View: 19055|Reply: 172
|
Wahai isteri, perlu ke nak jaga suami bagai menjaga anak remaja?
[Copy link]
|
|
Adakah kerana suami kamu tidak matang/kurang berakal lagi maka kamu terpaksa memantau aktiviti dia ?
Aku ada anak yang meningkat remaja, aku pantau aktiviti anak aku di FB, di Tweeter, aku check website mana yang dia surf, aku ambil tahu siapa kawan2 dia...... sebab aku seorang ibu yang melihat anak aku sebagai seorang remaja lelaki yang baru mula nak kenal dunia, akal masih mentah & ada masa tak berfikir panjang sebelum membuat sesuatu. Anak aku perlukan sokongan aku sebagai ibu untuk mengenali dunia luar yang agak baru bagi dia. Ini hubungan seorang ibu - anak remaja.
Tapi, aku biasa dengar perempuan sibuk pesan sesama mereka, "pantau laki ko tu"... lebih2 lagi bila laki dia orang ada kawan atau berurusan dengan orang macam aku yang single meletop ni....
Korang tak rasa pelik ke bila seorang isteri terpaksa sibuk jadi "ibu" jugak kepada suaminya?
Aku rasa lucu bila seorang isteri call aku dan pesan, "awak ke yang selalu meeting dengan laki saya? tolong jangan goda laki saya"....
Please la bini2 orang, jangan rendah maruah laki sendiri & maruah sendiri jugak dengan berpesan/bersemuka dengan perempuan lain (yg cuma jumpa laki dia atas urusan kerja semata) & berpesan sebegitu rupa. Now aku dah pandang mamat tu macam laki tak cukup berakal seperti anak aku pulak sbb terpaksa ada "ibu" yang memantau aktiviti dia...
Last edited by bidacool on 8-10-2013 09:46 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ntah lah mcm mana nak cakap..
bagi aku laki neh, mcm mana ko pantau pun, kalau dia nak menggatal, dia tetap nak menggatal juga..
so buang masa aje dok nak memantau lebih2..
tapi kalau isteri2 yang banyak masa tuh, nak pantau pun, suka hati dia lah laki dia..
lagipun, dia je yang tahu tahap kegatalan laki dia kan, so sampai mana tahap dia nak aware tuh, itu dia punya pertimbanganlah..
dan memang ada pun laki2 yang jenis kena picit hon amaran baru nak berjaga2.. so ini tetap berbalik kepada bagaimana mereka terhadap isteri2 mereka..
.. nanti lah sambung lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
akak TT ni lawo ke? hai nk kenalan plssss |
|
|
|
|
|
|
|
NURMIMIE posted on 8-10-2013 09:50 AM
ntah lah mcm mana nak cakap..
bagi aku laki neh, mcm mana ko pantau pun, kalau dia nak menggatal ...
pada aku lagi ko pantau laki ke sana ke mari, lagi la nampak sangat ko desperate nak berlaki... lagi makin laki rasa dia mmg ok je nak mengatal sbb bini dia sanggup buat apa je kerana dia.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sagoo posted on 8-10-2013 09:52 AM
akak TT ni lawo ke? hai nk kenalan plssss
lawo ke soal no 2.... isunya skrg, apa dia ingat aku ni murahan sangat ke nak goda laki dia yang tak berapa ada tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
bidacool posted on 8-10-2013 09:54 AM
lawo ke soal no 2.... isunya skrg, apa dia ingat aku ni murahan sangat ke nak goda laki dia yang t ...
yg marah teman buat ape ? teman nk kenalan pon d marahnyeeee
|
|
|
|
|
|
|
|
isteri2 yg nak memantau suami reasons dia
1. dia sayang
2. dia dah byk melabur in her hubby
3. dia tau implikasi kalau hubby dia senget and abaikan rumahtangga
4. dia takda kerjaya yg mantap
5.dia tak percaya hubby dia
6.hubby dia dasar belang lagi besar dari rimau
and last but not least
7. you janda - and available and you've a reputation for flirting dgn laki orang
all said, mcm yg kak mimie cakap, lelaki kalau nak mengatal nak tambat dia dgn rantai kapal tu pun belum tentu dia akan tak terlepas |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bidacool posted on 8-10-2013 09:53 AM
pada aku lagi ko pantau laki ke sana ke mari, lagi la nampak sangat ko desperate nak berlaki... la ...
lelaki dan perempuan neh dua2 makhluk pelbagai perangai..
so tak boleh nak assume setiap mereka ada 1 karekter sahaja..
contoh : untuk lelaki
1).. bini tak pantau
a) laki fefeeling line clear.. bini tak kesah.. bini tak sayang.. boleh lah test market.. tengok bini jeles or not..
b) bini sporting.. bini dah percaya pada aku.. jangan carik pasal.. nanti kepercayaan bini hilang abis aku..
2).. bini pantau
a) laki rasa rimas.. rasa terkongkong.. laki rasa tension dengan keadaan itu.. nak carik awek baru untuk lepas tension..
b) laki takut.. jaga2 kelakuan untuk tidak dekat2 awek lain.. boleh rasa 'dapat tau bini aku, mampus aku kena buat satey.'.
kepelbagaian ini baru dua contoh yang kontridik antara satu sama lain..
begitu juga dengan perempuan yang paling banyak karenah..
so mana boleh kita letak diri kita sama dengan karektor orang lain..
contoh kat atas baru situasi yang aku rasa ada.. blom lagi kita gali yang mungkin ada.. boleh pening dibuatnya..
kepada yang cenderung berkelakuan sama dengan kita, kita akan kata ianya normal.. pada sebaliknya pula kita cakap mereka devian.. so siapa yang devian kepada siapa terhadap apa bukan terletak pada persepsi semata.. tetapi juga tertakluk kepada aktor2 dalam organisasi tersebut (kalau nak refer pada family.. so, institusi keluarga itu sendiri laa)
|
|
|
|
|
|
|
|
OsHiN_hOnEy posted on 8-10-2013 10:03 AM
isteri2 yg nak memantau suami reasons dia
1. dia sayang
tertarik juga dengan point no.3..
ye lah.. tak ada gf lagi lah susu anak n pampers anak pun kadang2 bini yang beli..
time ada gf tak tau nak kata apa daaa..
kadang2 kesian jadi orang perempuan / bini..
buat itu dipersoal.. buat ini dipertikai..
serba tak kena.. lagi sedih kalau yang persoal tuh adalah perempuan juga yang pernah atau masih jadi bini orang..
for me, aku akan pertahankan apa2 hak anak2 aku.. kalau semua makan, pakaian, duit, persekolahan anak2 aku tak terabai, lantak dia lah nak ngendeng 10 betina sekali pun.. tapi kalau itu kurang, ini kurang, first pantau poket lah.. yang lain2 pantau kalau keadaan tak terkawal aje.. kalau tengok laki yang gatal ya ampun, ai tolong garu aje kasik luka sampai lupa diri.. hahaha..
|
|
|
|
|
|
|
|
NURMIMIE posted on 8-10-2013 10:29 AM
tertarik juga dengan point no.3..
ye lah.. tak ada gf lagi lah susu anak n pampers anak pun kad ...
maybe bida rasa mcm terhina sebab ada bini2 orang yg persoalkan her credibility - not her status
ramai yg kata musuh utama perempuan selain dari nafsu is kaum hawa juga, so nak tak nak kena perangi jua
kadang2 kita tengok, hok aloh, dah lar botak, boroi, selebet, tapi pada bini dia Olivier Martinez pun tak sehandsome laki dia
agaknya bida dah ada reputation yg kurang baik, agaknya ok bid..so dorang lagi berwaspada, yer lar dah lar laki hot mcm nedim, ada janda ngetop pula yg perlu dia jumpa.so radar masing2 dah ON.
and mmg salah satu sifat kaum ibu/isteri yg Allah berikan, protective tu yg ada yg over kot.
kalau dapat laki miang, ambil jer sabut kelapa or kulit durian, sental kasi licin miang2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
mizmini posted on 8-10-2013 09:58 AM
adekah ko seksi?
pakai skirt seksi tak? Tp takde la skirt atas lutut... aku profesional, rambut takde karat2 bagai semua ok.... tp itu bukan isunya, isunya asal tau je status aku single meletop, kena risau ke aku goda laki dia?
aku nak jugak tengok2 rupa bini laki tu mcm mana yg susah ati sgt aku nak goda laki dia tu kononnya tp dpt den nak cari la fb ke hapa ke.........
|
|
|
|
|
|
|
|
OsHiN_hOnEy posted on 8-10-2013 10:03 AM
isteri2 yg nak memantau suami reasons dia
1. dia sayang
kesimpulannya...... perempuan tu kawin dgn lelaki tak matang yang tak tau fikir psl menjaga kerukunan rumahtangga... malang jadi bini pada laki2 sebegini..
bukan ke laki kalau niatnya nak bawa anak isteri ke syurga, tak perlu bini sibuk nak pantau laki tp si suami tu yg pantau anak bini supaya jaga maruah diri & keluarga? |
|
|
|
|
|
|
|
NURMIMIE posted on 8-10-2013 10:07 AM
lelaki dan perempuan neh dua2 makhluk pelbagai perangai..
so tak boleh nak assume setiap mereka ...
entah la kak mimie.... aku takde laki, aku malas nak sibukkan diri nak buat kerja part time jadi 'mak' pada laki pulak....
tapi masa aku berlaki dulu, aku buat biasa aje... pada aku kalau ko rasa ko hebat, ko mampu, ko nak berGF sampai 100 orang pun boleh, lantak ko.. janji jangan mintak duit aku, jangan menyusahkan aku.......
kalau isteri pulak rasa diri tak ada kerjaya, hidup mati pada tangan laki katanya, baik fikirkan alternatif macam mana nak kurangkan kebergantungan pada laki.. kena ada usaha la.. bukan dengan cara kongkong laki atau pantau laki tapi cara lain.
Last edited by bidacool on 8-10-2013 10:49 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
bidacool posted on 8-10-2013 10:44 AM
kesimpulannya...... perempuan tu kawin dgn lelaki tak matang yang tak tau fikir psl menjaga keruku ...
ia lar mmg betul pun, but tengok sana sini, yg species hampeh tak guna bersepah sana sini bid, tu yg bini2 takut, mcm kak mimie cakap, setakat dia boleh sara anak bini serba serbi lengkap tak pernah miss, lantak dia nak buat apa
tapi kalau pergi kerja pun baju bini gosok, nak bayar bill kereta pun bini topap..nak elakkan bertahun panjat tangga mahkamah minta nafkah anak2, tu yg dorang berjaga2 |
|
|
|
|
|
|
|
bidacool posted on 8-10-2013 10:48 AM
entah la kak mimie.... aku takde laki, aku malas nak sibukkan diri nak buat kerja part time jadi ...
itu lah pointnya.. kita bertindak masing2 dengan 'alasan' sendiri2..
bagi kita ini betul.. ok carry on..
bagi mereka, itu betul.. ok why not..
balik pada asal.. kita sayang anak, kita jaga anak.. yang tak sayang anak, dia tinggalkan anak2 sampai yang umur 7 bulan dah nyawa2 ikan (sedih aku kes neh).. tapi bila kita tanya kat dia, sumpah mati pun dia akan kata dia tetap sayangkan anak2 dia.. itu kata mulut dia..
sama juga dengan engko.. ko pilih nak jadik single mother, itu pilihan engko.. mungkin bagi engko alasan engko dah cukup titik untuk diri sendiri.. tapi bila kita cakap kat orang lain dia akan kata sebaliknya sebab daya tahan dia masih lebih kuat dari ko dari segi begitu..
untuk masalah ini pun, aku akan kata, 'buat apa lah nak pening2 kepala nak mikir apa orang lain fikir dan apa orang lain buat kepada diri mereka dan laki mereka?'
|
|
|
|
|
|
|
|
bidacool posted on 8-10-2013 10:41 AM
pakai skirt seksi tak? Tp takde la skirt atas lutut... aku profesional, rambut takde karat2 bagai ...
sebab ko meletop (ko kata lah) yg dia susah ati sangat tuh
walaupun rupa laki dia tak berapa ada..
ko ingat lelaki yg tak baper ade ni tak de perasaan ke kat pompuan lain..
|
|
|
|
|
|
|
|
mizmini posted on 8-10-2013 11:01 AM
sebab ko meletop (ko kata lah) yg dia susah ati sangat tuh
walaupun rupa laki dia tak berapa ada. ...
susah ati biar bertempat, bertindak biar matang & tak memalukan diri sendiri & keluarga... aku rasa perempuan ni sekolah tak tinggi, kerja biasa2 je, tak berapa cantik & maybe gemuk jugak... sbb itu fikirannya tak berapa rasional... sedih la jugak aku bila ingatkan balik moment dia call aku tanya itu ini... aku masih control sopan, aku tanya apa masalah dia, apa kemungkinan yang dia rasa... aku dapat rasa ni bukan kali pertama agaknya dia call perempuan entah mana pun... tapi aku sempat jugak pesan kat dia, laki ni tak perlu nak diikat mcm kita ikat lembu tp kalau rasa laki awak tu macam lembu, awak buatlah....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|