CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30781|Reply: 83

Himpunan Cerita Paling Seram (kopipasta)

[Copy link]
Post time 18-1-2014 04:33 AM | Show all posts |Read mode
(Semua carekter bukan name sebenar-sekadar nak bg paham cerita.)

Terima kasih kerana membaca kisah sebelumnya. Kisah itu adalah salah satu cerita yang benar-benar terjadi ketika itu. KEPADA SESIAPA YANG TAK PERCAYA, SAYA JEMPUT KAMU SINGGAH.. KALAU TAK BOLEH MASUK KOT DEPAN, MASUK KOT PANTAI.MASUK LA WALAU SEKEJAP...(tapi saya xnak jejak lagi disitu.. takot sang ratu carik)

Kisah-kisah yang akan saya tulis ini adalah Pengalaman Peribadi saya sekeluarga serta staff/jiran terdekat selepas kami semua yang ambil alih untuk guard resort ini.

Ada satu petang, ketika saya dan staff-staff lain bersukan(main takraw) maklum lah dah tak ade kerja lain. Pada ketika ini dah hampir setahun kami guard resort ni. Semua bot-bot mewah, kereta-kereta rasmi telah pun diambil oleh pihak bank. Yang tinggal hanya barang-barang elektrik dan perabot dari bilik resort yang kami pindahkan ke dewan.

Sedang kami seronok bermain takraw, Imran (anak staff / jiran saya) kelihatan bermain di kolam ikan berdekatan dengan dewan. Waktu tu dah hampir magrib, selalunya waktu begini ayah imran, akan datang untuk bg ikan-ikan makan. Yang peliknya, si imran ni mcm sedang bersembang di tepi kolam ikan tu, igt kan dia ada bersama ayah dia, tapi rupa-rupanya dia cakap sorang2 sebab saya nampak ayah dia baru sahaja nak turun dari rumah (rumah staff semua dekat2) .

Saya pergi ke imran dan terus tarik tgn dia sbb dia nampak macam nak terjun dalam kolam tu. Tiba-Tiba dengan mata cerlang dia pandang tepat ke mata saya kemudian tolak saya . Pelik sebab imran ni baru 5 tahun, tapi daya yang die tolak saya td tu mcm org dewasa.

Saya bangun dan terus jerit staff-staff yang lain ckp imran kene rasuk. Kebetulan ayah dia dah sampai , terus bawak dia pulang. Ayah dia ckp imran mmg mcm tu bukan kene rasuk ke ape ke. Tapi yang menakutkan tu, masa ayah dia dukung dia bawak balik, mata die masih lagi memandang tepat pada saya.. Malam tu selepas isyak, masa kami sedang makan malam, staf datang rumah bagitahu imran tak ada kat rumah. Ayah dia dah pergi carik dulu, so staf yang lain ajak kami pergi skali, saya dan ayah terus keluar cari imran. Puas cari dekat Dewan, kawasan rumah staff, sampai ke guard house tak jumpa. Lalu ayah ajak staf pergi cari kat jambatan-jambatan.disebabkan agak jauh dan gelap, kami naik kereta ke sana.

Dari dewan ke jambatan no3 tu kene lalu jalan gelap dan sunyi , kiri dan kanan jalan hanya ada hutan paya nipah. Kami bawa pelahan-pelahan dan suluh ke arah tepi paya melalui tingkap. Tapi x nampak pun imran. Sampai la jambatan no.2, bermakna sudah separuh jalan. Staff ckp tak mungkin imran ni lalu jalan ni kedepan, sebab lepas jambatan no.2 kami dah tak bersihkan jalan, mmg jalan tu dah macam jalan lama yang tak digunakan.

Dari situ kami terpaksa berjalan kaki. Masa sedang jalan kaki tu, kami semua senyap dan tidak berjauhan. Bukan apa, kami mmg dapat rasa ada sesuatu ikut dari atas. Bunyi dahan-dahan pokok seperti ada sesuatu melompat dari dahan ke dahan, saya tak syak lain, melain kan si kak pon ratu tu tp disebabkan dah biasa, kami semua buat tak tahu.Tiba-tiba saya dapat rasa ada org menepuk bahu saya . secara spontan saya terus berpaling, rupanya ayah imran ada dibelakang, sya tegur la, dari mane keluar? Dari jambatan 2 td ke?tapi ayah imran ni diam membisu sahaja ikut dari belakang. Kami mmg semua tak fikir apa-apa dan terus kan berjalan sambil menyuluh ditepi kiri dan kanan jalan.

Tiba-tiba saya terdengar bunyi di dalam paya sebelah kanan jalan , staff yang lain pun dengar, staff yang ada didepan terus suluh ke arah tersebut, alangkah seriau dan seramnnya kami nampak ayah imran tercegat berdiri disitu sambil senyum menyeringai.. X semena-mena meremang tengkuk saya. Pandang je belakang mmg x ada pun ayah imran tuh.. saya terus ke kedepan rapat bersama yang lain.. yang tukang suluh tadi tu dah terduduk2 sebab terlalu terkejut dan cuak.. yang kami igt ayah imran dibelakang td tapi rupanya bukan..

dan tiba-tiba kelibat nya hilang dalam paya td yang terdengar hanya hilaian sang ratu..bertambah terkejut dan takot kerana yang ini juga bukan ayah imran!! Ayah terus suruh semua baca apa yang patut dan azan. Staff yang terduduk tadi terus bgn dan berlari kedepan, kami semua pun secara spontan lari sama... ketika itu terdengar lirikkan menngilai yang panjang atas kami seperti mengekori dari belakang.. Staff sorang tuh terus menerus melaungkan azan Dan Ketika hampir sampai di jambatan no 3, baru la kami nampak imran kayuh basikal ke arah kami. Terus ayah dakap imran dan tanya imran pergi mana, semua orang risau.

Imran cakap, die pergi rumah kawan dia dekat pokok buluh depan tu.. kami semua terkedu dan tanpa membuang masa terus patah balik ke kereta. Dalam jalan nak patah balik ni, imran sempat lambai ke belakang ckp nanti die datang balik.. kami semua ni diam membisu dan keras je lari anak tak nak pandang belakang,tepi atau atas. Suluh pun tak, kami terus lari je. Kami rasa setiap penjuru ada bende memerhatikan kami. Selang 2 atau 3 hari tu, imran tu buat hal lagi. Oleh kerana nampak mcm dah teruk, lagipun risau atas keselamatan imran, ayah panggil ustaz untuk ubatkan imran ni. Dalam Pukul 8mlm selepas magrib,ustaz smpai. Masa tgh ubat kan imran ni, tiba-tiba mata dia cerlang dan memandang tepat kat ustaz tu.

Ustaz ckp dia ni mcm dah kene damping. Bende tu tak rasuk die, Cuma tak nak berjauhan je. Macam saka lebih kurang. Ustaz ckp kene buang kelaut bende tu nanti. Lepas tu ustaz ngadapkan imran ke tingkap rumah(tingkap mcam iklan adabi tu) . Saya pun bukak daun tingkap tu luas-luas. Tetiba tingkap tertutup balik, ayah ikat terus daun tingkap tu supaya tak tertutup, dan ustaz tu mula ‘pukul’ budak tu dgn kain serban dia, mula dari blakang badan, kepala dan akhirnya kaki, akhir sekali ustaz tu lurut kan kain tu dan tarik hujung jari kaki. Masa hampir nak tarik hujung jari kaki tu, tingkap rumah saya tu bergegar sebab tak dapat ditutup. Memang Seram giler masa tu sebab nampak tingkap tu mcm orang sepak-sepak nak tutup tapi tak boleh.

Tiba-tiba mak imran ni terjerit2 tunjuk ke arah tingkap sampai pengsan. Ustaz tu bangun dan ke tingkap dan ludah pada kain tadi . baru la diam seketika rumah saya tu. Selesai Dengan kain, ustaz mandikan dan air limau. Lepas tu semua barang2 tadi ustaz letak dalam kain batik dan diikat. Ustaz pesan suruh buang ke laut. Masa itu hanya saya dan ayah imran sahaja yang pergi buang bende tu. Ustaz bagi seketul garam kasar suruh kemam dalam mulut buat pendinding. Kami lalu jambatan no1 untuk ke pantai. Bila makin dekat dengan pantai, bungkusan td tu jadi berat gile, smpaikan kami berdua kene usung. Berat mcm angkat org.. Tapi kami berjaya buang kat laut bende tu, bila nak patah balik, kaki ayh imran td kaku, die kate mcm ada org pegang kaki tak boleh gerak. Saya amik garam dalam mulut dan baling dekat kaki ayah imran. Baru die boleh gerak. Masa nak balik tu, atas jambatan n01. Tak semena-mena berdiri bulu tengkok.

Mmg dengar ada org folow belakang. Ayah imran ckp jgn tgk, kami laju kan langkah.. Sampai dirumah saya, masa nak panjat tangga rumah, tiba-tiba kaki saya ada org pegang, hampir terjatuh dibuatnya. Saya terus tgk bawah tangga, nampak bende tgh mencakung, pegang kaki saya, dengan mata putih je nampak, yang lain semua hitam gelap. Ape lagi, terus jerit panggil ustaz tu. Pastu hilang bende tu. Ustaz suruh basuh kaki dan ludah 3 kali baru naik rumah balik. Berbalik pada mak imran yang pengsan td, die cerita masa dia pandang pada tingkap tu, die nampak ada perempuan berjubah hitam, mulanya senyum kat dia, lepas tu die nampak mende tu berubah, tiba-tiba rambut semakin pangjang dan mengerbang, diikuti dengan mata semakin merah dan lidah semakin panjang smpai termasuk dalam rumah melalui tingkap tu, tu yang die jerit lalu pengsan.

Ustaz nasihatkan mereka berpindah keluar atas sebab keselamatan anaknya. Lalu selang 3 hari tu, keluarga imran pindah dan balik ke kampung mereka. Selepas beberapa bulan berlalu, rumah imran yang ditinggal kosong itu terjadi sesuatu yang menakutkan. Jiran sebelah rumah,En.zul ckp selalu nampak ada Perempuan duduk ditangga sambil menangis sayu. Dan anak nya selalu sahaja diganggu, sehinggakan kami setiap hari sebelum magrib dah barada dirumah masing-masing. Lepas keluarga imran pindah, keluarga en.zul juga pindah, dan diikuti dengan keluarga saudara saya kerana semuanya dah tak mampu bertahan dek gangguan yang dulu hanya diluar rumah, kini sampai didalam rumah pun ada. Kini yang tinggal hanya keluarga saya dan keluarga jaafar(kami tinggal bersebelahan).

Kami pun sebenarnya sayang untuk tinggalkan resort itu, maklum lah dari ia dibina kami disitu, umpama kampung halaman kami sendiri..Pada ketika ini, kami sudah putus harapan dan tidak lagi bersungguh-sungguh menjaga resort tersubut sehingga menjadi sarang maksiat dan kegiatan-kegiatan x bermoral.. Keadaan resort pada ketika itu mmg seperti tempat terbiar . penuh daun pokok dan rumput panjang. Hilang segala serinya. Sesiapa yang lalu pun tak nk masuk . lihat saja pintu gerbang hadapan pun dah mcm masuk rumah hantu..

Bersambung.. to da final fight.... Last edited by lokmanwawa on 20-1-2014 12:55 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2014 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak aih seram gak yer...

Actually memang kemam garam tu sebagai pendinding ek... aku x tau pulak... masa aku pegi buat rawatan (malam), masa nak balik tu memang ustaz bagi aku seketul garam kasar suh aku kemam dalam perjalanan... tak tau pulak sbg pendinding
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2014 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat mana resort tu?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2014 09:17 AM | Show all posts
ok...
gaya penulisan dah ok...
x macam cite acong
kat mana rersort tu...kalau ye menjemput datang bg laa alamat
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2014 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok, mmg seramm....
Kt mane agknye resort ni??
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2014 11:15 AM | Show all posts
Resort tu milik pembuka benang ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2014 11:17 AM | Show all posts
apa nama resort tu? dapat tau lokasi pun mcm menarik
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2014 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
ha.. ah.. boleh kami tolong berjaga untuk satu malam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2014 02:13 PM | Show all posts
Terbaik TT.... tunggu bila nak sambung...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2014 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambung cepat tt...kat mna resort tu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2014 04:35 PM | Show all posts
kt mane resort tu??
smbung ye tt
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2014 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
rdzaccess posted on 18-1-2014 11:38 AM
ha.. ah.. boleh kami tolong berjaga untuk satu malam..

Satu malam je ke?... hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2014 05:03 PM | Show all posts
resort mane TT???? acam best je...acam best je.....kehkehkehhhhhh sambong2...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2014 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kemana menghilangnya TT ni..soalan x djwb ni resort kat mana?sambungan mana
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2014 06:16 PM | Show all posts
Tensen la pulak cita sekerat2 ni  
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2014 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Syumaimah posted on 18-1-2014 04:58 PM
Satu malam je ke?... hehehe

satu malam cukuplah...  lima enam round... letih oooo berjaga malam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2014 01:47 AM | Show all posts
serius seram citer TT ni. Peningkatan gaya tulisan meningkat 100%. syabas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2014 01:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Dkt ganu lokasi biarlah rahsia . Wrkk maaf
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2014 03:05 AM | Show all posts
rdzaccess posted on 18-1-2014 11:38 AM
ha.. ah.. boleh kami tolong berjaga untuk satu malam..

ikut!!!!


Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2014 03:07 AM | Show all posts
lokmanwawa posted on 19-1-2014 01:56 AM
Dkt ganu lokasi biarlah rahsia . Wrkk maaf

le....
dalam cite suh pergi sendiri
pastu x bgtau lokasi...
mcm mana nak pegi and alaminya


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.231343 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list