CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26838|Reply: 142

[Video] Harga Juadah Di Pasar Ramadhan Lebih Mahal Tahun Ini?#118

[Copy link]
Post time 22-6-2015 07:19 AM | Show all posts |Read mode
Edited by GhostWalking at 22-6-2015 10:54 PM

                                                                            Antara pengunjung bazar Ramadan yang datang membeli juadah berbuka puasa.                                                                     

                        
                 




MASUK minggu pertama Ramadan, antara yang hangat diperkatakan adalah harga juadah yang dijual di bazar lebih mahal berbanding tahun-tahun sebelum ini.
         
        Kenaikan harga itu sebenarnya sudah dijangka banyak pihak disebabkan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta kenaikan harga petrol dan diesel yang sebelum ini menerima pelbagai reaksi.
         
        Di Ipoh, rata-rata pengguna menyifatkan berlaku peningkatan harga bagi sebilangan makanan dan minuman yang dijual oleh peniaga bazar Ramadan di sekitar bandar raya ini.
         
        Kakitangan Awam, Azim Shafiqh Hamzah, 30, berkata, dia terkejut mendapati ada kuih-muih yang dijual pada harga berbeza-beza.
         
        "Semalam (kelmarin) saya ke sebuah bazar di Tambun dan terkejut tengok ada gerai yang jual tiga ketul kuih dengan harga RM2 sedangkan sebelum ini ia hanya dalam lingkungan RM1.
         
        "Pembeli mungkin boleh terima kenaikan harga itu, namun saya beranggapan kualiti makanan dan minuman yang ditawarkan juga perlu berkualiti serta sedap," katanya.
         
        Seorang lagi kakitangan awam, Nor Basyariah Uda, 27, berkata, masih ada peniaga yang tidak menaikkan harga jualan, namun perubahan ketara dapat dilihat dari sudut saiz dan kuantiti makanan.
         
“Ada yang masih jual kuih RM1 untuk tiga ketul kuih namun apa yang saya dapati, saiz kuih itu agak kecil dan berbeza daripada sebelum ini,” katanya.
         
        Menurutnya, harga minuman yang dijual di sebuah bazar di Tambun juga meningkat sehingga 50 sen berbanding harga asal.
         
“Air soya sebelum ini hanya RM2, tapi sekarang dah jadi RM2.50,” katanya.
         

        Menurutnya, pelaksanaan GST dan kenaikan harga petrol serta diesel merupakan antara sebab harga kebanyakan juadah berbuka dinaikkan.
         
“Saya rasa faktor itu yang menyebabkan harga makanan dan minuman yang dijual naik berbanding tahun-tahun terdahulu,” katanya.
         
Boikot kalau mahal
         
        Pesara, Azizah Mat Taib, 68, pula berkata, pengguna berhak memboikot mana-mana peniaga yang menjual makanan dan minuman dengan harga mahal.
         
        Menurutnya, memang diakui, kebanyakan peniaga mula menggunakan alasan peningkatan kos sara hidup untuk menaikkan harga jualan masing-masing.
         
“Sebagai pengguna, kita tak boleh sekadar hanya merungut, perlu gunakan kuasa yang ada untuk mengajar segelintir peniaga tentang sikap bertanggungjawab dan bertimbang rasa dalam menjual makanan atau minuman,” katanya.
         
        Tinjauan Sinar Harian ke beberapa kawasan bazar Ramadan mendapati, tidak semua peniaga meletakkan tanda harga pada makanan dijual, sebaliknya hanya memaklumkan apabila ditanya pengguna.
         
        Difahamkan, tindakan itu mungkin bagi mengelak orang ramai mempersoalkan harga makanan yang dijual.
         
GST punca barang naik
         
        Peniaga, Zamri Othman, 37, mengakui, antara alasan kukuh ramai peniaga menaikkan harga itu berpunca daripada pelaksanaan GST.
         
“GST faktor utama menyebabkan kami terpaksa naikkan sedikit harga minuman yang dijual, namun saya yakin orang ramai terutamanya pelanggan tetap kami boleh menerima keadaan ini,” katanya.
         
        Dia yang sudah berniaga di bazar Ramadan hampir 10 tahun mungkin akan menaikkan sedikit harga barangan yang dijual khususnya tau fu fah.
         

“Saya berniaga air kacang soya, cincau dan tau fu fah, namun peningkatan harga mungkin hanya berlaku pada tau fu fah iaitu daripada RM1 kepada RM1.20 manakala soya dan cincau kekal pada harga terdahulu sebanyak RM2 sebungkus,” katanya.
         
Ada peniaga kekal harga
         
        Seorang lagi peniaga, Selma Ya, 52 berkata, harga makanan dan minuman yang ditawarkan di kedainya tetap sama seperti sebelum ini.
         
        Katanya, tiada sebab untuk menaikkan harga makanan dan minuman apatah lagi pengguna kini sudah dibebani dengan pelbagai kenaikan kos.
         
        "Kami sendiri percaya sekiranya harga dinaikkan, pelanggan akan merungut selain tertanya-tanya,” katanya.
         
        Dia berkata, pengalaman berniaga di bazar Ramadan merupakan perkara paling bermakna disebabkan sambutan daripada orang ramai termasuk bukan Islam.
         
        Antara kawasan lokasi bazar Ramadan yang sering menjadi tumpuan orang ramai ialah bazar di Stadium Perak, Medan Gopeng, Bercham Raya, Taman Kledang, Taman Jati dan Tasek.
         
Kenaikan 20 peratus
         
        Dalam pada itu, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Samsudin Abu Hassan berkata, berdasarkan pemantauan dibuat, kenaikan harga sememangnya berlaku antara 20 peratus terhadap juadah yang dijual di bazar Ramadan.
         
        Menurutnya, keadaan itu berlaku atas beberapa faktor antaranya pelaksanaan GST dan kenaikan harga petrol serta diesel, juga atas beberapa alasan lain.
         
“Kalau kita kaji dari sudut lain pula, kebanyakan bahan asas yang digunakan peniaga ini adalah sifar GST, jadi isu kenaikan sepatutnya tidak timbul, mungkin perniagaan di bazar Ramadan setahun sekali, jadi peniaga mengambil peluang untuk mendapatkan keuntungan,” katanya.
         
        Beliau berkata, tidak mempamerkan harga meskipun ia hanya membabitkan gerai kecil seperti di bazar Ramadan merupakan satu kesalahan yang termaktub dalam akta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
         
        "Mereka yang dikesan boleh dikenakan tindakan dan denda di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
         
“Dalam mana-mana premis pun, pameran harga perlu dilakukan ke atas setiap jualan dan dalam hal ini, penguat kuasa kita akan turun pada bila-bila masa untuk melakukan pemantauan,” katanya.
         
        Samsudin juga menggesa, semua persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk penghulu dan pembantu hal ehwal pengguna yang dilantik di setiap Parlimen proaktif dalam melakukan pemantauan di kawasan masing-masing.
         
        "Sebagai pihak yang berperanan membantu kerajaan dan KPDNKK, mereka boleh menggunakan platform yang ada untuk membuat pemeriksaan di setiap bazar Ramadan dalam usaha mengawal harga dan menjaga etika setiap peniaga.
         
“Inilah masanya mereka bertindak, jangan harapkan anggota penguat kuasa sahaja, bila berada di kawasan, mereka lebih tahu masalah pengguna, buat pemantauan berkenaan isu-isu seperti ini,” katanya.

   [url=]http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/harga-juadah-lebih-mahal-1.403222
[/url]

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2015 07:27 AM | Show all posts
pulut panggang satu ketul berharga MYR 1.00 hengget.. kuih 5 ketul MYR 2.50 ikan cencaru bakar 7 hengget satu adehhh mmg x beli ke PARAM pun aku x gi.. tu semua maklumbalas dari kawan2 yang pergi ke PARAM
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 07:29 AM | Show all posts
Kalau bini tak suka masak..masa ada Param atau x ada param serupa juga...beli lauk atau makan luar sudah menjadi lumrah...berbulan bulan tak pernah masak di dapur sendiri...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2015 07:40 AM | Show all posts
yusryimran replied at 21-6-2015 11:27 PM
pulut panggang satu ketul berharga MYR 1.00 hengget.. kuih 5 ketul MYR 2.50 ikan cencaru bakar 7 hen ...

param belah mana ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 07:52 AM | Show all posts
hr tu aku bli ns ayam utk somi..siap mntk tmbh nasi...rege rm4...
esoknya somi aku cirit birit...
hamjad tul....
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 08:07 AM | Show all posts
masak kat umah pilihan ambo skang....walaupun satu lauk and ada kurma dah mencukupi.....sekurangnya malam kang leh nak bertarawih lagi.....

tak payah nak mimun ais...air suam atau air panas its better....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2015 08:09 AM | Show all posts

precinct 2 putrajaya dekat masjid sultan zainal abidin
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 08:14 AM | Show all posts
ni semua peniaga cina dapig punya pasal la ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2015 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Xyah la hadap makanan bazar...smalam tercirit saya makan ayam xmasak..trus terpaksa ponteng shalat attarawikh sis
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 08:19 AM | Show all posts
dlm setahun dpt sebulan berniaga dgn harapan dpt untung boleh settelkan loan rumah atau beli kereta sebiji cash
semuga peniaga tamak haloba ni mati dipanah petir ketika tgh berniaga
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 08:21 AM | Show all posts
yg jual mahal ni org yg berniaga di bln puasa je,mark up hrga sbb nk untung cpt....klu beli kt peniaga yg mmg biasa jual mknan/lauk hrga stil sama,klu naik hrga pn dlm 50sen ke rm1 je

haritu beli 2 bgkus nasi putih, smbal terung 2 ketul, ikn keli sekor n cencaru sumbat total rm12.50..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 08:21 AM | Show all posts
mahal smpai rm5 sekeping pom org beli gak

gigih jer penuh bazar+penuh tangan jinjing beg plastik

beli byk mkn sket jer

x bleh salah kn peniaga sgt...kos sewa bazar jer da brp diorg nak byr...

pdhal kos bhn mentah x eberapa sgt...tp tpaksa up kn rega nak cover sewa tapak

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2015 08:25 AM | Show all posts
famri7 replied at 22-6-2015 12:15 AM
Xyah la hadap makanan bazar...smalam tercirit saya makan ayam xmasak..trus terpaksa ponteng shalat a ...

amboiii alasan kreatip yer sis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2015 08:25 AM | Show all posts
yusryimran replied at 22-6-2015 12:09 AM
precinct 2 putrajaya dekat masjid sultan zainal abidin

harus la tak sedap kan dek
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 08:29 AM | Show all posts
ABC sekarang dah RM3 satu plastik. Dulu RM2 pun dah kira mahal....
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 08:40 AM | Show all posts
ntah eh...harga tak naik tp kuantiti makin kurang...kuih dulu (b4 gst) besar kotak mancis, pas GST besar pemadam budak sekolah rendah...hahahahahaha


lagi satu roti canai dulu tebal n lebar, skang pas gst nipis n kecik n beserta garing + kuah recycle
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2015 08:56 AM | Show all posts

ye semestinya sendu.. x sedap mana pun
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 09:23 AM | Show all posts
first day posa, aku beli lauk ayam 2 ketul, gulai ikan kembung, sayur skit n rendang daging.. RM25.. lepas tu aku x beli dah lauk kat param... siap masak lepas sahur n simpan dlm freezer sblm pi keja.. sampai umah dlm kul 7pm, terus reheat ja.. save skit...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 09:28 AM | Show all posts
kuih tepung pelita 5 ketul rm3....tgk org berbaris beli laki aku pun berbaris sama....sekali dah mkn rasa cam hampeh....karipap yg bersaiz besar sket dari karipap ikea tu sebijik rm1.50...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 09:43 AM | Show all posts
itik panggang kat param jalan raja alang rm44 sekor
aku memang dah lama tak gi param ni..
hari tu pergi konon-konon nak cari sikit juadah..
last-last balik tangan kosong juga..
sebab nak beli tak berbaloi harga pastu lalat berkeliaran..
dengan orang beratur batuk-batuk depan makanan
baik la masak sendiri walaupun simple, tetap sedap sebab bersih..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hari Raya Aidilfitri


    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    30-11-2024 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.405745 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list