View: 5154|Reply: 39
|
[Tempatan]
{11} Menteri pelancongan risau jenayah tembak jejas sektor pelancongan !
[Copy link]
|
|
2013/08/03 - 16:39:17 PM
KUALA KANGSAR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini meluahkan kebimbangan kejadian jenayah tembak yang berleluasa kebelakangan ini akan menjejaskan kehadiran pelancong.
Katanya, walaupun setakat Jun lepas kedatangan pelancong meningkat sembilan peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, penyebaran berita mengenai kes jenayah tembak mampu memberi kesan langsung kepada ketibaan pelawat ke negara ini.
Bagi memastikan perkara ini tidak berlaku, kementerian akan terus memainkan peranan secara agresif dalam mempromosikan dan meyakinkan pelancong bahawa keadaan adalah terkawal, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Ihsan Ramadan dan Aidilfitri bagi kawasan Parlimen Padang Rengas, di sini hari ini.
Menurut Mohamed Nazri yang juga Anggota Parlimen Padang Rengas, ketibaan pelancong sedikit terjejas ketika negara ini dilanda jerebu baru-baru ini.
Sementara itu, mengulas tajuk berita akhbar Singapura, The New Paper 'Welcome to Malaysia where... Death is Cheap and Staying Alive Costly,' Mohamed Nazri menganggap tajuk berita itu suatu yang adil.
"Ini bukan suatu yang memburukkan kita, kerana Singapura juga pakejkan pelancong mereka dengan selatan Johor seperti Legoland dan Hello Kitty. Kalau mereka kata jangan datang ke Johor, pelancong pun tidak akan pergi ke Singapura.
"Kalau mereka sengaja kata Malaysia bahaya, ia juga akan menjejaskan pelancongan negara mereka," katanya.
Tajuk berita itu yang antara lain bermaksud di Malaysia nilai nyawa manusia murah dan kos untuk terus hidup dengan selamat pula tinggi dengan tajuk kecil dan gambar warga Singapura berstatus Pemastautin Tetap yang cedera ditembak kini berbelanja $3,200 sebulan untuk pengawal peribadi, dipapar akhbar berkenaan pada Rabu lepas.
Mengenai langkah Jabatan Imigresen memendekkan tempoh visa semasa ketibaan (VOA) untuk rakyat dari negara tertentu kepada 14 hari, Mohamed Nazri berkata usaha itu diambil demi keselamatan negara.
Beliau berkata tempoh yang singkat itu memudahkan pergerakan rakyat asing di negara ini dikesan berbanding dengan tempoh 90 hari.
Jumaat lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata tempoh bagi VOA dipendekkan kepada 14 hari berbanding 90 hari untuk rakyat dari negara tertentu yang sering kali menjadikan Malaysia sebagai negara transit untuk menetap secara haram di Australia. - BERNAMA
p/s tak lena tido Ahmad Zahid Hamidi...
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau jenayah ini menjejaskan pelancung...ianya akan menjejaskan ekonomi Malaysia..bila menjelaskan ekonomi Malaysia...kuasa beli tak ada...bila kuasa beli tak ada...banyak lah kedai2 yg akan tutup...bila kedai2 ditutup, maka ramai lah yg tak ada kerja...bila ramai tak ada kerja, maka ramailah yg akan menganggur...bila ramai yg menganggur, ramai lah yg akan susah, bila ramai yg susah, maka banyak lagi lah jenayah.
masa tu aku padankan je lah muke2 depa ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
ni bukan menghina malaysia ke ??? |
|
|
|
|
|
|
|
peYno posted on 3-8-2013 05:09 PM
ni bukan menghina malaysia ke ???
cepatnya sentap... |
|
|
|
|
|
|
|
Pelancong ada jadi sasaran ka |
|
|
|
|
|
|
|
AHMADVW posted on 3-8-2013 05:20 PM
darul shooter
Tp depa & macai kata Malaysia msh aman & selamat |
|
|
|
|
|
|
|
rakyat mampos kami tak kesah sangat (kalu panas buntut sangat kita salahkan pembangkang)....asal pelancong tak lari cukuplah....
|
|
|
|
|
|
|
|
Jgn risau la...yg kene tembak tu adalah geng kongsi gelap gak...
Laporan kata mangsa tdiri drpd
... musuh penembak...
... geng genster lain....
... tp yg xbest... yg golongan ni...
.... saksi yg mnyeret mrk masuk pjara or yg bhubungan ngan mrk spt pnjawat awam yg jujur xnak terima rasuah.... huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
apa keje gomen tah la...duk risau risau ja...dah la hukuman mcm hape....
anak dato membunuh pun boleh terlepas,.....manala kadar jenayah tak makin meninggi... |
|
|
|
|
|
|
|
cubby_qt posted on 3-8-2013 09:29 PM
Jgn risau la...yg kene tembak tu adalah geng kongsi gelap gak...
Laporan kata mangsa tdiri drpd
...
kesimpulannya ialah if u can't beat them, join them
marilah kita semua jangan jadikan diri kita musuh gangster2 ini...lebih afdhol jika jadi talibarut mereka...
kerna malaysia penyangak yg punya....kalu kita tak kacau depa, depa pun tak kacau kita, biarlah depa nak buat kerja2 gangster depa....asal kita dan kaum keluarga kita selamat cukuplah
|
|
|
|
|
|
|
|
hzln posted on 3-8-2013 09:38 PM
kesimpulannya ialah if u can't beat them, join them
marilah kita semua jangan jadikan diri kita ...
Har har har... sinisnyer...
|
|
|
|
|
|
|
|
menteri pelancungn risau xde pelancong, menteri dlm negeri lak camneee.. masih in denial kah |
|
|
|
|
|
|
|
Risau kpi ke nazri?or kpi sebenarnye mmg xjalan |
|
|
|
|
|
|
|
Peterpan17 posted on 3-8-2013 08:56 PM
Tp depa & macai kata Malaysia msh aman & selamat
kt NZ senapang berburu biasa je jual kt kdai outdoor, xde pun org nak shoot kehulur kehilir tembak org
|
|
|
|
|
|
|
|
noor2 posted on 3-8-2013 09:30 PM
apa keje gomen tah la...duk risau risau ja...dah la hukuman mcm hape....
bukan ke anak si nazri ni sendiri ke ada kes bunuh samseng?
|
|
|
|
|
|
|
|
apasal mau risau lak? kalau tak suka, jgn datang malaysia laa......! bodoh punya warga asing.....!!! |
|
|
|
|
|
|
|
malaysia bukan negara paling bahaya utk pelancong...lain laa somalia ker mana...even brazil sangat bahaya pada pelancong...x payah laa risau sangat...new york tu lagi bahaya ...lagipun yg kena bunuh ni xder kena mengena ngan pelancong... |
|
|
|
|
|
|
|
wat ms ni ye mmgla takde pelancong asing yg kene tembak, tp yg aku agak risaukan sbb mudah sgt dpt senjata api kt malaysia ni. tak mustahil one day ade plak kejadian rompak kedai barang kemas ke, rompak bank ke pakai senapang, tertembak plak org awam yg tak bersalah ms tembak menembak tu. sahlah malaysia jadi malaysia darul mexico |
|
|
|
|
|
|
| |
|