Berikutan dengan gosip tentang Aiman Hakim Ridza membawa Nur Fathia berjumpa keluarga, Fathia telah mengakui bahawa beliau masih berkawan rapat dengan Aiman namun tidak mahu melabelkan hubungan mereka sebagai pasangan kekasih. Mungkin tidak mahu jadi seperti kes Johan As’ari dan Lana Nordin yang dicanang dan tidak menjadi, Fathia membuat keputusan untuk tidak mengesahkan apa-apa tentang hubungannya
“Selagi tiada jodoh, selagi itu saya tidak akan beritahu status hubungan kami. Secara umumnya, Aiman ada ciri-ciri calon suami idaman semua wanita. Dia bersikap realistik dan bijak walaupun masih muda. Apapun, saya harap semua orang boleh mendoakan kami ada jodoh” “Sebelum jadi artis memang sudah berkawan dengan Aiman tapi sekarang lebih rapat lagi. Kalau ada jodoh apa salahnya, saya tidak mahu mengaku saya bercinta dengan Aiman sebab tidak manis kalau sekejap couple sekejap putus — selagi dia tak masuk meminang saya taknak mengaku bercinta,” ujar Nur Fathia. Terdengar juga sedikit khabar angin mengatakan pelakon cantik ini menjalinkan hubungan dengan seorang VVIP namun beliau sekerasnya menafikan semua itu kerana beliau sendiri memang tidak pernah berjumpa dengan mana-mana VVIP.
Last edited by cef_gango on 27-12-2013 10:02 AM
|