View: 9428|Reply: 64
|
[Tempatan]
Keluhan peniaga keropok Losong
[Copy link]
|
|
Fatimah menunjukkan keropok yang dijual pada harga RM5 untuk 20 batang di kedai Kak Yah Keropok Losong.
[url=]
[/url]
KUALA TERENGGANU - Ibarat hidup segan mati tak mahu. Itulah perumpamaan terhadap sesetengah pengusaha keropok lekor di Kampung Losong Haji Su yang kebanyakannya mengaku pelanggan semakin berkurangan disebabkan beberapa faktor.
Pengusaha keropok Kedai Kita (Pak Cik Din Keropok Lekor), Mohd Muda, 60, berkata, jika dahulu jualannya mencecah 100 kilogram (kg) sehari, kini hanya 5kg keropok habis terjual dalam sehari, yang benar-benar memberi kesan pada pendapatannya.
Mohd yang membuka perusahaan keropok lekor sejak 1999 berkata, kos bahan mentah juga meningkat 200 peratus, namun keropok masih dijual dengan harga sama iaitu RM1 bagi empat hingga lima batang.
“Kalau mahu cerita, banyak faktor yang mempengaruhi kurangnya jualan keropok di sini. Faktor pelanggan, faktor pasaran dan juga saingan. Keropok Losong kini boleh didapati di merata-rata tempat, walaupun hakikatnya di sinilah bermulanya sejarah keropok Losong yang suatu ketika dulu cukup dikenali.
“Kalau nak diibaratkan dari segi jualan keropok Losong di sini, tiada beza dengan 30 tahun lalu kerana tiada pengembangan dari segi pasaran produk. Persaingan produk juga wujud kerana jenama Losong kini boleh didapati di merata-rata tempat termasuk di luar Terengganu,” katanya.
Pelanggan tak tahu lokasi sebenar
Menurut Mohd, jualan sedikit stabil apabila musim cuti persekolahan serta Sabtu dan Ahad kerana pelanggan dari luar datang membeli keropok di situ, jika tidak, dia hanya mengharapkan belian daripada penduduk setempat semata-mata.
“Pada saya, promosi lokasi asal keropok Losong masih kurang, sama ada daripada pihak kerajaan mahupun pengusaha keropok itu sendiri. Ia secara tidak langsung menyebabkan orang luar tidak tahu di mana lokasi asal keropok Losong yang sebenar.
“Jadi, sebagai seorang daripada 16 pengusaha keropok lekor di sini, saya harap satu inisiatif dapat dilaksanakan bagi mengekalkan kegemilangan keropok Losong yang asalnya bermula di sini. Baik inisiatif daripada pihak pelancongan atau agensi berkaitan,” katanya.
Jualan merudum lebih 50 peratus
Sementara itu, pengasas Kak Mek Losong (KML Food Enterprise), Mohd Shahrani Omar berkata, jualannya merudum lebih 50 peratus kebelakangan ini, jika dahulu dia mampu raih sehingga RM30,000 sebulan, kini dia hanya mendapat RM200 sehari.
Kata Mohd Shahrani yang sudah 14 tahun mengusahakan keropok lekor, pendapatan kini mampu membayar gaji tiga pekerjanya sahaja.
“Kalau diikutkan, selepas GST (cukai barang dan perkhidmatan) semua barang naik harga termasuk bil elektrik di perusahaan saya ini, yang terpaksa dibayar lebih mahal berbanding sebelum ini.
“Tahun ini sahaja, memang saya rasa amat tertekan kerana kos bahan mentah turut meningkat. Harga sagu pun naik RM5 bagi setiap satu beg. Ikan segar pun susah nak dapat sekarang dan harganya juga mahal.
Tetapi kita masih tidak naikkan harga keropok yang dijual,” katanya yang menggunakan ikan tamban dan selayang dalam pembuatan keropok.
Menurutnya, dahulu, setiap minggu ada sebuah bas yang membawa penumpang dari luar Terengganu datang ke situ, namun selepas musim banjir tahun lalu, bas itu tidak lagi membawa penumpang dari luar dan suasana di Losong sudah tidak semeriah dahulu.
“Bila bercakap dengan pengusaha bas, katanya harga minyak mahal dan mereka terpaksa bayar tambahan RM500 berbanding harga biasa RM2,000, menjadikan kos minyak mereka RM2,500.
“Sekarang, musim cuti persekolahan pun tidak ramai yang datang ke sini untuk beli keropok. Bila tiada pelanggan, kualiti keropok pun agak terjejas. Sebab bila pelanggan ramai, produktiviti keropok itu akan sentiasa berjalan dan kualitinya juga sama dan terpelihara,” katanya.
Perkenal keropok vakum
Mohd Shahrani berkata, bagi mempelbagaikan keropoknya untuk menembusi pasaran luar, dia kini membuat keropok vakum yang dijual pada harga RM5.50 di kedainya dan RM5.90 di Petron Batu Burok.
“Keropok vakum di Petron Batu Burok dijual setelah dimasukkan ke dalam peti sejuk bagi mengekalkan kesegarannya.
“Kos untuk membeli mesin vakum sahaja sebanyak RM9,000, sebab itulah tidak semua kedai mampu membuat keropok vakum ini,” katanya.
Sunyi tanpa pelanggan
Pengusaha Kak Yah Keropok Losong, Sariah Ismail berkata, jualan keropok lekor yang diusahakan bersama 10 pekerjanya, kini merudum lebih 50 peratus.
“Kalau dahulu kita boleh jual sehingga satu tan keropok lekor dalam sehari, kini 300 hingga 400kg sahaja dalam sehari dan pelanggan pun agak ramai ketika hujung minggu. Kalau hari-hari biasa, keadaan memang sunyi tanpa pelanggan.
“Memang jualan ketika ini sangat perlahan dan kesan GST pun ada kerana banyak barangan yang dibeli dikenakan GST, tambahan pula pengetahuan mengenai GST pun masih kurang,” katanya.
Pekerja Kak Yah Keropok Lekor, Fatimah Ismail, 49, berkata, pelanggan memang agak berkurangan jika hari biasa, namun ketika musim cuti sekolah serta Sabtu dan Ahad, ramai juga yang datang untuk membeli keropok Losong.
“Bergantung pada keadaan, kalau musim cuti, memang ramai jugalah yang datang membeli keropok. Berbanding hari biasa, pelanggan amat kurang dan keadaan di sini sepi tanpa pelanggan,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/keluhan-peniaga-keropok-losong-1.379088
|
|
|
|
|
|
|
|
sbb byk lg tmpt keropok yg sodap..... lg pun klau dah lama2 makin kurg ikan... wpun harga maintain....
nak berniaga takleh la guna stail lama..... btw klau berniaga mknan.... klau sodap org beli jugak.... |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm.... ak tgk sunyi je kalau hri biasa di Losong tu..
Sokong @dino kalau mahal tp sedap mmg org tetap akan beli. |
|
|
|
|
|
|
|
furthermore, peniaga kat sana tak macam pengusaha ikan bilis di sabah, kek lapis di sarawak....mintak kotak beli banyak sket nak bawak naik flight muka masam, padahal kotak pun kadang kita bawak sendiri....berniaga kena ada value added laa..... |
|
|
|
|
|
|
|
org luar je sibuk kepok losong..... kat tmpt lain lg sodap hiks...
aku suka kepok sbrg takir....yg sos pekat.... sodap... pastu pekena sotong celup tepung.... pergh.... rasa nak blk kg
|
|
|
|
|
|
|
|
betul tu....layanan kena la 1st class...
ni org tanya sikit, muka mengalahkan pekerja gomen keje kaunter
|
|
|
|
|
|
|
|
sebab tu kalau nak meniaga
strategy kena sebatu ke depan dari masa
kena tau siapa pelanggan
kehendak pelanggan
citarasa pelanggan
dan kena la sentiasa update
dan jangan la asyik nak untung banyak dengan cepat
kualiti kena jaga
pelbagaikan lagi cara pemasaran
|
|
|
|
|
|
|
|
btul tu.... kena la mesra skit.... klau berniaga menyombong mmg pelanggan lari...
ade ke makcik2 peniaga ni tgk org luar dtg beli bg bisnes kad ke apa..... rasa takde....
most yg berniaga ni ikut stail meniaga kg.... bkn nak luaskan empayar ke apa....
|
|
|
|
|
|
|
|
pdhl org nak bg duit nih kan.... tp tak semua aaaa....
|
|
|
|
|
|
|
|
kat mana tu? kalau seberangtakir hok sohor BTB (Bukit Tok Beng).
sharelah! nt iols pegi makan tempat yg Dino ckp sedap tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
yg kedai depan btn tu ke? sedap .....
|
|
|
|
|
|
|
|
cash lah.. iols pergi dulu layan mcm nak tak nak je.. tak mesra pelanggan... tanya harga pun nak wat nyombong .. keropok overated je walhal hambar je rasa |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah bg idea hr tu nak buat hotdog versi kepok lekor.... tp ade org ternganga je dgr mcm pelik
|
|
|
|
|
|
|
|
tu qurnia ckp depan BTN tu.... hiks
|
|
|
|
|
|
|
|
Murahnya, sedapnya. Btw, muka akak tauke kerepok lekor sangat putih2 melati. |
|
|
|
|
|
|
|
BTN kat mane ek.. halamak nt iols gugel..
|
|
|
|
|
|
|
|
BIRO TATANEGARA TERENGGANU
JABATAN PERDANA MENTERI
145 F, JALAN FIKRI, BUKIT TOK BENG
21300 SEBERANG TAKIR
KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
|
|
|
|
|
|
|
|
nape ada budak nangis kt dalam gambar tu?
mungkin teramat sedih dengan situasi bisnes merudum |
|
|
|
|
|
|
|
Sedapnyer yg byk ikan Dan Hiram tu... Kt kl kopok lekor warna Putih byk tepung je |
|
|
|
|
|
|
| |
|