View: 10729|Reply: 109
|
[Tempatan]
kerajaan tak pernah naikan harga minyak! - ahmad mazlan
[Copy link]
|
|
Putrajaya tidak pernah menaikkan harga minyak sebaliknya ia adalah berdasarkan pasaran global semasa kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan (gambar).
Ahmad ketika sesi soal jawab Dewan Rakyat di Parlimen hari ini menegaskan, kerajaan hanya mengurangkan jumlah subsidi sedia ada kerana majoriti yang mendapat manfaat daripada subsidi bahan api adalah golongan berpendapatan tinggi.
"Sebenarnya kerajaan tidak menaikkan harga minyak. Harga minyak ditentukan oleh pasaran dunia. Kerajaan cuma mengurangkan subsidi.
"Lain...mana sama daripada RM1 subsidi untuk diesel kita kurangkan RM0.80, daripada RM0.83 subsidi untuk RON95, kita kurangkan kepada RM0.63, itu fakta dan hakikat yang sebenar, harga minyak ditentukan oleh turun naik harga pasaran dunia," katanya menjawab soalan ahli Parlimen Kangar Shaharuddin Ismail.
Jelas ahli Parlimen Pontian itu lagi, selain mereka berpendapatan tinggi, warga asing turut menikmati kadar subsidi bahan api.
"RM2,000 juta sebulan wang rakyat telah hangus, dan satu lagi mengikut kajian IMF 80% subsidi ini dinikmati oleh mereka yang berpendapatan tinggi, kita bagi subsidi kepada orang kaya," katanya.
"Struktur subsidi sekarang adalah banyak dinikmati oleh golongan berpendapatan tinggi yang berkemampuan serta warga asing, mereka menggunakan kenderaan berkuasa tinggi berbanding dengan golongan sasar yang hanya menggunakan kereta berkuasa kecil dan bermotosikal," katanya lagi.
Justeru Ahmad Maslan menegaskan Putrajaya perlu menstruktur semula subsidi agar kumpulan sasar benar-benar mendapat manfaat daripada perbelanjaan kerajaan menanggung subsidi berkenaan.
"Sehubungan itu kaedah pemberian subsidi di Malaysia perlu distruktur semula agar pemberian subsidi lebih fokus dan menepati kumpulan sasar. Subsidi bersasar bukan subsidi tersasar," katanya.
Pakar ekonomi Putrajaya, Datuk Seri Abdul Wahid Omar sebelum ini berkata inflasi Malaysia dijangka meningkat kepada 2.3 peratus tahun ini selepas kenaikan harga minyak.
Ramalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu selari dengan beberapa kajian kewangan yang menyatakan kadar semasa inflasi Malaysia pada 2 peratus akan meningkat berikutan harga bahan bakar lebih mahal.
Putrajaya sebelum ini mengumumkan pemotongan subsidi bahan api dn menyaksikan kenaikan harga minyak sebanyak RM0.20 sen bagi petrol RON95 menjadi RM2.10 seliter manakala diesel kepada RM2 seliter itu boleh menjimatkan kerajaan sebanyak RM3.3 bilion setahun.
Petrol berkualiti tinggi RON97 bagaimanapun kekal berdasarkan kepada harga pasaran. – 23 September, 2013 |
|
|
|
|
|
|
|
yer betul tu....
baik snyap..lagi elok |
|
|
|
|
|
|
|
betoi dan tepatlah seperti kata Datuk Ahmad Maslan , kalau hangpa tak caya tanyalah @Anak_Nogori |
|
|
|
|
|
|
|
Dia lupa orang kaya/berpendapatan tinggi membayar cukai, sedangkan orang berpendapatan rendah tidak dikenakan cukai. Jadi adillah semua orang mendapat subsidi yang sama. Bukan apa, harga minyak perlu dikawal kerana harga minyak yang tinggi menngakibatkan semua harga barang lain meningkat. |
|
|
|
|
|
|
|
tok rasa minyak di negara kita masih murah berbanding negara kurdistan |
|
|
|
|
|
|
|
idiot. kalau dh bangla kau bawa sejuta orang? indon kau bawa sejuta orang? pakistan karpet sejuta orang? cmne nk tanggung subsidi rakyat malaysia? |
|
|
|
|
|
|
|
semakin lama semakin terserlah kebodohan si pulan ni, kesian |
|
|
|
|
|
|
|
bangang punya menteri ... otak letak dalam kerandut ... |
|
|
|
|
|
|
|
sehari dua ni memang musim menteri kita jadi bodoh ek? |
|
|
|
|
|
|
|
d-7-0ne posted on 23-9-2013 06:43 PM
Dia lupa orang kaya/berpendapatan tinggi membayar cukai, sedangkan orang berpendapatan rendah tidak ...
org miskin/biasa pun bayar cukai jugak
beli apa2 pun ada cukai
mungkin ko maksudkan cukai pendapatan
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini kenyataan TIMB. MENTERI KEWANGAN MALAYSIA..... patut laa ekonomi malaysia semakin jahanam... |
|
|
|
|
|
|
|
P ramlee kata.. "Bodoh..."
M Zain kata.. "terlalu bodoh.."
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa2 aje lah. Life goes on |
|
|
|
|
|
|
|
Cadangan korang cam maner ? .... |
|
|
|
|
|
|
|
tunggu jawapan pak man |
|
|
|
|
|
|
|
bagaimana kerajaan menangani penyedutan subsidi minyak oleh warga asing?
peniaga besar sukala ramai warga asing lagi laku barang |
|
|
|
|
|
|
|
FlowerGirl posted on 23-9-2013 07:52 PM
Apa2 aje lah. Life goes on
hai Maya Karin
nak pesbuk
|
|
|
|
|
|
|
|
baiklah saya ambil maklum |
|
|
|
|
|
|
|
sampai bila la agaknye sandiwara kerajaan nie nak berakhir.?
|
|
|
|
|
|
|
|
apa pun alasan.. janji harga minyak dah kena top up RM0.20 seliter.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|