Bismillahirahmanirrahim.. Assalammualaikum..
Nak minta pendapat pasal kejadian yang berlaku baru-baru ni kat kampong. Selama ni dok jadi SR, tetiba bukak thread plak. Hehe.
Masa mengundi ritu, kat kampong mak ada la jemput sorang akak ni mengurut kakak saya sebab katanya rahim kakak saya jatuh, so nak naikkan balik la. Kebetulan saya baru sampai rumah masa diorang nak start mengurut tu..
Dipendekkan cerita.. Tukang urut (TU) tu dok story la kisah dia dah mengubat ramai orang semua..
1. Dapat ilmu dari dalam mimpi. Ada orang dalam mimpi tu bagi ayat untuk diamalkan, dan kemudian terus dia pandai mengurut& mengubat.
2. TU guna ayat Bismillah 6 & ayatul Kursi masa mengurut dan merawat.
3. Menilik menggunakan air & limau. So dia nampakla ada masalah here and there, and claim kakak saya kena santau angin sebab tetiba TU terbatuk and gatal tekak.
4. TU claim kakak saya ada benda hinggap(langsuir). Dia dapat rasa dengan pegang tangan kakak saya.
5. Bila TU baca Bismillah 6 & ayatul Kursi,kakak saya sebak and nak menangis sangat. Rasa sayu..
6. Mak saya ada suruh TU tengokkan saya kot2 ada benda menumpang. Tapi TU refused untuk pegang/sentuh tangan saya langsung. Dia tengok saya pastu kata “Jangan risau, ada penjaga yang baik menjaga saya”.. Tapi dia betul2 taknak langsung sentuh saya, and muka macam tak selesa, muka risau. Tahla taktau nak describe.
7. Jari TU penuh cincin, berbatu besar2.. macam cincin orang laki..
Persoalan saya.. 1. Ilmu dalam mimpi tu kalau tak silap dari Jin kan?
2. Ayat Bismillah 6 tu saya tau kewujudannya, tapi maaflah agak jahil dalam ilmu agama, ayat tu betul ke? I mean bukan ayat yang sesat ke? Sebab cara TU seolah2 mengatakan ayat Bismillah 6 ni sangat power mampu mengubat apa saja penyakit.
3. Menilik guna air pun tanda2 guna bantuan jin kan?Sebab TU ni dia teka semua benda tepat. And siap cakap yang akan ada masalah here and there pasal kerja la apa laa..
4. Dia bagitau ciri-ciri orang yang santaukan kakak saya. Ada laa rasanya menepati seseorang yang kami kenal.
5. Kenapa kakak saya boleh sayu & nak nangisp ula bila dengar Bismillah 6 tu?
6. Kenapa TU takot nak pegang saya? Saya ada penjaga? Taktau la pula, xde plak tanda-tanda dijagai..haha, camna nak tau? Camna nak buang kalau betul? Dah tentu xde apa kebaikan pun ada penjaga ni.. (kalau betul ada la)
7. Cincin berbatu tu macam ada khadam kan? Macam pernah baca..
Sorry panjang lebar.. Just nak kepastian sebab tak sedap hati dengan TU ni. Kot-kot la sesapa boleh tolong explain sikit sebanyak persoalan saya tu.. hehe..
Terima kasih daun keladi... Last edited by SambalBelimbing on 10-5-2013 01:33 PM
|