Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) berkata beliau mendengar keluh-kesah rakyat terutama berkenaan kenaikan kos sara hidup. Beliau menegaskan kerajaan sentiasa mencari formula sesuai untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan mereka.
Dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya, Najib berkata pada masa sama, kerajaan juga perlu memandang ke hadapan demi memastikan ekonomi negara terus mampan.
"Disebabkan itu, kerajaan bersetuju menubuhkan Makmal Mengenai Kos Sara Hidup di bawah Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu)," katanya.
Beliau menjelaskan makmal itu bertujuan mengkaji serta merangka langkah susulan untuk meringankan beban rakyat dalam mengharungi masalah kenaikan kos sara hidup. - Bernama, 20 Disember, 2013.
Post time 21-12-2013 09:24 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Nak buat makmal duit guna juta jutaan..pastu nk hire kroni jadi reseaechers n setup facilities guna barang2 kroni...geng2 ko lah kaya...rakyat dah mcm labrat..kena dieksperimenkan dgn pelbagai usul....takziah in advance
sila bagi BRIM sampai sejuta sorang ye najib.....jangan lupa tu...tu kan cara pak jib dalam menangani isu keluh kesah rakyat...yela..setahun pun boleh pakai rm500