggu-minggu, berbulan bulan atau bertahun-tahun lamanya.
  • Loya dan muntah. Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan atau mengalami demam panas.

    Apabila ini berlaku, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Tambah Dr. Abd. Hamid, ada ketikanya, batu karang hempedu terlepas dari pundi hempedu dan masuk melalui duktus dari hati dan pundi hempedu ke usus kecil (duktus hempedu biasa). Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala ke pankreas.

    "Terdapat beberapa kes di mana ketulan batu karang mungkin tersumbat dan menyekat duktus, mengakibatkan komplikasi yang dikenali sebagai pankreatitis. Besar kemungkinan anda akan mengalami kesakitan dan demam disebabkan pembengkakan di kawasan tersebut. Jika tidak dirawat segera, ia boleh mengancam nyawa," katanya.

    Beberapa tanda dan simptom duktus hempedu yang tersumbat termasuklah kulit yang kekuningan dan kawasan mata menjadi putih (jaundis), air kencing berwarna gelap, demam panas dan sejuk.

    "Jika anda mengalami satu atau lebih simptom halangan duktus hempedu - sakit di bahagian abdomen, warna kekuningan di kulit dan warna putih di mata (jaundis), air kencing yang gelap, dan demam panas dan sejuk - sila dapatkan penjagaan kecemasan.

    "Perlu juga diingatkan bahawa ada waktunya, anda akan mengalami jaundis dan perubahan pada warna air kencing dan najis tanpa kesakitan atau senak yang teruk. Ia mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum anda perasan perubahan warna itu," terang Dr. Abd. Hamid.

Faktor-faktor Risiko

Batu karang hempedu merupakan suatu penyakit yang diwarisi secara turun-temurun dan tidak dapat dihalang pembentukannya. Faktor-faktor lain mungkin meningkatkan risiko penyakit ini seperti:
  • Wanita di antara umur 20 dan 60 tahun lebih berisiko untuk menghadapinya dua kali ganda lebih daripada lelaki.
  • Sewaktu indeks jisim tubuh (BMI) meningkat, risiko anda untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu juga meningkat.
  • Diet yang berkalori rendah dan menghilangkan berat badan dengan cepat akan mengganggu sistem kimia, menyebabkan pundi hempedu anda kurang mengecut sekali gus meningkatkan risiko anda menghidapi penyakit batu karang hempedu.
  • Kebarangkalian anda menghidapi penyakit batu karang hempedu turut meningkat seiring usia anda.

Jenis-jenis batu karang hempedu

  • Batu karang hempedu berkolesterol. Batu-batu karang hempedu yang berwarna kuning mengandungi kolesterol yang tidak terlarut, walaupun ia mungkin mengandungi komponen-komponen lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa-sisa sel darah merah yang lemah). Sebanyak 80 peratus batu karang hempedu adalah batu kolesterol.
  • Batu karang hempedu berpigmen. Batu-batu kecil berwarna coklat gelap atau hitam terbentuk apabila terdapat terlalu banyak bilirubin. Ia boleh dihidapi oleh mereka yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliari dan anaemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan.
  • Batu karang hempedu duktus primer. Batu-batu ini akan terlepas ke dalam duktus nanah anda dan membentuk duktus itu sendiri. Walau bagaimanapun, batu karang jenis ini agak jarang berlaku.

Diagnosis

Dr. Abd. Hamid memberitahu, kebanyakan batu karang hempedu lebih-lebih lagi yang tidak menunjukkan tanda-tanda atau simptom-simptom, dikesan sewaktu ujian dijalankan - termasuk ujian ultrasound atau imbasan tomografi berkomputer - yang dilakukan atas sebab-sebab lain.

"Jika anda mempunyai tanda-tanda atau simptom-simptom penyakit batu karang hempedu, doktor anda akan mengesyaki anda mempunyai penyakit tersebut berdasarkan latar belakang perubatan keluarga anda dan pemeriksaan fizikal.

"Sewaktu pemeriksaan tersebut, doktor anda akan memeriksa jaundis di kulit atau keputihan di mata anda dan abdomen anda akan diperiksa secara palpasi untuk melihat sama ada ia akan terasa sakit apabila disentuh."

Jika doktor anda mengesyaki anda menghidapi penyakit batu karang hempedu, anda mungkin terpaksa melakukan ujian darah untuk memeriksa tanda-tanda jangkitan, tahap enzim pankreatik atau hati yang tidak normal, atau bilirubin yang berlebihan.

Rawatan

Doktor-doktor sering kali menemui 'batu-batu senyap' ini sewaktu pemeriksaan kesihatan yang rutin untuk mengesan penyakit lain dan selalunya, pesakit disarankan untuk 'tunggu dan lihat' daripada merawat.

Walau bagaimanapun, jika batu karang hempedu anda menunjukkan simptom-simptom, terdapat rawatan pembedahan dan bukan pembedahan yang boleh dilakukan.

Pembedahan

  • Pembedahan laparoskopik kolesistektomi. Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan menggunakan laparoskop – sejenis tiub senipis pensel dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil.

    Hanya beberapa insisi kecil akan dilakukan. Anda kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari.
  • Pembedahan terbuka. Pundi hempedu akan dikeluarkan melalui insisi besar di abdomen. Selepas surgeri dilakukan, hati anda akan terus menghasilkan hempedu yang secukupnya untuk mencernakan diet yang normal.

Bukan pembedahan

Batu-batu karang akan terbentuk berulang kali apabila rawatan bukan surgikal dilakukan. Walau bagaimanapun, apabila surgeri bukanlah pilihan utama si pesakit, doktor anda akan mencadangkan salah satu daripada pilihan berikut:
  • Pil garam hempedu. Doktor akan menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall), yang akan melarutkan batu-batu kolestrol dalam beberapa waktu yang ditetapkan. Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu-batu karang yang kecil.
  • Terapi gelombang bunyi (litotripsi gelombang kejutan extracorporeal). Rawatan ini menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk memecahkan batu-batu karang. Batu-batu karang akan terbentuk kembali melainkan jika anda mengambil ursodial secara berterusan.

[size=85%]Oleh: Shafinaz Sheikh Maznan, Utusan Malaysia
Dr. Abd. Hamid Mat Sain
Pakar Runding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2013 11:26 AM | Show all posts
DULU SAYA SAKIT BATU KARANG HEMPEDU NI..MAYBE SKARANG BATU TU ADA LAGI TAPI DAH TAK SAKIT DAH SEBAB SAYA MAKAN SHAKLEE..YEAY...BEST SGT...DAH BOLE MAKAN DAGING
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 09:02 PM | Show all posts
sape ade pengalaman sakit ni, blh share x cmne rs sakit tu?  sbb sy pon disyaki ade pyakit ni.. tp doc ckp kemungkinan gastrik jgk, aduh konpius la.. sy selalu sakit perut (area dada), sakit tu datang kejap2.. rasa senak & mual.. pls anyone share pls
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
stoking posted on 9-10-2013 09:02 PM
sape ade pengalaman sakit ni, blh share x cmne rs sakit tu?  sbb sy pon disyaki ade pyakit ni.. tp d ...

Biasanya sakit tu belah kanan badan..memang akan rasa mual...kalau nak kepastian boleh mkntak doktor scan
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 09:48 AM | Show all posts
kzamam replied at 30-8-2013 11:26 AM
DULU SAYA SAKIT BATU KARANG HEMPEDU NI..MAYBE SKARANG BATU TU ADA LAGI TAPI DAH TAK SAKIT DAH SEBAB  ...

kzaman, awak mkn shaklee yg mana?
kwn sy kena sakit ni n dia nak cuba supplemen, takut nak bedah katanya
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 04:03 PM | Show all posts
Lily_Savage replied at 11-11-2015 09:48 AM
kzaman, awak mkn shaklee yg mana?
kwn sy kena sakit ni n dia nak cuba supplemen, takut nak bedah  ...

saya makan banyak tapi x consistent...
alhamdulillah sekarang dah lama tak kena serang dgn izin Allah

nati saya pm ye

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2016 03:32 PM | Show all posts
up balik topic ni...

ada sesape ada xperience cara nak ubat selain bedah?!
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2016 06:08 AM | Show all posts
ladyflower replied at 7-9-2016 03:32 PM
up balik topic ni...

ada sesape ada xperience cara nak ubat selain bedah?!

Jika masalah dari gallstones ni hanya mild dan jarang, maka biasanya kita follow up je dan tak buat apa apa; jika sakit hanya bila makan makanan penuh lemak (lemak causes gallbladder to contract), maka kami suruh pt avoid fatty food je. Gallstones are very common; kita mungkin ada tapi takde symptoms je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2016 05:05 PM | Show all posts
ladyflower replied at 7-9-2016 03:32 PM
up balik topic ni...

ada sesape ada xperience cara nak ubat selain bedah?!

Kawan Aku kena penyakit ni.mmg kesian asik2 meraung berguling je sakit perut g hospital doc bantai gastrik dan perut angin,
Minggu lalu g pantai,doc cakap gallbladder stone,ada lah dalam 4 ke 5 biji lepas doc buang tu.ada tgk masa tu.

Kawan aku akhiri dengan operation.sebab memang tak tahan,makan lah ubat itu ini orang rekemen.tak berkesan pun.dan nasihat aku tak payah lah percaya kalau orang cakap ada orang pakar buang batu karang ke batu hempedu ke.jgn buang masa risiko kan diri percaya orang gini.coz wat? Kawan lelaki aku kena batu karang dulu,punya takut nak operate,pergi tempat terkenal konon2 bedah batin kat Melaka tu ha yg famous.siap bawak dalam bekas tunjuk orang tu konon keluarkan batu karang,Ntah batu apa gaknya dia kutip.seminggu lepastu sakit meraung2 sampai kena drive bawak dia pergi hospital,lupanya ada je pun batu karang tu kat situ.dah 3,4 tahun lalu dah sihat walafiat.kalau tak dulu asik mengadu sakit je.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
..good..hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
..good..hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
..good..hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
..good..hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
..good..hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
..good..hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
..good..hehe...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2016 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
..good..hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
..good..hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
..good..hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
..good..hehe...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.080840 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list